Kita apa yang kita fikirkan
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, apa yang anda buat setiap kali bangun dari tidur? Gosok gigi? Mandi? Atau Hisap rokok? Pasti setiap dari kita mempunya aturcara sendiri untuk memulakan hari setiap hari.
Mengikut Islam apabila bagun tidur ada doa bagun tidur yang mesti dibaca atau setidaknya ucapkan Alhamdulillah kerana Allah pinjamkan nyawa sehari lagi.
Mengikut tok guru yang mengajar aku setiap pagi selepas solat sunat suboh yang ganjarannya lebih baik dari dunia dan seisinya manusia mesti mengucap syukur kepada Allah kemudian memohon kebaikan untuk hari tersebut. Contohnya “ya Allah aku bersyukur kerana dipinjamkan sehari lagi nyawa diriku dan keluargaku semuga hari ini adalah hari terbaik barbanding semalam, dipermudahkan urusan dunia dan akhirat sebagaimana Kau permudahkan urusan para Rasul, Nabi dan Ambia. Seandainya Kau matikan kami maka matikanlah kami dalam Islam dengan kalimah Allah.”
Kata tok guru apabila manusia tidak memohon apa-apa maka apa juga yang bakal berlaku pada hari tersebut adalah kun fayakun maka jadilah atas kehendak Allah tanpa rayuan permohonan yang baik dari hambanya.
Begitu juga kepada ibu yang sedang mengandung mesti ibubapa memohon kepada Allah apa yang mereka inginkan ke atas bakal anak mereka terutama sebelum Allah hembuskan nyawa ke atas jasad baby di dalam kandungan. Seandainya tiada satu permohonan dari ibubapa maka kun fayakun jadilah apa juga kejadian mengikut kehendak masa dan persekitaran.
Maka sebenarnya apa juga yang berlaku dalam kehidupan seharian adalah apa yang kita fikirkan dan doakan setiap hari kepada Allah SWT. Semuga sedikit panduan hidup ini dapat kita amalkan selagi ada nyawa dan keluarga, anak, cucu, cicit dan keturunan kita juga amalkan demi kejayaan dunia dan akhirat.
[ad#nuffnang336]
[ad#Adsense234x60]
