Syarat baru imigresen untuk keluar Negara semasa pandemik
Bermula tarikh 17/5 Jabatan Imigresen Malaysia telah mengeluarkan syarat baru untuk warga Malaysia yang nak keluar negara.
1. Warganegara yang nak keluar negara mesti memohon MTP (My Travel Pass) dari JIM secara online.
2. Lima katogeri perjalanan yang tidak perlu memohon, hanya perlu tunjuk dokumen di kaunter imegresen adalah:
- Diplomat dan petugas kedutaan Malaysia yang perlu bertugas di luar negara.
- Pelajar sedia ada / sambung belajar.
- Pemegang pas jangka panjang di luar negara.
- Bekerja di Syarikat petroleum dan perkapalan.
- Pengiring pelajar untuk belajar (maksimum 2 orang)
3. Katogeri berikut wajib memohon MTP.
- Baru dapat tawaran kerja.
- Baru dapat tawaran belajar.
- Pelajar yang ingin ambil peperiksaan.
- Pergi seminar, meeting, pameran, urusan bisnis.
- Urusan kecemasan.
Cara memohon kelulusan MTP (MyTravelPass)
1. Pastikan beli tiket penerbangan sebelum memohon.
2. Buat permohonan secara online di link berikut :https://mtp.imi.gov.my/myTravelPass/permohonanNR?showForm…
3. Pilih katogeri “travel purpose”
- Long term pass
- Official visit / business
- Medical / emergency
- Others (Kalau tak pasti katogeri apa pilih je Others)
4. Isi semua dokumen peribadi seperti yang diminta
5. Lampirkan dokumen sokongan
- Passport
- Visa atau pass pelajar / kerja
- Offer letter
- Tiket penerbangan
- Dokumen-dokumen berkaitan
6. Jabatan imegresen akan maklumkan melalui email apabila sudah menerima permohonan.
7. Jabatan imegresen akan memalumkan melalui email apabila permohonan diluluskan.
8. Setelah mendapat kelulusan MTP kalian kena buat PCR test.
PCR test kebiasaan untuk 72 jam dan pastikan masa 72 jam tersebut boleh cover lokasi transit.
Sedikit pengalaman kami
Kelam kabut juga pada 17 hingga 19/5 sebab ramai travel tak tahu syarat baru ini. Ramai yang kena tolak di kaunter imigresen KLIA kerana tidak ada MTP.
Nasib baik kebanyakan syarikat penerbangan faham jadi benarkan tukar tarikh penerbangan. PCR test dan travel insuran kena buat semula. Memang kesian pada mereka yang tak cukup bajet. PCR test pun paling murah RM200. Semoga posting ini membantu dan memudahkan urusan semua yang nak keluar negara.
Rujukan Gambar
15 Comments
Kalau untuk urusan mengerjakan Umrah. Adakah sama seperti proses di atas ya?
saya baru je sembang dgn kawan permohonan dia kena reject 4-5 kali dah utk tawaran training ke Dubai. Tanpa trining tersebut dia masih belum diterima utk bekerja. kesian dia, belum dapat start kerja. #dengkike
Hai. Saya sudah ada visa pelajar dan telah berdaftar di Universiti di Australia. Sekarang pengajian secara online. Kalau sy nak memohon fly ke australia, saya termasuk dalam kategori pertama kan?
Hi … Can I apply for MTP to leaving Malaysia and study in UK for A level without a visa?
Hi, saya rasa kena ada visa dulu sebab masa nak apply MTP kena submit document yang berkaitan. Dan MTP 2 minggu baru dapat macam tu.
Nk tanya nk kw USA Pertama kali mohon visa dulu ka atau mtp dulu… Ada sesiapa yg bole tolong saya call or whatsap saya pls 01127530975
kena mohon VIsa dulu. Bila dah dapat visa baru apply MTP. Masukan visa sebagai dokumen dalam permohonan tersebut.
Bang, kalau saya nak sambung belajar ke luar negara contoh ke South Africa, kena dapatkan semua details surat terima dan tiket kapal terbang lah kan?
Curahan rasa Geng Borak @ ..DG Hisham Difitnah Ikuti Upacara Freemason
Betul tu abe, kena dapatkan visa dulu kemudian beli tiket baru aplly MTP tapi masalahnya approval lambat sangat sehingga terlepas tarikh tiket yg dibeli … kesian pada yg kena macam tu.
Curahan rasa denaihati @ ..Ganjaran puasa enam di bulan Syawal sama seperti berpuasa setahun
bang… mesti beli flight ticket dulu baru applie MTP ka?bang boleh msg saya x?baru kena reject mtp sedih betul.. 0168033545 atau email [email protected]
Tak juga. Boleh apply MTP dulu, nanti dah dapat boleh beli tiket kapal terbang. Macam saya buatkan untuk adik saya nak belajar oversea. Cuma dah beli tiket dulu. Saya minta untuk tukar tarikh, dah dapat MTP baru pilih tarikh penerbangan.
Ada orang cakap nak dapat MTP paling kurang pun seminggu.
Curahan rasa Amirul Fahim @ ..Cara memohon My Travel Pass (MTP) untuk keluar negara bagi Warganegara Malaysia
adik pigi mana sekolah?ada buat
visa tak?aku baru applie dah 11hari belum dpt lagi:( huhuhu…. sepatutnya flight aku di 20th… skrg tukar dah masa flight
selepas apply MTP bagus follow up guna email jangan call. kalau call memang tak pernah berjawab.
Hy nk tny..yg kat dokumen tu ..tgkpa gmbar mcm mna
…yg untuk pasport tu ..gmbar saja ka ..atau detail hat depan
…sbb ada og bgtaw gmbar saja
Comments are closed.