Contest Cabaran SEO Lelaki Kacak – Komen Ariff Shah

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini adalah pandangan ikhlas blogger Ariff Shah tuan punya blog Ariffshah.com yang telah mengeluarkan buku khas tentang SEO dalam bahasa Melayu. Ariff Shah adalah penulis jemputan tetap blog Denaihati dan antara entrinya ialah “Apa Yang Perlu Dibuat Setelah Berada di Tempat Pertama Google Search?“ dan “Jadi Blogger Syok Sendiri Pun Kadang-Kadang Tak Boleh“.

Tahniah kepada Titan kerana menganjurkan contest SEO yang mendapat sambutan ramai dari segi peserta dan sponsor. Memang susah nak anjur contest yang ada ramai sponsor ni sebab biasanya sponsor akan menilai dulu samada contest ni boleh pergi ke tak. Kadang-kadang contest nak habis barulah sponsor nak datang dan pada masa tu agak rugi sebenarnya sebab waktu promosi untuk sponsor yang terlambat tadi dah tak banyak.

Contest cabaran SEO ni pada pendapat saya senang je cara nak menang dia. Di sini saya sertakan langkah-langkah biasa yang orang buat.

Social Votes

Naikkan bilangan social votes (Facebook Like, RT dan +1) untuk entri tersebut. Yang memberikan impak besar untuk step ini bukanlah bilangan social votes yang kita dapat tapi bilangan trafik yang masuk. Maklumat trafik dikira mengikut IP yang lalu-lalang, jadi lagi banyak IP, lagi valid data.

Rich Snippet

Gunakan Rich Snippet. Trend sekarang yang saya lihat, entri yang takde kaitan dengan review pun ramai orang bantai letak rating bintang tu. adoi.. Google benarkan benda bintang rating tu supaya orang boleh rate artikel berbentuk review. Rosak.. rosak. Nasib baik saya bukan pekerja di Google Malaysia.

Apa-apa pun saya lihat entri yang ada rich snippet ni ada sedikit advantage. Ada orang akan spam rating tadi sampai berpuluh ribu vote lima (atau sepuluh) bintang. Bila peserta contest lain Google term lelaki kacak untuk check kedudukan, of course la benda rarting tadi keluar. Kebarangkalian untuk entri tadi diklik oleh peserta lain (dan orang yang tahu pasal contest ni) adalah tinggi sebab ada rating tinggi tak munasabah tu.

Lagi satu kalau letak rich snippet gambar author yang kacak pun boleh menjadi. Tapi saya tak cakap akan jadi, cuma ‘boleh’. Ada kemungkinan tak boleh jugak.

Backlink

Backlink kena ada. Sebab contest SEO ni gunakan term yang tak popular, backlink daripada tempat lain memainkan peranan besar. Saya tahu term ni tak popular sebab lebih daripada 6 bulan saya dah ranking page pertama untuk keyword ‘lelaki kacak’ tapi trafik yang masuk takdelah hebat mana pun. Yang masuk biasanya adalah golongan gay #truestory

Nak main backlink ni mudah je. Raasanya semua orang ada skill tersendiri dan ada lubuk backlink tersendiri. Tempat biasa adalah forum, link exchange sites dan aset (website/blog) mereka yang lain. Sama juga macam faktor social votes tadi, yang penting adalah traffic yang masuk daripada tempat diletakkan backlink. Of course, anchor text tu perlulah ada perkataan ‘lelaki’ atau ‘kacak’ ataupun kedua-duanya.

Organic Traffic

Organic traffic ni adalah trafik dari search engine. Macam biasa, hipotesis mudah – semakin banyak organic traffic untuk term tersebut, semakin tinggilah ranking untuk term itu.

Dan disebabkan search term lelaki kacak ni takdelah tinggi sangat volume orang yang cari, jadi kebanyakan organic traffic yang akan masuk adalah daripada peserta lain ataupun pembaca blog peserta yang masuk dalam contest ni. Itu pun kalau pembaca tu berminatlah.

***

Blogger yang biasa dengan SEO ni biasanya akan ada resource sendiri untuk mendapatkan backlink dan artificial trafik mereka. Contest SEO macam ni pun biasanya bukanlah contest SEO yang sebenar kerana semuanya adalah artificial – maksudnya semua faktor boleh dikawal oleh peserta.

Pemenang biasanya adalah mereka yang mempunyai resource paling besar, bukan dari segi entri yang paling menarik untuk pengguna search engine masuk, baca dan appreciate.

Pada saya contest SEO yang betul-betul mencabar sekurang-kurangnya mesti berlawan untuk ranking SEO untuk keyword yang super popular masa tu. Contohnya kalau bulan ramadhan, mungkin keyword ‘buffet ramadhan’ ‘waktu berbuka puasa’ dan sebagainya.

Apa-apa pun, selamat berjaya kepada blogger yang bertanding. Masa ni lah anda belajar macam mana nak cari resource sendiri, lubuk backlink dan pelbagai cara lain untuk menaikkan social count anda.


Spread the love

226 Comments

  1. Content Is king backlink is panglima perang 😀

    #Star snippets ada beberapa jenis 😀 . ada yg review . dan ada yg voted.. yg review biasanya org mark up dari penulis blog sendiri. Voted lak di berikan oleh pembaca selepas membaca artikel 😀 . more pilih voted snippets tuk melihat tahap kepuasan reader dgn content yg diberikan 🙂 . baik content kita baik lh jg nmpk di google. Sebaliknya jika buruk 😀

    #Spam/blackhat snippets xkan lama. google x paparkan snippetslg akan dtg kalo didapati (ada yg dah kena).

    😀
    Curahan rasa shahblogger @ ..Custom Robots.Txt SEO BlogspotMy Profile

  2. Mengikuti sebuh contest SEO bisa dijadikan sebagai salah satu cara untuk memahami dan lebih mendalami teknik SEO selain dari pada itu sebuah contest SEO bisa dijadikan sebagai salah satu tolak ukur seberapa jauh kemampuan SEO kita berkembang.
    Saya pun juga ucapkan kepada seluruh peserta Contest SEO Lelaki Kacak, terus semangat dan semoga berjaya…
    Curahan rasa Rina As @ ..Cara Mendaftar dan Memasang Widget Histats di BlogMy Profile

  3. memang betul kata bro. ada banyak cara utk menang SEO. tapi utk buatkan entri kita kekal untuk tempoh masa yang lama (tak kira waktunya).. itulah yang perlu diambil kira tambah2 lagi jika ianya menggunakan keyword yang popular seperti tempat makan mahupun solat.
    Curahan rasa Ladfe Amir @ ..Cabaran Getir Lelaki KacakMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!