Rancangan televisyen wajib jika tibanya bulan Ramadan setiap tahun adalah Jejak Rasul yang biasanya menyajikan sirah-sirah berkaitan para nabi dan rasul serta agama Islam.
Lebih menarik lagi, ada sahaja topik baru yang disajikan terutamanya berkaitan tempat-tempat yang wujud elemen Islam di situ.
Jelajah beberapa masjid di Israel
Bagi Jejak Rasul 2020, pengacaranya iaitu Fedtri Yahya telah mula mengembara dengan krew produksi ke kawasan tebing Barat Palestin dan juga Israel bagi mendapatkan pengisian yang begitu istimewa.
Menerusi Twitter pengacara berkaliber itu, dia telah memuat naik beberapa fotonya berlatarbelakangkan masjid yang terdapat di Israel.
Ingatkan dekat sana semua Yahudi
Menjawab soalan daripada warganet yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai negara tak diiktiraf itu, Fedtri memjelaskan bahawa terdapat lebih kurang 2 juta penduduk Muslim di Israel.
Hal tersebut membuatkan masjid menjadi tarikan kepada pengunjung yang mungkin beragama Islam apabila datang ke sana.
Sehubungan dengan perkara tersebut, posting yang dibuat oleh pengacara itu telah dikongsi semula oleh ratusan warganet yang mungkin baru mengetahui mengenai info menarik itu.
Hal ini demikian kerana majoriti penduduk di Israel adalah beragama Yahudi dan jarang mendengar mengenai penduduk Muslim di sana.
Jadi, tidak silap lagi bahawa pengisian yang akan diberikan dalam Jejak Rasul pada tahun hadapan begitu menarik dan memberi lebih banyak pengetahuan dan maklumat baru mengenai negara-negara di Timur Tengah.
Sumber : Fedtri Yahya
4 Comments
satu perkembangan yang cukup menarik…
semoga Islam terus bertapak di muka bumi ini walau apa keadaan sekali pun..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Tempat Makan Sedap di Kota Samarahan
Mahu ke sana, tapi pasport Malaysia tak benarkan kita datang ke sana, ada cara lain tak?
Curahan rasa Ikhwan @ ..RM20 Free Credit Dengan Yoodo Promo Code ekcce0516
Siapa Muslim di Israel tu? Orang Arab sedia Islam atau orang Israel sendiri yang masuk Islam atau bagaimana? Tapi yang pastinya Israel kini ‘sakit kepala”! Dia menggasak Islam di luar. Di dalam Islam berkembang.
Curahan rasa Usahawan Air Balang @ ..Ikut 9 Panduan Ini Supaya Jualan Bisnes Air Balang Anda Laku Keras!
Bagaimana kuat pun yahudi ingin menyekat dan menekan Islam, agama Islam tetap berkembang dengan pesat. Siapa yang ingin menyekat aturan Allah?
Curahan rasa ahmadyani @ ..Catatan Peribadi – Kenangan Indah Reunion Kelas Thanawi Kampung Sempadan kali ke 2 Di Kuching Sarawak
Comments are closed.