Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Astaghfirullahaladzim…
Astaghfirullahaladzim…
Astaghfirullahaladzim…
Hebatnya Kuasa Istighfar! Ungkapan yang amat mudah, tetapi untuk melazimi dalam menuturkannya amat sukar. Ini adalah ungkapan paling keramat buat kita yang bergelar pendosa.
Saban waktu tidak lari daripada melakukan dosa. Dengan rasa penyesalan sebagai sang pendosa, sentiasalah menuturkan astaghfirullahaladzim, kami memohon ampun kepadaMu ya ALLAH.
Beristighfarlah kerana Allah akan memberikan banyak kebaikan di dalamnya.
Rasulullah SAW bersabda,
“Barang siapa memperbanyakkan istighfar, maka akan diberi kelapangan dalam setiap kesusahan dan jalan keluar dari kesempitan. Dan dianugerahi rezeki dari jalan yang tiada disangka-sangka.”
(Hadith Riwayat Abu Dawud dan Nasa’i)
Bacalah ia dengan hati dan merasai sehingga ke dalam jiwa kita. Pasti Allah akan memudahkan segala urusan kita.
Baca : 7 Tips Untuk Memperoleh Rezeki Yang Melimpah Ruah
Tidak kiralah berapa banyaknya dosa kita, menggunung tinggi atau seluas lautan sekali pun dosa kita yang telah kita lakukan, Allah akan sentiasa menanti dan menerima taubat hamba-hambaNya.
Istighfar sahaja, mudah bukan? Jangan terlalu ikutkan rasa beratnya hati. Lafazkan sahaja, kemudian tekadkan di dalam hati untuk meninggalkan segala perbuatan dosa.
Ayuh kita menjadi seperti junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Baginda walaupun maksum dan sudah pun diampunkan dosa-dosanya yang lalu dan akan datang, tetapi Baginda tetap melazimi istiqamah melakukan taubat lebih daripada 70 kali sehari.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 0
“Demi Allah! Sesungguhnya aku memohon keampunan daripada Allah dan aku bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih daripada 70 kali.”
(Riwayat Al-Bukhari)
Anda sudah istighfar dan bertaubat hari ini? Kalau belum, ucapkanlah Astaghfirullahaladzim dengan penuh rasa cinta dan penyesalan.
Baca ; 5 Cara Bersyukur Dengan Mudah
Wallahua’lam. Dah baca? Klik share supaya bermanfaat untuk semua 🙂
kredit : IluvIslam
7 Comments
Nampak mudah, tapi kadang terlupa dan culas untuk lafazkannya. Semoga aku dan rakan-rakan semua sentiasa merasai nikmat istighfar
waalaikumussalam. terasa diri ini banyak dosa bila istighfar sambil mengingati maksud istighfar dalam bahasa melayu
Curahan rasa umi nazrah @ ..Punca Serangan Jantung Mengejut Kepada Orang Lelaki Malaysia
Terima kasih berkongsi… mudah mudahan kita semua dapat beramal dan mendapat keberkatan darinya..
Benar, kalau istighfar dari ucapan seharian, nak membawang pun tak ada masa sebeb lidah dah sentiasa basah dengan kalimah Allah.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Adakah Anda Tengah Pening Kepala Untuk Buat Duit?
Untuk menjadikan istighfar ini satu kelaziman….pada permulaan, amalkan pada waktu khusus. Contohnya selepas solat sunat menunggu iqamah. Bila sudah lazim waktu khusus ini, ia akan mudah pada waktu lain.
alhamdulillah…
satu perkomgsian yang sangat menarik.
mudahan kita mempunyai kekuatan untuk beramal
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bina target tanpa ada rasa kecewa
Istigfar penyelesaian untuk pelbagai masalah. jom banyakkan istigfar, moga hidup lebih tenang dan mudah urusan harian
Curahan rasa Sakinah @ ..Set Tidur Lena Tasneem penyelesaian untuk Masalah Bayi Susah Tidur
Comments are closed.