Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Pada hari sabtu tanggal 16 April 2019 telah berlangsung Seminar Wartawan al-Quran yang dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas di bawah Karangkraf sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Antarabangsa di Plenary Theatre aras 3, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Dihadiri oleh semua lapisan masyarakat.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Seminar bermula pada jam 2.00 petang sehinggalah jam 6.30 petang. Peserta yang berdaftar di kaunter dan akan diberikan buku nota secara percuma. Panel untuk seminar kali ini diserikan lagi dengan kehadiran Ustaz Abdullah Bukhari.
Tuan Fazrul Ismail sebagai panel pembuka yang menyatakan istilah wartawan itu bukan sahaja digunakan kepada wartawan akhbar dan televisyen, malah ia digunakan kepada sesiapa sahaja yang menulis secara online ataupun offline. Sahabat-sahabat nabi juga wartawan yang menyebarkan Agama Allah ke semua manusia.
Kemudian, sesi diteruskan dengan Tuan Haji Amir yang berkongsi tentang jenis-jenis posting yang boleh ditulis dan menarik antaranya ialah tentang cara turun berat badan, tentang kesihatan, dekorasi rumah dan sebagainya. Pelbagai lagi seperti bagaimana menulis secara online dapat memberikan hasil lumayan.
Online juga tempat yang sangat luas untuk berkongsi penulisan. Ianya bermula dengan niat seseorang itu. Jika niatnya baik maka banyaklah bekalan pahala yang akan dibawa diakhirat nanti.
Setelah berehat untuk menunaikan solat asar, sesi disambung oleh Panel Ustaz Abdullah Bukhari. Beliau banyak mengupas tentang seorang wartawan Al-Quran perlu ada ilmu dalam menyebarkan sesuatu supaya ia membawa kepada bimbingan yang lurus kerana menulis dapat membentuk masyarakat. Fokusnya pada penulis yang menggunakan sumber Al-Quran, ia mempunyai beberapa perkara yang perlu diteliti kerana Al-Quran tidak boleh ditafsirkan sewenang-wenangnya. Lebih lagi terlalu banyak salah tafsir Al-Quran yang berlaku ketika ini.
Perkongsian penutup oleh Tuan Norden. Beliau memesan perkara yang sama dan amat penting tentang penulisan yang dibuat perlu mempunyai sumber yang betul, tepat dan sahih yang tidak membawa fitnah dan kemudaratan. Kuasa menulis ini sangat besar kerana ia boleh menjadi bimbingan kepada masyarakat, tetapi apa yang perlu dicari adalah bimbingan kepada nilai yang lurus.
Yang pastinya, semua mendambarkan menjadi penulis gred A iaitu penulis yang mengutamakan ilmu dan kebaikan.
Semoga dengan perkongsian mereka dapat memberi satu idea baru dalam penulisan akan datang, dimana tanggungjawab kita bukan mengharap kepada viral semata-mata tetapi perlu adanya nilai dan kebaikan dan akhirnya bawa kepada nilai al-Quran al-Kareem.
One Comment
Menulis dari hati turun ke hati pembaca. Itu idaman semua penulis. Bila pembaca dapat berubah dari sikap lama kepada sikap yang lebih baik diredhai Allah. Itu matlamat utamanya. Moga tulisan menjadi ‘kunci’ membuka pintu syurga.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Ada Resepi Air Soya Tak Tuan? Bulan Puasa Nak Dekat Dah Ni, Saya Cadang Nak Bisnes Air Balang Kat Bazar Ramadan La….
Comments are closed.