Bagaimana syarikat ‘kampung’ ini cuba membantu 1,000,000 rakyat Malaysia berhenti merokok, dan dominasi pasaran alternatif merokok seluruh dunia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

“Impian. Semua orang ada impian. Walaupun syarikat kami dari Tampin, tapi impian kami adalah untuk kuasai pasaran satu dunia.”

Itu adalah ayat inspirasi yang keluar dari mulut Shariffuddin Bujang, ketika berlangsungnya pelancaran produk alternatif untuk berhenti merokok yang dinamakan sebagai NCIG.

Beliau adalah pengasas dan CEO NCIG (M) Malaysia Sdn Bhd.

NCIG, ketika ini berjaya mencapai lebih 30,000 pengguna di seluruh Malaysia dalam masa kurang 1 bulan.

Nampak seperti baru bermula. Tetapi ramai yang tidak tahu segala pahit getir disebalik tabir pembangunan NCIG.

Saya pernah jadikan kilang sebagai tempat tidur bersama isteri.

Shariffuddin Bujang, atau nama mesranya iaitu Pakdin, bukan datang dari keluarga yang senang.

Beliau bermula dari bawah. Dari bisnes kecil seperti printing, kemudian wedding photographer, dan kini mempunyai syarikat yang jualan puluhan juta ringgit setahun.

“Kami pernah tidur kilang, kami pernah hidup susah. Tapi, kami ada impian untuk mengubah dunia menjadi lebih baik.”

Sebelum lahirnya NCIG, Pakdin dan rakan niaganya iaitu Azizul Ridzuan telah membangunkan syarikat NASTY.

NASTY adalah sebuah jenama produk vape yang telah memenangi anugerah peringkat antarabangsa selama 3 tahun berturut-turut.

Jenama ini juga sudah berjaya menembusi lebih 72 buah negara.

Walaupun mereka gembira dengan kejayaan ini, namun ada benda yang tak kena.

Saya jual produk untuk berhenti merokok, tapi saya sendiri masih merokok

“Kami jual produk alternatif untuk berhenti merokok iaitu vape. Tapi saya sendiri masih merokok dan susah nak berhenti merokok.” – Pakdin

Dari situ, timbul idea mereka untuk mencipta sebuah lagi produk untuk membantu orang berhenti merokok.

“NCIG tercipta dari perokok, untuk perokok. Sebab saya sendiri perokok tegar sejak sekolah rendah.” – Pakdin

Produk alternatif untuk berhenti merokok bukan satu benda yang baru.

Sudah ada banyak produk di luar sana. Tetapi masih gagal untuk membantu perokok untuk berhenti, merokok.

Selama 12 bulan, mereka mengeluarkan perbelanjaan jutaan ringgit, dan menanggung kerugian besar untuk menghasilkan prototaip NCIG supaya dapat bagi kepuasan kepada setiap pengguna.

Majoriti produk alternatif merokok di Malaysia hanya produk ‘ciplak’

“Banyak produk yang ada di pasaran sekarang hanya ambil di China. Kemudian claim produk mereka buatan Amerika Syarikat dan sebagainya, dan gunakan label yang memanipulasi pengguna.” – Pakdin

NCIG pula berbeza. Seperti kata pengasasnya iaitu Pakdin,

“Kami bangga NCIG dibangunkan 100% di Tampin. Kami juga berterus terang produk ini dipasang di China kerana kos di sana lebih efisien berbanding di Malaysia buat masa ini.”

Saya tak akan berani jual NCIG kalau saya sendiri tak puas hati.

“Siapa pengguna pertama NCIG? Saya sendiri. Kalau saya tak berani guna dan tak puas hati dengan produk, kenapa saya perlu jual kepada orang lain?” – Pakdin

Pakdin sendiri mengaku NCIG dah membantunya untuk berhenti merokok lebih satu tahun. Tanpa ada rasa untuk sentuh sebatang rokok.

Ini kerana kualiti produk yang dibangunkan memang khas untuk menjamin kepuasan seorang perokok.

“NCIG tidak ada 4,000 bahan beracun seperti rokok. Dalam masa sama, ia dapat menjamin kepuasan seorang perokok apabila menggunakan NCIG. Seterusnya, membantu mereka untuk berhenti merokok secara total.” – Pakdin

Seorang atuk yang berumur 70-an yang sudah merokok lebih 50 tahun pun berhenti merokok selepas gunakan NCIG.

Dan berbelas selebriti di Malaysia serta beribu rakyat Malaysia yang berkongsi pengalaman mereka di Facebook dan Instagram. 

Ujian dan cabaran NCIG di Malaysia ketika ini

“Kami di NCIG sentiasa fokus untuk menambahbaik kualiti produk untuk pengguna. Kami meraikan segala respon yang kami terima dari pengguna NCIG ketika ini.”

Walaupun NCIG berjaya menembusi pasaran Malaysia dengan jualan lebih 30,000+ unit dalam masa kurang 1 bulan, mereka juga diuji dengan beberapa cabaran seperti:

1 – Stok produk yang tergendala kerana sambutan yang terlalu tinggi tanpa disangka.

2 – Facebook dan Instagram telah block untuk akses laman web NCIG. Gara-gara tindakan yang ‘kurang beretika’ daripada beberapa pesaing yang ada di pasaran Malaysia.

Dalam masa sama, NCIG sedang meluaskan pasaran ke Asia Tenggara, Eropah dan Amerika Syarikat.

Bukan itu saja, NCIG juga sedang menunggu kelulusan pihak berkuasa dan universiti yang buat kajian terhadap bahan yang digunakan oleh NCIG.

“Sebaik saja semua isu ini selesai, kami boleh fokus untuk capai matlamat utama di pasaran Malaysia iaitu membantu 1,000,000 perokok untuk berhenti merokok.”

PRE-ORDER: NCIG Red (Limited Edition)

Ketika ini, NCIG sedang melancarkan produk limited edition yang hanya keluar setahun sekali iaitu NCIG Red Limited Edition.

Pembelian ini adalah bentuk pre-order. Produk dijangka sampai ke pengguna pada awal bulan Mac.

Untuk pembelian, boleh klik sini NCIG Red (Limited Edition)

Jom tonton video di status bawah ni untuk beri inspirasi kepada kita berhenti menghisap rokok. Cara dah ada. Jom azam dan bertindak.

https://www.facebook.com/amir.denaihati/videos/4658542716469/

Spread the love

4 Comments

  1. Smart product macam ni. InsyaAllah dengan produk inovasi sebegini, akan membantu ramai perokok meninggalkan habit yang tak elok ni..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!