Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku sudah mengembara banyak negara dan telah menjejaki banyak bandar besar dan kecil di negara-negara yang aku ziarahi. Untuk mengetahui keadaan sebenar kehidupan sesebuah masyarakat kita perlu tinggal di bandar-bandar kecil dan di hotel-hotel murah. Kesimpulannya kehidupan di Malaysia 1000 kali lebih baik berbanding daripada kebanyakan negara yang telah aku jejaki.
Mari kita baca sebuah kisah yang terbaru untuk kita ambil iktibar :
Sekumpulan penganut Islam di Hexi, Ningxia, China bertempur dengan pasukan polis yang meroboh sebuah masjid yang diisytiharkan sebagai sebuah rumah ibadat haram. Kira-kira 1000 polis ditugas untuk meruntuhkan masjid telah bertempur dengan beratus-ratus penganut Islam yang mengakibatkan 50 orang cedera dan 100 yang lain ditahan. Ada penduduk yang mendakwa dua orang terbunuh tetapi tidak dapat disahkan.
Polis berjaya merobohkan masjid tersebut setelah pertempuran berakhir. Pemerintah China memantau rapi aktiviti keagamaan dan bimbang jika masjid menjadi pusat golongan antipemerintah.
Begitulah nasib umat Islam di sebuah negara yang bukan Islam agama utama mereka. Banyak lagi kisah penindasan agama Islam yang berlaku di negara-negara lain.
Bersyukur dengan apa yang kita ada. Tidak salah berbeza pendapat dan berbeza fahaman politik tetapi jangan kita cuba mengubah dengan cara huru hara kerana banyak pengorbanan yang perlu dilalui sekira kita memilih cara yang agresif. Perubahan tidak boleh berlaku sekelip mata. Rasulullah SAW mengambil berpuluh tahum membina empayar Islam.
Kenapa kita tidak mengikut cara Rasullah SAW yang sudah pasti diredhai oleh Allah SWT dari mengikut cara barat?
113 Comments
mudah mudahan rakyat msia saling menghormati agama2 lain.
Selagi kita bersatu padu, tiada anasir jahat yang boleh mencemarkan negara kita
Curahan rasa Norasikin @ ..Resepi Ikan Jelawat Masak Lemak
masyaAllah, sampai cam tu sekali ek….
syukur apa kite nikmati kan…
Curahan rasa noriz @ ..Santa Kurus @ Aquaria KLCC 🙂
semoga umat islam di beri kekuatan menegakkan syiar islam..AllahuAkbar..3x
Curahan rasa Shack @ ..Mudah.My Paling Banyak Transaksi Terbabit Penipuan Internet
info yg menarik. slm knl.
Curahan rasa Obat herbal kanker usus @ ..Obat tradisional kanker Usus
mempertahankan masjid adalah kewajiban muslim
Curahan rasa Bang Iwan @ ..10 Trailer Film Yang Bakal Box Office di Tahun 2012
kalo dulu masjid dipertahankan dengan gigihnya, tapa sekarang ditelantarkan dengan seenak hati,,,astaghfirullah
Curahan rasa Ghofur JEHZ @ ..49 days
masyarakat islam skrg bny yg khilangan jati drinya, …
Kisah Berkah dari Membaca Basmalah
Puisi: Hidup Barun
nice artickel, salam sesama muslim…
Curahan rasa royan @ ..Remaja Punya Masalah, Ayo ke CMR
salut saya melihatnya..
Curahan rasa Amalul Ahli @ ..Pameran komputer Banda Aceh 5-9 Februari 2012
Kadang-kadang orang buta, demi tujuan politik dan kekuasaan berani mengorbankan keimanan, agama dan umat….
Curahan rasa Dadan @ ..TIPS JITU MENDATANGKAN BANYAK PENGUNJUNG KE WEB / BLOG ANDA
Perjuangkan lah agama dan bukan bangsa. Tapi kira kita sepatutnya bersyukurlah dah duduk di sebuah negara Islam, nak beribadah pun senang.
Curahan rasa Izzat Aziz @ ..Aku tak nak jadi blogger yang…
Sedih dengan apa yang berlaku kepada umat islam diluar sana. Kita beruntung dapat beribadat dengan aman. Bertolak ansur itu penting.
Curahan rasa akubiomed @ ..Cahaya bergemelapan di i-city
wajib mempertahankan kalau masjid mahu diroboh…tapi pasti kalau kalau buat kat tanah bukan milik sah.
Curahan rasa azman @ ..Amalina Che Bakri : Saya tidak terkejut
Aku terasa sayu bila baca entri pendek ko ni bro…umat islam dinegara bukan islam bersungguh2 mempertahankan simbol keagungan agama mereka ttp klau kat sini jadi terbalik lak sdgkan islam tu agam rasmi….
Curahan rasa yas @ ..Cara Elak Phishing/Penipuan di Internet
Dunia da macam2 skang nie…
Curahan rasa scaniaz @ ..Senarai Kesilapan Dalam Pembikinan Filem Ombak Rindu
Comments are closed.