Gambar resolusi tinggi Hajar Aswad yang dikongsi kerajaan saudi melalui akaun twitter @HaramainInfo sungguh cantik. Gambar batu hitam suci yang diambil oleh Jabatan Pengajian Kejuruteraan Reasah Alharmain melalui teknologi Focus Stack Panorama.
Berikut merupakan informasi yang dikongsikan oleh pegawai saudi;
- Shooting Time: 7 hours.
- Number of Photos: 1050 Fox Stack Panorama.
- Image Resolution: 49,000 Mega Pixels.
- Processing Time: More Than 50 Working Hours.
Ketua Setiausaha Agong bagi Projek dan Agensi Pengajian Kejuruteraan, Sultan Ati Al-Qurashi berkata, pihak berkuasa berminat menggunakan teknik terkini pengimejan kerana sejarah Hajarul Aswad adalah sangat penting kepada umat Islam.
Batu berwarna kemerahan dan berbentuk bujur berdiameter 30 sentimeter (cm) itu terletak di bucu tenggara Kaabah.
Video Membersihkan batu Hajarul Aswad di musim Covid-19 @ https://youtu.be/wF-PCmMwqrs (subcribe)
Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Ka’bah, iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai.
Hajar Aswad merupakan jenis batu ‘Ruby’ yang diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril. Hajar Aswad terdiri dari lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak.
Technical Information
— 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 (@HaramainInfo) May 3, 2021
Shooting Time: 7 hours.
Number of Photos: 1050 Fox Stack Panorama.
Image Resolution: 49,000 Mega Pixels.
Processing Time: More Than 50 Working Hours. https://t.co/E9xktWDGJr pic.twitter.com/MOUWWJZbHA
Hajar Aswad sebenarnya berwarna putih. Namun disebabkan oleh dosa manusia, batu ini sudah bertukar menjadi hitam. Ia sesuai dengan hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidhi, “Batu hitam turun dari surga dan batu itu lebih putih daripada susu, tetapi dosa anak-anak Adam menjadikannya hitam.
Video Perjuangan Mencium Hajar Aswad @ https://youtu.be/J0_7rD_R0M4 (subcribe)
Semuga kita terpilih mencium batu Syurga ini.
One Comment
juta jutaan manusia berebut mengucupnya saban tahun. Kini gambar yang jelas dikongsikan untuk tatapan umum. Menarik
Curahan rasa Geng Borak @ ..Jom Beli, Don’t Sewa! Peluang Miliki Rumah di Hanna @ Laman Sendayan
Comments are closed.