Bayar minima RM50 setahun, dapat RM3000 untuk waris

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernah dengar tak apa itu Kafalah Muzakki?

Skim ini merupakan sumbangan ikhlas dari Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) untuk diberikan kepada waris pembayar zakat apabila berlaku kematian terhadap pembayar zakat yang membayar zakat di PPZ-MAIWP serta tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Perlindungan tersebut adalah melalui Skim Kafalah Muzakki yang membantu waris pembayar zakat dalam mendapatkan sumbangan apabila berlaku kematian terhadap pembayar zakat tersebut.

Melalui skim berkenaan sumbangan bantuan yang berjumlah RM3,000 akan diserahkan kepada waris pembayar zakat. Pembayaran tersebut akan diserahkan kepada waris dalam tempoh 14 hari bekerja setelah permohonan dibuat di mana-mana kaunter PPZ-MAIWP.

Siapa yang layak terima RM3000 khairat kematian?

1. Pembayaran zakat mestilah bermula pada tahun 2019.
2 .Bayar zakat minimum RM50 setahun pada setiap tahun di PPZ-MAIWP.
3. Pembayar zakat yang membuat bayaran dalam tahun kematian atau mempunyai rekod bayaran zakat pada (1) tahun sebelum kematian.
4. Permohonan tuntutan oleh waris/penama/pemohon adalah dalam masa 6 bulan selepas tarikh kematian.
5. Bayaran zakat adalah tertakluk kepada Zakat Harta sahaja.

Dokumen wajib untuk memohon

1. Pemohon perlu mengisi Borang Skim Kafalah Muzakki dan serahkan borang tersebut di mana-mana kaunter PPZ-MAIWP di Wilayah Persekutuan.

2. Borang boleh di dapati di mana-mana kaunter PPZ-MAIWP dan muat turun di sini

3. Sijil kematian (asal dan salinan)

4. Salinan kad pengenalan Allahyarham (jika ada)

5. Kad pengenalan pemohon (asal dan salinan)

6. Dokumen hubungan pemohon dengan Allahyarham (sijil dan salinan asal)

7. Surat Pengakuan Sumpah bagi pemohon kategori pihak ketiga

8. Salinan muka surat nombor akaun bank atau salinan penyata akaun bank pemohon

Berikut merupakan cara bayar yang disediakan oleh PPZ-MAIWP

  • Kaunter PPZ-MAIWP
  • Portal PPZ-MAIWP
  • Kaunter Van Bergerak
  • Skim Potongan Gaji (Skim Thohir)
  • Bank (Kaunter, Perbankan Internet, Mesin ATM)
  • Firma Mata & Firma Audit
  • MYEG
  • KIRIMAN POS
  • Kaunter Pejabat Pos di Seluruh Wilayah Persekutuan
  • Cek Post-Dated
  • Koperasi Angkasa
  • “Trustee” Terpilih

Waris yang layak menerima bantuan ini ialah balu, duda, anak, ibu dan bapa termasuk anak angkat serta pihak ketiga seperti badan bukan kerajaan (NGO), organisasi, badan kebajikan yang berdaftar mengikut syarat sah dari segi undang-undang.

Selain membantu waris, inisiatif ini juga dapat menyebarluaskan lagi dakwah zakat sekali gus meningkatkan kutipan zakat di Wilayah Persekutuan. Menerusi skim ini, secara tidak langsung akan memberi kelebihan dan manfaat kepada mereka yang melaksanakan zakat.

Kita perlu sentiasa ingat, setiap rezeki yang diberikan Allah SWT bukanlah milik kita 100 peratus yang mana 2.5 peratus adalah hak golongan asnaf

Maklumat lanjut dan pembayaran zakat boleh dibuat secara dalam talian menerusi portal PPZ-MAIWP di www.zakat.com.my.


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!