Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setelah berehat beberapa hari sekembali dari Kembara Musafir New Zealand kami berkumpul sekali lagi untuk program hari keluarga kumpulan Al Ansar Sdn Bhd. Tujuan untuk mengumpulkan semua ahli keluarga kumpulan Al Ansar yang telah bertungkus lumus bekerja sepanjang tahun untuk bersama beraktiviti mengeratkan silatulrahim.
Kami mula berkumpul petang 5/6/2013 di Kalumpang Resort yang terletak di bandar kecil Kalumpang, Selangor. Lokasi percutian yang sangat alami pasti dapat meningkatkan semangat setiap yang menyertai.
Berbagai aktiviti disediakan seperti senamrobik untuk semua dan sukaneka untuk dewasa dan kanak-kanak. Alhamdulillah semua bersemangat berpatisipasi dalam semua program dengan semangat kekeluargaan.
Setelah berpeluh dengan acara sukaneka daratan kami beralih ke kolam untuk acara yang lebih basah. Acara kolam hanya untuk kanak-kanak dan dewasa lelaki sahaja untuk mengelakkan kontroversi.
Selepas sukaneka air majoriti terjun ke sungai untuk menikmati air jeram yang sejuk. Selepas penat berendam semua bergegas ke kafetaria menikmati hidangan makan tengahari. Aktiviti yang penuh dari pagi membuatkan semua kelaparan.
Selepas zuhur peserta yang sudah mendaftar untuk water tubing bersiap sedia. Mencabar menuruni jeram sejauh satu kilometer.
Alhamdulillah kami solat maghrib berjemaah yang disulam dengan majlis ilmu sementara menunggu isyak. Ustaz jemputan Ustaz Mohd Nasir memang tidak asing kerana sering memberi taskirah di pejabat Al Ansar pada setiap hari Jumaat.
Hari Keluarga Kumpulan Al Ansar diakhiri dengan jamuan BBQ, persembahan nasyid oleh kumpulan Damai dan Muaz dan penyampaian hadiah.
No related posts.
35 Comments
Owh meriah, tgk pic, tahu Anarm ngan Jaws..
Syarikat saya pernah mengajur acara di Kalumpang ini. Airnya dingin dan deras.
Curahan rasa akubiomed @ ..Pelancaran Little Red Cube dan Karnival
Lengkap sudah,.. berkumpul, bermain, makan dan beribadah bersma.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..FIFA INTERNATIONAL MATCH DAY : Indonesia Vs Belanda
Senangnya bila keluarga besar bisa bertemu dan saling untuk berbagi cerita dan kisah bersama
Curahan rasa Ferry @ ..CPNS Kementrian Keuangan 2013
setelah holiday seperti ini hilang semua penat dan stress
Curahan rasa munir ardi @ ..Hikmah Isra’ Mi’raj Nabi Muhammad SAW
kelihatan ramai yang terlibat, masing2 muka ceria jer…
dulu den pernah sekali bercuti ke kalumpang nih, dari gambar rasanya den menginap kat sana jugak…
Curahan rasa papa mifz @ ..Zirafah Itu Tersepit
bestnya… suka aktiviti sebegini
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Barang Baik Punya
Bisa dijadikan suatu ajang silaturahmi keluarga juga ini
Curahan rasa Ferry @ ..Gizi Nutrisi Dan Kesehatan
betul Mas,… silaturahmi dan Refreshing ditengah rutinitas kerja.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..FIFA INTERNATIONAL MATCH DAY : Indonesia Vs Belanda
tuan denaihati kena berendam lagi ni… hehe
Curahan rasa KiD @ ..Mencari Sepat Ronggeng
buat tarian kuda makan tisu satu bro..! hehe..
hoho..ramai gak budak-budak ye..
Curahan rasa titan @ ..Komisen ke 66 dari Text Link Ads.
Acara begini boleh megeratkan silaturrahim, bagi anak2 pulak boleh release tension lepas penat belajar.
Curahan rasa Aina @ ..Temuduga UPSI
hehe..lama tak senam robik…kena pulak lagu dangdut..hehe..amboi bro kid..gelak sakan main berebut kerusi yer..haha
Curahan rasa Hafizul @ ..Pendapatan Ke 15 Dari Jobdirumah
Bagus. Salah satu cara mengekalkan motivasi bekerja dan release stress
Curahan rasa halif @ ..Teknik Dapat Tenant Kurang Dari 20 minit
Semua peserta kelihatan ceria dan gembira 🙂
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Indonesia vs Belanda Laga Bersejarah dan Spektakuler
Apalagi anak-anak, kelihatannnya bersemangat sekali
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Indonesia vs Belanda Laga Bersejarah dan Spektakuler
Acara outbound seperti ini memang sangat cocok untuk kalangan keluarga.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hikmah Isra’ Mi’raj Nabi Besar Muhammad SAW
KID bermain rebutan kursi seronoknya
Curahan rasa munir ardi @ ..Hikmah Isra’ Mi’raj Nabi Muhammad SAW
Iya, .. jadi ingat kalau ada icebreaker di DBE3 dulu.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hikmah Isra’ Mi’raj Nabi Besar Muhammad SAW
Comments are closed.