Air liur basi terkena baju, sah tak bawa ke solat?

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Kebersihan tempat solat dan pakaian yang dibawa ketika solat adalah antara penentu sesebuah solat itu sah atau tidak. Ia mestilah bebas daripada najis. Pernahkah anda mendengar bahawa air liur basi yang melekat pada baju tidur tidak boleh dibawa ke dalam solat kerana ia dikira sebagai najis.

Ha, bagaimana pula ia boleh dikira sebagai najis?

Sebenarnya, hukum asal bagi air liur yang keluar daripada mulut seseorang manusia adalah suci. Seperti yang diceritakan oleh Saidatina Aisyah r.anha, kata beliau:

Aku minum pada ketika itu aku datang haid. Kemudian aku bawakan bekas minuman tadi kepada Nabi SAW lalu baginda meletakkan mulutnya di tempat yang aku minum tadi lantas baginda minum.” (Riwayat Muslim, no.453)

Ia menunjukkan bahawa air liur adalah suatu yang suci.

Walau bagaimanapun, tentang air liur yang keluar ketika tidur, para ulama menyatakan jika ia daripada mulut maka hukumnya suci dan jika ia daripada perut maka ia adalah najis.

Imam Al-Nawawi memetik keterangan Imam Abu Muhammad Al-Juwaini yang menerangkan bahawa ada antara air yang keluar dari kawasan lahwat (anak tekak) dan ia adalah suci sedangkan jika air tersebut mengalir daripada perut maka ia adalah najis secara ijmak.

Apabila dirujuk kepada ilmu anatomi tubuh manusia, kita dapat mengetahui bahawa sebenarnya air liur manusia dihasilkan di kalenjar yang berada di beberapa bahagian rongga mulut iaitu kalenjar parotid, submandibular, dan sublingual.

Dianggarkan ia menghasilkan sekitar 0.5 hingga 1.5 liter air liur setiap hari termasuklah ketika tidur. Saliva atau air liur membantu manusia menelan makanan, serta memudahkan proses pencernaan.

Daripada maklumat ini, dapat kita fahami bahawa air liur memang dihasilkan daripada rongga mulut, justeru ia bukan najis. Manakala yang dimaksudkan air yang mengalir daripada rongga perut dalam hadis tersebut besar kemungkinan adalah refluks asid yang berpunca daripada perut.

Dalam keadaan normal, otot di bahagian esofagus akan mengendur bagi membolehkan makanan masuk dan mengecut semula bagi mengelakkan makanan dan jus gastrik daripada kembali semula ke dalam esofagus.

Namun, apabila otot ini menjadi lemah, jus berasid daripada perut akan mengalir semula ke bahagian esofagus dan boleh jadi akan terkeluar daripada mulut ketika tidur. Justeru jika hal ini berlaku, seseorang itu perlu membersihkan bahagian yang terkena air tersebut dengan cara membasuhnya atau menyalin baju lain.

Jika anda sering mengalami masalah refluks asid ketika tidur, maka anda mungkin sudah boleh membezakan air liur yang terkeluar daripada rongga mulut atau perut. Tuntasnya, pastikan pakaian yang dipakai ketika bangun daripada tidur adalah bersih jika ingin menggunakannya ketika solat.

Sumber: tzkrh, mufti wilayah


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!