Himpunan 812 tolak ICERD

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pelbagai pihak telah menyuarakan pandangan mereka terhadap Himpunan 812 yang akan diadakan sempena penolakan kerajaan untuk menandatangani ICERD.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

ICERD sudah jelas melanggar Perlembagaan Persekutuan. Jemaah Menteri dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri telah bersetuju menolak ICERD kerana bercanggah Perlembagaan Persekutuan. Malah pelbagai parti politik di pihak kerajaan dan pembangkang juga telah menzahirkan penolakan mereka untuk menandatangani ICERD.

Polis telah menutup enam jalan di ibu negara sempena Himpunan 8 Disember (Himpunan 812) di Dataran Merdeka, mulai jam 6 pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, tindakan itu dibuat bagi memberi ruang kepada peserta berhimpun di Jalan Raja berdepan bangunan Sultan Abdul Samad selain mengelak kesesakan lalu lintas.

Jalan yang terbabit ialah Jalan Sultan Hishamuddin (sebelum terowong), Leboh Pasar, Jalan Tun Perak (bermula di stesen LRT Masjid Jamek), Jalan Tuanku Abdul Rahman (berhampiran Sogo), Jalan Raja Laut (berhampiran Summit Hotel) dan Bulatan Dato’ Onn (berhampiran Bank Negara).

Pelakon Ellie Suriati Omar juga dilihat berkebaya putih bersama beberapa peserta himpunan lain di lokasi Jalan Raja Laut, Chow Kit  kira-kira pukul 10.45 pagi tadi.

Ketika ditemui, aktres berkenaan bersama jawatankuasa Semangat Gelombang Rakyat dikatakan berkumpul di sekitar Jalan Tun Perak bersedia untuk berarak ke Dataran Merdeka sekitar jam 11 pagi.

https://youtu.be/X7ZKWDR1NFA

Tanpa ICERD pun tiada diskriminasi kaum di Malaysia, tanpa ICERD pun orang bukan Melayu diberi hak membina kekayaan dan mengumpul harta, tanpa ICERD pun rakyat berbilang agama bebas menganut dan mengamalkan agama mereka, tanpa ICERD pun orang bukan Melayu bersama-sama orang Melayu boleh berkongsi kuasa memerintah Malaysia.

Penolakan ICERD walaupun telah diumum kerajaan masih belum lagi tuntas pendiriannya. Oleh itu suatu himpunan aman dijadualkan pada 8 Disember 2018 ini bagi menzahirkan rasa kesyukuran penolakan ICERD oleh kerajaan dan mendesak agar pihak kerajaan terus berpegang kepada keputusan tersebut.

Perjuangan ini sangat penting bagi masa depan negara bagi meneruskan kesinambungan penolakan kerajaan selama ini. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan meratifikasikan ICERD.

Bagaimanapun himpunan yang telah dirancang itu diteruskan juga sebagai tanda kesyukuran penolakan yang dibuat kerajaan itu.


Spread the love