Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, terkedu tak dapat menahan sebak di dada menerima berita.
“@profhariz: Jejai dah pergi ? @denaihati @sweetkurma @anarmnet”
@denaihati: Comfirm ke? “@niknormasitah: @denaihati berita dari kak redmummy bro”
“@niknormasitah: @denaihati berita dari kak redmummy bro”
Terus mencari informasi di Twitter Kak Redmummy.
“@redmummydotcom: Jejai telah meninggalkan kita, pulang ke Rahmatullah jam 3pm tadi. Jenazah berada di rumah parents kak maz dan akan dikebumikan esok hari”
Tak Terkata : Al Fatihah buat sahabat ku semuga damai mu di sana. Itulah sedikit yang termampu kami membantu.
Untuk menziarahi sahabat kita kali terakhir :
“@redmummydotcom: Alamat rumah parents Kak Maz, mertua Allahyarham Jejai yg telah pergi: No 36, Jalan 4 Taman Sri 12 Kapar, Klang (Rumah Haji Othman).”
Alhamdulillah aku bersama Broframestone dan Isteri, Ariffshah, Mohd Aslam, Mia Namia, Ladfe Amir Zakaria, Fazrol Amer, Hilal Azmi, Eyriqazz, Abang Khai, Melastik Bintang dan Anak Kakinakl (maaf terlupa nama) sampai di rumah Tuan Hj Othman kira-kira jam 10.30 pm. Sebelum itu Zarulumbrella menziarahi Arwah Azhar Bin Ramli (Jejai) dan sudah pulang sebelum kami sampai. Tunggu juga berita dari Shakkido.
Seperti kata bapa mertua Arwah melihat wajah Arwah terbaring dengan wajah tenang merasa sejuk hati walaupun sebak yang hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu. Arwah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 3.15pm sebaik keluarga mertuanya pulang dari Muar … sungguh hebat ketentuan ALLAH SWT. Jenazah Arwah akan disemadikan pada jam 11.00 am, 13/2/13. Kepada Rakan Blogger yang ingin menziarahi sila berbuat demikian sebelum jam 11.00 am.
PESANAN DARI KELUARGA ARWAH AZHAR BIN RAMLI :
SEANDAINYA SEMASA HIDUP ARWAH ADA TERSALAH KATA TERSALAH BAHASA TERKASAR PERBUATAN MOHON AMPUN DAN MAAF DARI HUJUNG KAKI HINGGA KE HUJUNG RAMBUT. SEANDAINYA ARWAH ADA BERHUTANG MOHON DIHALALKAN TETAPI SEKIRANYA ADA TUNTUTAN SILA TUNTUT DARIPADA WARIS ARWAH. (mohon sebarkan kepada semua Rakan Blogger dan Facebook)
Takziah kepada Isteri Arwah, Pn Mazliana Othman dan 4 orang anak Arwah dan keluarga Allahyarham Bro Jejai semuga tabah menghadapi ujian.
Kepada yang sudi untuk menghulur bantuan silakan : Maybank Acc Acc No : 164089741562 (Mazliana Othman )
Inilah akhirnya hidup kita walaupun setinggi mana EGO kita memperjuangkan kehidupan dunia yang hanya beberapa saat di sisi waktu akhirat. Semuga kita sentiasa bersedia untuk menjadi tetamu ALLAH untuk selamanya.
Video Kenangan
157 Comments
Takziah diucapkan kepada keluarga allahyarham. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Curahan rasa hatiputera @ ..Insentif Tunai Untuk Semua
takziah buat keluarga arwah.
Semoga roh Allahyarham ditempatkan ditempat yang mulia..
Al Fatiha.
Curahan rasa saljuhumairah @ ..Blogger Jejai Telah Kembali Untuk Selamanya
al-fatihah . Semoga arwah tenang disana 🙁
Curahan rasa djdanchef @ ..Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Ganti Setia Hujung Nyawa
Setiap yang pergi pasti akan kembali. Sewaktu talkin dibacakan, ketika itu kita hendaklah menginsafi diri. Al Fatihah
innalillahi wainnailahi rojiun,
semua yang bernyawa pasti kembali kepadanya, ini salah satu bukti kebesarannya, semoga Amal ibadah Beliu di terima di sisinya. Alangkah baiknya apabila kita Membacakan Al-fatihah kepada beliau yang telah mendahului kita semua.
Curahan rasa gunawan @ ..Prediksi Gol Real Madrid VS Manchester United (Liga Champions)
Innallillaahi wainna ilaihi rooji’uun…. terkejut dgn berita ni…semoga roh arwah Jejai tenang dan tergolong dalam orang2 mukmin
Curahan rasa zie fauzi @ ..Bloglist Setahun Dari ciklaili.com
innalillah…
pergi sudah ke rahmatullah…
giliran kita entahlah bila…
semoga rohnya ditempatkan di kalangan yg beriman…
semoga familinya tabah…
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Percutian gaya bajet – Langkawi 2013
Innalillahiwainnahilahirajiun. AL-FATIHAH بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ ◄.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ..Aamiin
takziah buat keluarga beliau.. moga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. Al Fatihah..
Curahan rasa fariq @ ..Stephen Keshi Hantar Surat Perletakan Jawatan
semoga tenang di sana…
takziah buat keluarga beliau..
Curahan rasa beckhrooy @ ..Iklan Google Adsense Tidak Keluar Di Blog Bahasa Malaysia
aku masih bergenang air mata… harap lepas ni kita boleh beri motivasi dan kata2 semangat untuk isteri dan anak-anaknya untuk meneruskan kehidupan seperti biasa..
Al Fatihah….. Moga Arwah Bro Jejai senantiasa dicucuri nikmat oleh-Nya dan diampuni semua kekhilafannya dan keluarga yang ditinggalkan diberi kekuatan
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil 16 Besar Liga Champions : Real Madrid Vs Manchester United
Masih terbayang saat menatap beliau di #SBB2013.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil 16 Besar Liga Champions : Real Madrid Vs Manchester United
Tidak pernah terduga bahwa beliau akan pergi secepat itu.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil 16 Besar Liga Champions : Real Madrid Vs Manchester United
Al-Fatihah…Semoga bro Jejai di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman
Curahan rasa wazy @ ..Quran Pen Digital Reader Pilihan Tepat Masa Kini
belum sempat berkenalan dgn bro jejai…semoga beliau aman disana dan ditempatkan dikalangan umatNya yg beriman. Al-fatihah…
Curahan rasa MK Kimi @ ..7 Spice Indian Cuisine Johor Bharu | Semerbak Bau Kari
Comments are closed.