Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terkedu tak dapat menahan sebak di dada menerima berita.
“@profhariz: Jejai dah pergi ? @denaihati @sweetkurma @anarmnet”
@denaihati: Comfirm ke? “@niknormasitah: @denaihati berita dari kak redmummy bro”
“@niknormasitah: @denaihati berita dari kak redmummy bro”
Terus mencari informasi di Twitter Kak Redmummy.
“@redmummydotcom: Jejai telah meninggalkan kita, pulang ke Rahmatullah jam 3pm tadi. Jenazah berada di rumah parents kak maz dan akan dikebumikan esok hari”
Tak Terkata : Al Fatihah buat sahabat ku semuga damai mu di sana. Itulah sedikit yang termampu kami membantu.
Untuk menziarahi sahabat kita kali terakhir :
“@redmummydotcom: Alamat rumah parents Kak Maz, mertua Allahyarham Jejai yg telah pergi: No 36, Jalan 4 Taman Sri 12 Kapar, Klang (Rumah Haji Othman).”
Alhamdulillah aku bersama Broframestone dan Isteri, Ariffshah, Mohd Aslam, Mia Namia, Ladfe Amir Zakaria, Fazrol Amer, Hilal Azmi, Eyriqazz, Abang Khai, Melastik Bintang dan Anak Kakinakl (maaf terlupa nama) sampai di rumah Tuan Hj Othman kira-kira jam 10.30 pm. Sebelum itu Zarulumbrella menziarahi Arwah Azhar Bin Ramli (Jejai) dan sudah pulang sebelum kami sampai. Tunggu juga berita dari Shakkido.
Seperti kata bapa mertua Arwah melihat wajah Arwah terbaring dengan wajah tenang merasa sejuk hati walaupun sebak yang hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu. Arwah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 3.15pm sebaik keluarga mertuanya pulang dari Muar … sungguh hebat ketentuan ALLAH SWT. Jenazah Arwah akan disemadikan pada jam 11.00 am, 13/2/13. Kepada Rakan Blogger yang ingin menziarahi sila berbuat demikian sebelum jam 11.00 am.
PESANAN DARI KELUARGA ARWAH AZHAR BIN RAMLI :
SEANDAINYA SEMASA HIDUP ARWAH ADA TERSALAH KATA TERSALAH BAHASA TERKASAR PERBUATAN MOHON AMPUN DAN MAAF DARI HUJUNG KAKI HINGGA KE HUJUNG RAMBUT. SEANDAINYA ARWAH ADA BERHUTANG MOHON DIHALALKAN TETAPI SEKIRANYA ADA TUNTUTAN SILA TUNTUT DARIPADA WARIS ARWAH. (mohon sebarkan kepada semua Rakan Blogger dan Facebook)
Takziah kepada Isteri Arwah, Pn Mazliana Othman dan 4 orang anak Arwah dan keluarga Allahyarham Bro Jejai semuga tabah menghadapi ujian.
Kepada yang sudi untuk menghulur bantuan silakan : Maybank Acc Acc No : 164089741562 (Mazliana Othman )
Inilah akhirnya hidup kita walaupun setinggi mana EGO kita memperjuangkan kehidupan dunia yang hanya beberapa saat di sisi waktu akhirat. Semuga kita sentiasa bersedia untuk menjadi tetamu ALLAH untuk selamanya.
Video Kenangan
157 Comments
Takziah buat keluarga Arwah.Al Fatihah
Curahan rasa Cik Eka @ ..Telan Air Liur
Kita hanya Milik Allah dan akan kembali kepada Allah.
Semoga diberikan tempat bersama dengan hamba-hambaNya yang sholih aamiin..aamiin
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Jadwal Penerimaan CPNS 2013
Al-Fatihah Arwah Abg Jejai.. damailah Di Sana..Salam Takziah buat kak Maz & keluarga..
Curahan rasa Nurul @ ..AL Fatihah Arwah Abg Jejai..
Al-Fatihah….
Sebak AJ baca entri ni..
Semoga tenanglah dia disisiNYA….
Al-Fatihah yang mampu disedekahkan dari jauh..semoga arwah tenang disana.
Curahan rasa Wann @ ..Info Trafik Lebuhraya Secara Online
al fatihah…semoga rohnya di tempatkan dengan org yg beriman….amin
Curahan rasa hafizal @ ..MOTOR VESPA DARI APPLE
Semoga arwah Azhar Ramli berada dikalangan orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah..
Semoga arwah beliau dicucuri rahmat, nikmat dan maghfirah ALLAH SWT…aamiin
Curahan rasa Dawaihati @ ..Penulis Tamu Blog Dawaihati
Dan semoga istri, anak-anak dan keluarga beliau diberikan ketabahan dalam menghadapi ketentuan ALLOH SWT ini…
Curahan rasa Dawaihati @ ..Penulis Tamu Blog Dawaihati
Semoga dipermudahkan segala urusan untuk Kak Maz dan anak-anak. Walaupun tak berapa nak kenal, tapi sebab ikuti perkembangan dan blog Abg jejai dari sebelum sakit sampai sekarang, sedih je rasa… Al Fatihah…
Curahan rasa Nadot @ ..Burger Bakar Abang Burn di MMA Santai Corner Nilai
Al fatihah .. Semoga ditempatkan di tempat orang yg beramal soleh. Aminn
Curahan rasa Aiman Aziz @ ..Blogger Dihina :'(
Al-fatihah kepada arwah.
Curahan rasa Aiman Aziz @ ..Blogger Dihina :'(
salam takziah untuk keluarga arwah.. al fatihah..
Curahan rasa Dkna Abza @ ..Wordless Wednesday -Black Silver-
semoga Allah permudahkan urusan Arwah Bro Jejai selepas ini dalam perjalanan menuju alam akhirat.
semoga Allah menerima segala amal baiknya, menerima taubatnya dan mengampunkan segala dosa-dosa arwah dan meninggikan darjat arwah Bro Jejai bersama mereka yang berjaya mendapat rahmat Allah di akhirat nanti. in shaa Allah. aamiin
Curahan rasa Ladfe Amir @ ..Hutan Lipur Hulu Kinta – Kenangan dan Terkini
Semoga roh arwah dicucuri rahmat Ilahi…
Curahan rasa Myra Jay @ ..BB1M 2.0 ~ TQ P.M
Al – Fatihah buat Bro Jejai… Dan ucapan takziah untuk ahli keluarga beliau…Semoga Roh Bro Jejai ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman… amin…
Curahan rasa Anuar @ ..Strategi SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia Versi Masuk Bakul Angkat Sendiri
Comments are closed.