Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Pesakit COVID-19 yang memakai pelindung muka plastik atau topeng yang dilengkapi dengan injap berpotensi menyebarkan virus ke kawasan yang sangat luas sewaktu bersin atau batuk.
Baca: Jangan terlalu selesa dengan angka penurunan Covid-19 di Malaysia
Ini sekaligus menjadikan alat tersebut tidak berkesan untuk mencegah penyebaran COVID-19 jika digunakan tanpa pelitup mulut dan hidung biasa.
Dalam laporan yang diterbitkan dalam jurnal Physics of Fluids, para penyelidik di Florida Atlantic University menggunakan kepingan laser menegak dan mendatar untuk mengesan titisan kecil air suling dan gliserin pada anak patung (mannequin) yang dipakaikan dengan pelindung muka plastik atau topeng dengan injap pernafasan.
“Pelindung muka ini pada awalnya menyekat jalan keluar titisan air, tetapi bukan sepenuhnya kerana ia dapat bergerak di sekitar visor dengan mudah dan tersebar,” kata para penyelidik.
Bagi topeng yang dipasang dengan injap untuk memudahkan pernafasan, titisan akan melalui injap yang tidak dilengkapi dengan filter dan tersebar.
Para penyelidik membuat kesimpulan bahawa di sebalik keselesaan yang ditawarkan oleh kedua-dua jenis pelitup muka ini, pelitup muka dari jenis kain berkualiti tinggi atau topeng perubatan (medical mask) lebih berkesan dalam membantu mencegah penyebaran virus.
Sumber: Awani
- PDRM (Polis Diraja Malaysia) semakin Panas! Panas!
- Keramat Lab Model Keluarga Al Quran
- 7 Bidang Tuntutan di Konvensyen Kebangkitan Ummah
- Israel dilanda bencana kebakaran, kini merayu bantuan untuk padamkan api
- Vivy Yusof dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM, sedia kongsi idea dan pembaharuan bermanfaat
3 Comments
pelindung ni, buat masak rasa selamat. terutamanya bila tumbuk sambal dan masak makanan yang meletup-meletup. kadang risau terkena mata
pelindung ni, buat masak rasa selamat. terutamanya bila tumbuk sambal dan masak makanan yang meletup-meletup. kadang risau terkena mata
Betul tu, tidak berkesan, harga pun boleh tahan mahal. Yang penting selalu basuh tangan ya 🙂
Curahan rasa Syazni Rahim @ ..Galas | Fiksyen
Comments are closed.