Apa yang perlu anda tahu tentang ICERD?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini, tersebar mengenai ICERD dan dikhabarkan akan berlakunya perhimpunan besar-besaran pada 8 Disember 2018. ICERD adalah singkatan bagi International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

ICERD telah diterima pakai oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1965. Ini berikutan pengesahan dasar dan amalan apartheid di Afrika Selatan yang menarik pengutuk hampir sebulat suara dari negara-negara di seluruh dunia.

Matlamat utamanya ialah menghapuskan semua bentuk diskriminasi kaum dan untuk menghalang dan memerangi amalan perkauman untuk tujuan mempromosikan pemahaman antara kaum, serta membina komuniti antarabangsa bebas daripada segala bentuk diskriminasi kaum.

Sehingga kini, 175 negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah meratifikasi konvensyen ini tetapi Malaysia yang merupakan ahli PBB dan salah satu daripada ahli Majlis Hak Asasi Manusia, sehingga kini tidak mengambil apa-apa langkah untuk meratifikasi ICERD. Ratifikasi ialah kelulusan prinsipal terhadap perbuatan ejennya yang tidak mempunyai kuasa di sisi undang-undang untuk mengikat prinsipalnya.

Malaysia adalah antara 16 negara yang tidak meratifikasikan konvensyen ini bersama dengan negeri-negeri Persekutuan Micronesia, Myanmar,Nue, Palau, Semoa, Singapura, Tuvelu & Vanuatum, Angola, Brunei, Kepulauan Cook, Korea Utara, Dominica, Kiribati dan Kepulauan Marshall.

Apabila berlakunya Ratifikasi ICERD dan pelaksanaannya, sudah pasti kerajaan sebagai ahli PBB akan mengubah prinsip kesaksamaan, penghormatan dan penerimaan semua sebagai warganegara Malaysia. Kini di Malaysia, isu- isu ras dan agama sangat dibahaskan dan dianggap sensitif, menyebabkan banyak kontroversi dan ketegangan.

Ketika ini ada usaha daripada pihak-pihak tertentu yang ingin mencabar kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera secara amnya. Kedudukan istimewa ini dijamin sepertimana termaktub di dalam perlembagaan negara. Baca 25 Artikel ICERD.

Usaha ini agak bijak sebenarnya. Tidak menggunakan strategi lama yang mengeluarkan kenyataan secara terang-terangan mencabar polisi-polisi kerajaan yang memelihara kedudukan istimewa orang Melayu ini, mereka kini menggunakan ‘orang ketiga’ untuk mencabar polisi-polisi tersebut.

Sebelum segalanya terlambat, bahawa ICERD akan mencampuri dan menjejaskan institusi kehakiman Syariah kita, prinsip-prinsip fara’id dan pewarisan serta institusi fatwa yang senantiasa mentafsir kepercayaan yang salah dan sesat dalam agama bagi mempertahan keluhuran agama dan keharmonian negara.

21 Comments

  1. Sila beli kapur barus,
    Sila jemput silalah kaut,
    Jangan berani melawan arus,
    Kelak tenggelam di dasar laut.

    Dari Pelangai pergi ke Merapoh,
    Kerana mahu beli buahnya,
    Lampu merah jangan dirempuh,
    Kalau dirempuh besar padahnya.

    Dari Serdang ke Pasir Salak,
    Datang menangguk udang galahnya,
    Sarang tebuan jangan dijolok,
    Kalau dijolok parah padahnya.

  2. banyak buruknya ICERD dari yang baik. sebelum ni memang kurang tahu mengenainya, sejak isu ini dibangkitkan baru ambil tahu. moga ICERD tidak diterima di negara kita sampai bila-bila..

  3. Risaukan, bila orang tiba2 nak ubah kenapa dulu tak buat. Walaupun ada hak asasi org melayu tapi bantuan kaum lain tetap di berikan macam mereka nak ambil Alih sikit2

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!