Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setiap anak pasti sudah memasang impian untuk membalas jasa ibu bapa dengan pelbagai cara demi untuk melihat kegembiraan di wajah kedua orang tua. Tak kisahlah kecil atau besar pemberian anak-anak, ibu bapa pasti gembira dengan pemberian ikhlas anak-anak.
Begitu jugalah dengan kisah lapan beradik yang berpakat untuk membuat kejutan istimewa khas, buat kedua orang tua yang selama ini telah membesarkan mereka.
Hadiah kereta buat mak & abah…
Menerusi satu perkongsian video pengguna Twitter bernama, Nuraina Sofia, telah memuat naik satu video memaparkan kedua ibu bapanya menerima hadiah sebuah kereta.
Dapat dilihat, kedua orang tuanya kelihatan agak terkejut melihat sebuah kereta baru dihadapan rumah, sejurus pulang daripada masjid menaiki motosikal.
Surprise untuk Mak & Abah. Terimalah hadiah yang tak seberapa ni dari kami. Hadiah ni tak terbalas dengan kasih yang mak dan abah curahkan untuk membesarkan kami 8 beradik ♥️ Nuraina Sofia (@Sofia_Latifi)
Mak & Abah mengalir air mata gembira…
Tidak menyangka kereta tersebut adalah hadiah daripada lapan anaknya bersempena ulang tahun perkahwinan yang ke-35, dapat diperhatikan kedua ibu dan bapa itu dilihat sebak menerima hadiah yang cukup istimewa.
Rasa nak nangis jugak…
Rata-rata netizen juga turut berasa sebak kerana terharu, melihat keikhlasan anak-anak yang sedaya upaya membahagiakan kedua orang tua mereka.
Anak-anak yang luar biasa…
Tahniah, semoga dimurahkan rezeki…
Seronok tengok adik beradik bersatu membahagiakan ibu bapa
Bahagia melihat kebahagian keluarga ini, usahlah tunggu ibu bapa sudah tiada baru kita terfikir nak membalas jasa mereka, maka cubalah laksanakan tidak kisah dengan cara bagaimanapun.
– OMM, Nuraina Sofia Latifi,
One Comment
Boleh la bawa pergi beraya di kampung, sambil bawa anak cucu sekali, ambil angin sekeliling kampung.
Comments are closed.