“ALHAMDULILLAH… syukur. Mulia sungguh hati dia, semoga Allah membalas semua kebaikan,” Itu antara reaksi warganet berikutan tular gambar seorang lelaki yang membantu menukar tayar ambulans di Jalan Pangi di Kunak, hari ini.
Sikap prihatin ditunjukkan Samsukardi Kamare, 30, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Ardie itu mendapat pujian warganet yang berusaha menukar tayar kenderaan berkenaan dalam keadaan panas terik.
Menceritakan semula kejadian itu, Samsukardi yang juga seorang imam berkata, dia dalam perjalanan ke surau di Rimbun Hijau, sebelum melihat ambulans berkenaan mengalami kerosakan, 11.30 pagi.
Pemandunya memaklumkan tayar belakang sebelah kiri ambulans itu pecah selain tidak mempunyai peralatan untuk menukar tayar berkenaan. Dia beritahu sedang menunggu bantuan.
Kebetulan saya ada menyimpan peralatan dalam bonet kereta sebelum membantu menukar tayar yang rosak itu,”
Samsukardi berkata, tidak lama selepas itu sebuah lagi ambulans bersama beberapa anggota tiba di lokasi dan turut sama membantunya memasang semula tayar berkenaan.
Baca : Nikah Secara ‘Online’ Pertama Di Malaysia
Katanya, ketika itu terdapat seorang pesakit lelaki yang ditemani isteri dipercayai dalam perjalanan ke Hospital Semporna untuk mendapatkan rawatan.
Memang tergerak hati mahu tolong kerana selepas melihat kecekalan dan pengorbanan kakitangan kesihatan yang bertungkus lumus melawan penularan wabak Covid-19.
Ini hanya sumbangan kecil saja jika dibandingkan dengan jasa dan khidmat mereka kepada masyarakat,”
Semoga Allah membalas jasa baik semua orang yang sentiasa melakukan kebaikan demi kebaikan. Insyallah Allah akan sayang kita semua 🙂
Jangan lupa share cerita ini.
Sumber : Hmetro
Baca : Apa nak jadi harga minyak mentah dunia jatuh teruk sehingga 306%
2 Comments
Kita mahu orang yang bukan hanya pandai bercakap, tapi mampu buat apa yang dia cakapkan. Ini satu “tamparan’ untuk mereka yang hanya tahu mengkritik tapi tidak mampu buat apa-apa.
Curahan rasa ahmadyani @ ..7 Idea Bisnes Dari Rumah Yang Boleh Dilakukan Secara Sambilan Untuk Menambah Pendapatan
alhamdulillah ada insan yang berhati mulia..
mereka ini ada di mana-mana dan tidak kira siapa mereka.
moga menjadi teladan dan inspirasi kita semua
Curahan rasa mrhanafi @ ..Cerita lawak gila yang mencuit hati
Comments are closed.