KUALA LUMPUR, menurut sumber Bernama, lima lelaki dan tiga wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam penggambaran sebuah video yang mempromosikan perjudian secara dalam talian, yang tular di media sosial sejak semalam sehingga membangkitkan kemarahan orang ramai.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata kesemua individu yang ditahan itu dipercayai terlibat sebagai pelakon, ejen artis, juruvideo, jurukamera, produser, pengarah dalam penggambaran video berkenaan.
“Kesemua mereka mengaku menerima bayaran bagi pembikinan video itu yang diadakan di dua lokasi iaitu Ampang dan Hulu Langat, Selangor pada 13 Mac lepas. Usaha mengesan dalang sebenar di sebalik pembikinan video berkenaan masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kesemua mereka direman dan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Salah screenshot tadi. Ni iklan Raya dari company judi. Gila apa. Saw this on FB, ada yang share. But people are desperate these days willing to do anything. Ataupun yg sejenis lurus bendul tak tau ni judi. Link to the video is below. pic.twitter.com/2COlpsYhrJ
— ꜱᴜᴇᴀɴɴᴀᴊᴏᴇ 〄 FULLY BOOKED (@sueannajoe_) April 14, 2021
Setakat ini, katanya polis telah menerima 38 laporan berhubung perkara itu.
Beliau seterusnya menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi kerana siasatan masih dijalankan, dan mereka yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes itu boleh menyalurkannya kepada polis.
Sementara itu mengulas berkenaan penyebaran sebuah lagi video yang turut mempromosikan perjudian dalam talian yang tular hari ini, Acryl Sani berkata pihaknya sudah mengambil maklum berhubung perkara itu.
“Setakat ini belum ada laporan tetapi saya sudah arahkan satu laporan polis dibuat untuk siasatan lanjut,” katanya.
Difahamkan hari ini tular di media sosial sebuah lagi video mempromosikan perjudian dalam talian dengan bertemakan perayaan Aidilfitri.
Sumber: Bernama
6 Comments
Alasan yang diberi bersifat kebudak budakan, apakah mereka tak fikir netizen dan netizah cepat buat kerja?
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat RM62 Ribu Dengan Bisnes Dropship Shopee
macam-macam ada zaman sekarang ini.
mungkin mereka cuba untuk mencari populariti
sebab bila ada kontroversi akan timbul populariti
Curahan rasa mrhanafi @ ..Formula berimpian, bertindak dan berjaya
halus je depa attack kita.
terang-terang pun, kita masih banyak nak bersabar.
Curahan rasa titan @ ..Father and his SON.
Kejadian yang memalukan. Selalu sangat berlaku, di mana orang melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang. Bila viral, dikutuk dan dikeji baru tahu apa yang mereka buat itu salah. Sebelum buat tidak mahu mengkaji, bertanya dan sebagainya.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Safa Bakery Medan Mara Kuala Lumpur Ada Menjual Pelbagai Jenis Biskut Dengan Harga Berpatutan
Ramai yang terpengaruh dengan judi dalam phone ni. Kena banteras normalisasi sebegini.
Curahan rasa Geng Borak @ ..Aduan Kedai Motor Manipulasi Harga Y16ZR
Dah semacam takder maruah, memalukan agama dan diri sendiri. Terdesak sangat nak popular atau nak duit lebih nie. Tak berbaloi langsung dengan tujuan hidup atas muka bumi. Nak kata pengkhianat pun ya juga.
Comments are closed.