UPSR Dan PT3 Bagi Tahun 2020 Dibatalkan
Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan bahawa Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2020 dibatalkan.
Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, pembatalan UPSR dan PT3 tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid.

Memandangkan keputusan UPSR dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD), Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan kaedah baharu bagi tujuan ini yang tidak hanya tertumpu kepada prestasi akademik semata-mata.”
Beliau berkata, satu kaedah baharu untuk PT3 akan diperkenalkan dan ia akan dijadikan satu daripada kriteria pemilihan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus seperti sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik.
Baca : Pengeluaran i-Lestari: KWSP lancar kemudahan atas talian
Sementara itu, bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Kementerian Pendidikan sebelum ini mengatakan peperiksaan tingkatan lima itu dipinda ke 16 November hingga 7 Disember berikutan penularan wabak Covid-19.
KPM juga akan umum tarikh pembukaan sekolah sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sekolah dibuka dan keputusan untuk membuka semula sesi persekolahan hanya akan dibuat apabila keadaan benar-benar diyakini kembali pulih.
sumber : Sinar Harian
