Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kalau mengikut Archives entri pertama yang aku tulis pada 13/7/2008 jam 18.22 pm. (Ni bestnya ada Archives kat blog .. kauorang ada?) Aku sendiri pun pelik kenapa aku pilih tajuk tersebut untuk entri pertama. Ketika itu aku masih lagi menggunakan platform blogspot. Blog Denaihati bukanlah blog pertama kerana sebelum tu aku dah ada beberapa blog peribadi yang masih ada sehingga sekarang tapi dah tak beberapa nak aktif.
Ada yang tanya macam mana aku boleh berubah dari Blogspot ke WordPress. Aku macam Blogger Ini juga ada bermacam-macam fikir untuk berubah ke WordPress … takut trafik jatuh lah … takut Page Rank hilang lah … takut Alexa Ranking kaput lah … dan macam-macam takut. Sebenarnya aku berubah ke WordPress kerana terpaksa rela. Pada akhir 2009 aku dah buat keputusan nak beli domain + hosting sendiri. Dengan bantuan Blogger Super Mom Ini maka aku telah diperkenalkan kepada web hosting terbaik Malaysia Serverfreak. Bila aku dah bayar baru tahu Serverfreak hanya handle blog WordPress je … kah kah kah … apa pilihan aku selain pejam mata hijrahlah dari Blogspot ke WordPress. Bagusnya semua proses hijrah sehingga setup blog wordpress baru Denaihati diuruskan oleh Serverfreak. Peeehhh memang legalah kalau tak siapa lah nak buat sebab masa tu aku tak kenal pun dengan Blogger Hebat Ini.
Seperti yand dijangka trafik blog jatuh, alexa ranking kaput dan paling tak syok Page Rank jadi zero. Tapi tapi tapi … semua tu hanya sebentar sahaja. Page Rank yang sebelum tu PR3 naik jadi PR4 sehinggalah sekarang … trafik yang dulu tak sampai 1k sekarang dah .. tengok lah sendiri kat sini. Jadi kepada Blogger hebat jangan risau nak berubah dari Blogspot ke WordPress melainkan kalau kauorang tergolong dalam 53 Blogger Wanita Jelita Malaysia yang tak perlu beli domain dan hosting sendiri tapi masih terkenal seantaro dunio.
Apa pulak aku dah merepek ni ..sebenarnya nak cerita lain. Apa yang sebenarnya aku nak tulis semenjak 13/7/2008 aku dah kenal ramai Blogger walaupun tak pernah jumpa. Aku dan Ariffshah mengambil masa bertahun-tahun untuk berjumpa secara bersemuka itu pun secara tak sengaja di Alamanda, Putrajaya. Bestnya bersahabat dengan Rakan Blogger ini bukan masa senang sahaja. 3-4 hari je blog Denaihati tak update entri baru pasti ramai yang akan DM dan email tanya khabar … tanya tak sihat ke … ada masalah ke? Memang terharulah rasa HATI ini.
Atas sebab kehebatan Rakan Blogger yang setia bersama selalu aku fikirkan bagaimana nak balas jasa dan kebaikan semua. Alhamdulillah baru-baru ini kita telah berjaya menganjurkan WordPress Private Training peringkat tinggi dengan yuran penyertaan yang sangat special. Biasa kalau WP private training ni kita kenakan bayaran RM250 tapi yang ini separuh pun tak.
Semuga Blogger Cikgu yang bukan Cikgu, Blogger Emas tapi bukan Genneva, Blogger Anak Dara, Blogger Tertinggal Lap Top, Blogger ni Ensem ke? dan Blogger Banyak Tanya mendapat manafaat daripada Sifu WordPress. Sebagai tanda terima kasih semua telah di masukan sebagai admin di FB Fanpage Denaihati Network. InsyaAllah ramai lagi akan dipilih untuk join dan berkongsi ilmu bermanafaat di Fanpage DHN (kalau kongsi yang majoriti tak suka maaf lah kalau kena tendang).
InsyaAllah di masa akan datang Denaihati Network akan berkongsi berbagai ilmu lain dengan Sifu-Sifu hebat yang lain antaranya ilmu Pelaburan Emas, Pelaburan BSKL, Asas Keluarga Bahagia untuk pasangan baru berkahwin dan macam-macam lagi aktiviti untuk kita jadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat. Kalau ada rezeki mana tahu boleh buat Blog TV khas untuk cerita aktiviti Blogger Nusantara.
Rakan Blogger pun boleh bagi cadangan apa sahaja aktiviti yang boleh meningkatkan ukhwah dan network antara kita.
177 Comments
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kalau mengikut Archives entri pertama yang aku tulis pada 13/7/2008 jam 18.22 pm. (Ni bestnya ada Archives kat blog .. kauorang ada?) Aku sendiri pun pelik kenapa aku pilih tajuk tersebut untuk entri pertama. Ketika itu aku masih lagi menggunakan platform blogspot. Blog Denaihati bukanlah blog pertama kerana sebelum tu aku dah ada beberapa blog peribadi yang masih ada sehingga sekarang tapi dah tak beberapa nak aktif….
Curahan rasa Ind Tv Serials @ ..Watch Zindagi Ki Haqeeqat Se Aamna Saamna (Season 2) – 13th October 2012 Episode Online Video
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kalau mengikut Archives entri pertama yang aku tulis pada 13/7/2008 jam 18.22 pm. (Ni bestnya ada Archives kat blog .. kauorang ada?) Aku sendiri pun pelik kenapa aku pilih tajuk tersebut untuk entri pertama. Ketika itu aku masih lagi menggunakan platform blogspot. Blog Denaihati bukanlah blog pertama kerana sebelum tu aku dah ada beberapa blog peribadi yang masih ada sehingga sekarang tapi dah tak beberapa nak aktif…
Curahan rasa Ind Tv Serials @ ..Watch Zindagi Ki Haqeeqat Se Aamna Saamna (Season 2) – 13th October 2012 Episode Online Video
wow byknya komen.. mmg sungguh2 komen nie..huh
Curahan rasa Travel Website™ @ ..Will You Be a Trusted Traveler?
Perjalan yang kita lalui dahulu boleh dipraktikkan pd zaman skrg, supaya tidak terjerat dgn kata2 manis drp seseorang yg belum tentu kesahihannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nak Ikut Atau Terpaksa Turuti?
Carilah rakan2 yg benar2 ikhlas terhadap kita, cuba mendekati dan berkenalan supaya ia lebih erat, tapi perasaan berhati-hati mesti ada, supaya dgn peringatan ini boleh menghalang kita drp membuat sesuatu yg luar drp normal2 kehidupan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nak Ikut Atau Terpaksa Turuti?
Pahit maun, sedih pilu, penat jerih, suka duka dah menjadi asam garam dlm kehidupan. Perjalan hidup mesti diteruskan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nak Ikut Atau Terpaksa Turuti?
Hidupkan Untuk Memberi, semenangnya memberi pengertian yg bermakna.
Semoga kita sama2 mengeratkan salatulrahim antara kita para blogger semua.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nak Ikut Atau Terpaksa Turuti?
Susah dan senang harus dihadapi, tak kira di mana kita berada dan sentiasa menolong rakn2 dan tidak mengharap balasan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nak Ikut Atau Terpaksa Turuti?
Memanglah terasa takut, bila kita dari blogspot tukar kepada domain sendiri. Saya pernah alami, semua jatuh PR, Alexa PR dll dah jatuh. Skrg sedang berubah keadaan spt asalnya tapi masih jauh lagi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nak Ikut Atau Terpaksa Turuti?
Berblog boleh mengeratkan silaturahim dan mengenali ramai kawan baru..
Curahan rasa eszairy @ ..PAKAIAN ROBOT CYBERDYNE’S “HAL” (Hybrid Assistive Limb)
Betul…betul… ramai dah mengenali nama tapi masih belum berjumpa. Tapi bukan alasan utk tidak aktif dlm berblog ni.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Nak Ikut Atau Terpaksa Turuti?
dah beberapa hari terlupa nak singgah…dgn mcm2 hal hal…hmmmmm…. DH salah seorang blogger yakni sahabat bukan masa senang sahaja malah ketika susah jua…….
Curahan rasa sha @ ..Kos Lepas ialah handbag berjenama tinggi
betul betul.. denai hati bukan sekadar bloger jer..
Curahan rasa Travel Website™ @ ..Will You Be a Trusted Traveler?
teringat lagi, masa denaihati iklankan banner kat blog benashaari (dot) com… seolah-olah blog misteri yang menjadi tanda tanya… semoga bertambah maju supaya kami semua blogger boleh berpayung disini…
Curahan rasa hisham @ ..Jangan Download Filem Hantu Air
wordpress memang sgt bagus, susah nak balik semula ke blogspot slps guna wordpress, blogger yang kenal agak ramai juga cuma x pernah jumpa lagi
Curahan rasa lewisdotmy @ ..Gadget Terbaik 2012 Award Google nexus 7 Samsung Galaxy S3
Semoga DHN berkembang dan bertambah maju lagi..
betul itu mba.. blogger itu sudah seperti keluarga 🙂
Curahan rasa ana liyana @ ..Neil Armstrong Wafat Meninggalkan Misteri
Comments are closed.