Perdana Menteri Lubnan, Letak Jawatan

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Perdana Menteri Lubnan dan barisan Kabinetnya mengumumkan peletakan jawatan susulan letupan dahsyat yang menghancurkan sebahagian besar bandar raya Beirut pada minggu lalu.

Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab mengumumkan peletakan jawatan pada Isnin, seminggu lepas tragedi letupan besar di pelabuhan Beirut yang mengorbankan lebih 200 orang.

Diab, 61, yang membuat pengumuman itu secara langsung di televisyen, mengundurkan diri ketika keadaan semakin tegang dengan penunjuk perasaan yang marah dengan kejadian letupan itu, terus bertempur dengan pihak keselamatan di tengah bandar raya Beirut.

Dalam ucapan ringkas yang disiarkan menerusi televisyen, Diab mengumumkan peletakan jawatan dan akan berjuang bersama-sama rakyat untuk melakukan perubahan secara bersama.

Hari ini kita akur dengan tuntutan mereka yang mahukan mereka yang bertanggungjawab terhadap tragedi ini.

“Inilah sebabnya mengapa hari ini saya mengumumkan pengunduran diri dari pemerintah.

“Saya mengumumkan peletakan jawatan kerajaan ini. Semoga tuhan melindungi Lubnan,” katanya yang disiarkan di televisyen.

Diab yang juga bapa kepada tiga anak, memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam kejuruteraan komputer University of Bath pada 1985 dan kemudiannya bertugas di America Universiti of Beirut sebagai Pembantu Profesor ketika berumur 26 tahun.

Diab dilantik sebagai Perdana Menteri Lubnan pada 21 Januari lalu.

Baca : Lebih 200 Yang Maut Dan 300,000 Tiada Tempat Tinggal Akibat Letupan Di Beirut

Dalam kejadian letupan di gudang pelabuhan pada 4 Ogos lalu, lebih 2,000 tan ammonium nitrat meletup dan mengorbankan 163 orang.

Tragedi itu turut mencederakan lebih 6,000 orang dan memusnahkan bandar itu ketika negara tersebut dibelenggu dengan isu politik dan ekonomi.

Menteri Kewangan Ghazi Wazni, perunding utama dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengenai rancangan menyelamat untuk membantu Lubnan keluar dari krisis kewangan, dikatakan sudah membawa surat peletakan jawatan ke mesyuarat Kabinet.

Menteri Alam Sekitar dan Makluat telah melepaskan jawatan pada hari Ahad dan beberapa pembuat dasar serta Menteri Kehakiman juga berbuat demikian pada hari Isnin.

“Seluruh rejim perlu diubah. Tidak ada bezanya jika ada pemerintahan baru. Kami memerlukan pilihan raya yang cepat,” kata Joe Haddad, seorang jurutera, kepada Reuters.

Seorang penduduk berkata, ekonomi sekarang sudah menjadi bencana dan sekarang saya perlu membuat duit semula, sebenarnya lebih mudah semasa perang.

”Ahli politik dan ekonomi telah memusnahkan semuanya,” ujarnya.

Apa yang pasti kebanyakan rakyat Luban skeptikal dengan kemungkinan berlaku sebarang perubahan yang mana politik mazhab telah mendominasi negara itu sejak konflik 975-90.


Spread the love

4 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!