Arsenal vs Southampton EPL 2012/13 Week #4

Spread the love

Assalamualakium dan Salam 1Dunia, akhirnya penantian Arsenal Fan terjawab apabila Arsenal mengekalkan rekod positif di Anfield menewaskan Liverpool 2 – 0 dengan jaringan cantik dua ayam tambatan baru Podolski dan Cazorla. Menewaskan pasukan kuat seperti Liverpool memberi kelebihan kepada Arsenal untuk berada disaingan top 3 EPL 2012/13.

Kalau pada musim-musim yang lalu Arsenal Fan selalu merungut dengan prestasi pemain pertahan yang rapuh sehingga kerap kali di bolosi oleh lawan tetapi untuk musim ini sehingga minggu ke tiga gol Arsenal masih belum dibolosi. Semuga prestasi ini akan terus dapat bertahan dengan tiada kecederaan semua pemain utama pertahan. Pasti Arsenal akan menjadi salah satu pasukan yang bakal menjulang berbagai piala untuk musim 2012/13.

Memang benar ketandusan piala sejak 2005 menjadi igauan peminat Arsenal tetapi perlu diingat ada pasukan lain yang lebih lama tidak menjulang sebarang piala tetapi tidak digembar-gemburkan oleh media sebagaimana Arsenal. Untuk beberapa tahun berturut-turut Arsenal tidak pernah terkeluar daripada Champions League. Untuk Champions League 2012/13 Arsenal telah diundi dalam kumpulan B bersama Montpellier, Schalke 04 dan Olympiakos. Kelihatan dalam kumpulan senang tetapi macam-macam boleh berlaku seperti MU yang terkeluar dipusingan awal musim 2011/12.

EPL 2012/13 Week #4 Arsenal vs Southamptom pendatang baru dalam EPL yang telah melahirkan ramai pemain berbakat seperti Walcott dan Oxlade-Chamberlain. Southampton bukan calang-calang pasukan kerana dalam tiga perlawanan sebelum ini telah memberi saingan hebat walaupun tewas tipis. Southampton hampir-hampir menewaskan Manchester United kalau tidak disebabkan jaringan hat trick Van Persie.

Keputusan Arsenal vs Southampton : 6 – 1

Live Arsenal vs Southamptom @ Astro Supersport 810 tarikh 15/9/12 jam 9.55 pm waktu Malaysia.

Live Streaming Arsenal vs Southamptom @ Goal.com.

Live di Stadium Twitter dengan hashtag #Arsenal

Arsenal mesti menang perlawanan ini kerana selepas ini akan menentang dua gergasi EPL iaitu Manchester City dan Chelsea.

Keputusan EPL 2012/13 Week #4

Norwich vs West Ham : 0 – 0

Aston Villa vs Swansea : 2 – 0

Manchester United vs Wigan : 4 – 0

QPR vs Chelsea : 0 – 0

Fulham vs West Brow : 3 – 0

Stoke vs Manchester City : 1 – 1

Sunderland vs Liverpool : 1 – 1

Reading vs Tottenham : 0 – 0

Everton vs Newcastle : 0 – 0


Spread the love

163 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!