Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sebagai peminat tegar Arsenal ramai yang minta feedback berita terkini Arsenal transfers in and out untuk musim 2012/13 terutama kisah Robin Van Persie dan Theo Walcott. Bekas pemain Arsenal, Adebayor dibeli pada harga 7 juta pound, di jual pada harga 25 juta pound dan sekarang nilainya 4 juta pound. Ramai pemain super star yang dicipta oleh Arsenal tidak dapat menempatkan diri sebagai pemain utama di kelab baru dan akhirnya nilai mereka menurun banyak.
Robin Van Persie telah membuat pengumuman untuk tidak menandatangani kontrak baru kerana tidak yakin akan memenangi piala jika terus bersama Arsenal. Bagi aku piala itu hanya alasan sahaja tetapi yang lebih dikejar adalah gaji yang tinggi. Kalau nak piala Arsenal lah tempat yang paling sesuai kerana sejak 2005 belum pernah menjulang sebarang piala. Malangnya pemain super star yang dilahirkan oleh Arsenal seperti Samir Nasri, Clichy, Febregas dan kini Van Persie meninggalkan Arsenal. Lihat bagaimana Barcelona boleh menang berbagai piala kerana pemain yang dilatih dari akademi bola sepak Barcelona masih bersama sehingga sekarang. Messi, Inesta, Xavi, Puyol dan lain-lain setia dan tidak terpengaruh dengan gaji yang mahal yang ditawarkan oleh Jutawan Arab.
Arsene Wenger telah dapat membaca pemainan Van Persie kerana itu beliau telah membeli Lukas Podolski dan Olivier Giroud sebagai penganti. Bagi aku biarkan Van Persie pergi kemana beliau nak pergi dengan harga yang sesuai kerana menyimpan pemain yang tidak mahu bermain akan merosakan kelab sebagaimana Arsenal cuba menyimpan Febregas suatu masa dahulu. Lagi pun prestasi Van Persie semenjak Januari 2012 kelihatan menurun hanya dapat menjaringkan beberapa goal sahaja.
Prestasi Theo Walcott pula tidak menentu sejak kebelakangan ini. Kehadiran Oxlade-Chamberlain dengan prestasi yang sangat baik sehingga terpilih sebagai pemain utama England pasti dapat mengisi kekosongan Theo Walcott seandainya beliau membuat keputusan untuk berhijrah ke kelab lain. Andrey Arshavin, Carlos Vela dan Nicklas Breadtner juga sedang mencari kelab yang sesuai untuk berhijrah keluar dari Arsenal. Begitulah apabila bermain dengan kelab profesional sentiasa mencari peluang yang lebih baik.
Selain Podolski dan Giroud, Arsene Wenger tweet aku katanya ada beberapa lagi super star semasa transfers window musim BPL 2012/13 bermula. Kita tunggukan siapakah mereka? Yang pasti bukan Super star seperti Messi atau Cristiano Ronaldo atau Rooney atau Balotelli atau David Silva seperti yang diingini oleh Van Persie sebagai syarat untuk kekal bersama Arsenal.
Pelawanan Arsenal vs Malaysia XI 2012 akan berlansung pada 24/7/12 di Stadium Nasional Bukit Jalil tapi sayang aku tak dapt nak pergi sebab ada perkara yang lebih penting untuk dilaksanakan pada malam tersebut. Kepada yang nak beli tiket Arsenal vs Malaysia XI online sila ke ticketPro.
Arsenal Transfers In
1/7/12 : Lukas Podolski (FC Cologne)
1/7/12 : Olivier Giroud (Montpeller)
7/8/12 : Santiago Cazorla Gonzalez (Malaga)
Arsenal Transfers Out
6/7/12 : Denilson (Sao Paulo) – Full Season Loan
17/7/12 : Carlos Vela (Real Sociedad)
18/8/12 : Robin Van Persie (Manchester United)
16/8/12 : Kyle Bartley (Swansea)
13/8/12 : Ryo Miyaichi (Wigan) Full Season Loan
30/7/12 : Almunia (Watford)
119 Comments
.. Van Persie keluar dari Arsenal. Satu persatu bintang Arsenal keluar meninggalkan kelab ini .. harap ada penggantinya selepas ni
Curahan rasa iAwani @ ..Office 2013 Bukan Untuk Windows Xp, Vista
Van Persie mmg nampak makin merudum prestasinya.
p.s.ape twitter arsene wenger tu bro DH? hehe =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Bukan Blogger Tegar!
Jangan sedih Arsenal dengan akan hengkangnya Van Persie, masih banyak lagi pemain lain yang lebih baik
Curahan rasa Dadan @ ..Makanan dan Minuman Penyebab Rambut Beruban
siapa tahu dengan hengkangnya Van Persie, Arsenal akan lebih baik dengan pemain barunya
Curahan rasa Dadan @ ..Makanan dan Minuman Penyebab Rambut Beruban
go Arsenal ayo melangkah lebih jauh dengan pemain baru
Curahan rasa smp3lembang @ ..Kena Mutasi Pemerataan Guru
Sepertinya nanti Arsenal akan semakin baik lagi performanya musim kompetisi yang akan datang
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Manfaat Menyusui
Dan menunjukkan kualitas permainannya lebih baik lagi baik itu dalam kontes Liga Inggris atau pun kanca Internasional lainnya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Manfaat Menyusui
Lawak pulak bila baca ni:
“Kalau nak piala Arsenal lah tempat yang paling sesuai kerana sejak 2005 belum pernah menjulang sebarang piala.”
😆
Curahan rasa Affan @ ..Bermain Roller Coster di Canada’s Wonderland
yalah bro semua dah jadi super star yang dilatih di Arsenal tapi bila nak piala pindah kelab lain .. kalau semua stay kat Arsenal pastilah boleh julang piala.
Curahan rasa Denaihati @ ..7 Top Blog Malaysia 2012 edisi DiGi
Aku jg berharap Arsenal akan membuat beberapa perubaha kali ni….beli la player yg baik2 sikit….letih dh aku tengoknya…..:(
Curahan rasa yas @ ..[GADIS] USIA 14 TAHUN, TETAPI……
Kesian jugak aku tgk ngn Arsenal ni. Asal top sikit, pakat nak kelaur. Jadi, mungkin jugak betul kata DH, mereka bukan nak piala, tp nak gaji besor
Curahan rasa hafizmd @ ..Bukan Blogger Tegar!
Diharap juga agar Arsene Wenger dpt mencari pemain yg benar2 memenuhi citarasa peminat Arsenal yg dahagakan kejuaraan, setelah bermula musim lalu dgn kegagalan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Kemantapan setiap posisi perlu di isi dgn pemain yg serasi beraksi dgn posisi kegemarannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Arsenal mencari pemain baru,
Untuk memghadapi musim 2012/2013 ni,
Perlu dinilai mulai sekarang dahulu,
Barulah mantap bila beraksi nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Bila bertemu dgn Malaysia nanti, dpt mengenali pasti setiap kelaemahan yg ada utk diperbaiki.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Mudah-mudahan Arsenal dpt pemain yg berkualiti utk menghadapi musim baru nanti.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan Arsenal
Wah hebat admin ulas pasal Arsenal…memang peminat fanatik nii…saya sokong admin he he
Curahan rasa MahyuddinMAA @ ..Program Hibah
Terimaksih atas infonya gan
Curahan rasa syifal @ ..Cara Tradisional Mengobati Penyakit Asam Urat
go Gunner go!
mudah2an musim akan datang gunner ada sesuatu utk didakap 🙂
Curahan rasa auc dot com @ ..Blog Anakulucheka.com Kena Hacker
dah lama rasanya arsene wenger jadi coach arsenal ni.. rasanya kena tukau supaya suntikan pemain baru yang segar dapat dilakukan..
Curahan rasa Azydy @ ..Pembelajaran Online Percuma Untuk Si Kecil
mungkin juga..arsenal kene ada ‘idea’ baru utk dpt piala..
Curahan rasa Jebeng Otai™ @ ..Wordless Wednesday : Kesilapan Muslim Dalam Bulan Ramadhan
Benar sahabat, dengan suntikan pemain baru dan berkualitas maka diharapkan arsenal akan lebih baik lagi permainannya sahabat Azydy
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Manfaat Menyusui
susah Arsenal nak buang Arsene Wenger sebab syarikat tak rugi dan tak berhutang berjuta dollar seperti kebanyakan kelab besar … piala hanya extra sahaja.
Curahan rasa Denaihati @ ..7 Top Blog Malaysia 2012 edisi DiGi
Comments are closed.