Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar sahabat-sahabat ku yang hebat.
Abang memang suka membaca status-status facebook yang dicatatkan oleh anak-anak muda yang sudah berjaya. Kali ini Abang sangat tertarik dengan satu tulisan sifu Aqif Azizan yang mengisahkan prinsip kewangan beliau.
Prinsip hidup aku terhadap kewangan setakat ini pretty straight forward.
- Mula-mula kau berusaha gila-gila buat banyak duit. Ya, buat banyak duit.
- Kemudian dengan duit yang banyak itu, kau selesaikan semua masalah duit yang patut kau selesaikan.
- Baki itu, kau beranakkan duit itu dengan kategori pelaburan yang kau faham (Bukan ikut orang lain tanpa faham permainan yang jelas. Itu bodoh namanya)
- Kemudian kau hidup bebas tanpa ada masalah duit. Atau masalah duit yang sangat minimum.
(Dan bukan masalah duit yang bagus seperti terlalu banyak duit) - Dan akhirnya, kau sedar serta jelas bahawa duit adalah alat terbaik untuk membebaskan diri daripada masalah dan nafsu dunia yang sementara
Kami bukan dari Guru yang sama tetapi mempunyai prinsip kewangan yang sama seperti di atas. Bezanya Abang perlu berusaha gila-gila lebih daripada sepuluh tahun untuk mendapat kebebasan duit dan kebebasan masa tak macam anak-anak muda sekarang yang umur dua puluhan ramai yg sudah berjaya. Ini kelebihan zaman teknologi dan internet, kepada yang pandai mengambil kesempatan akan mendapat manafaat. Kita dapat leverage kan teknologi dan compounding kan duit dengan lebih mudah dan cepat. Apabila duit bekerja untuk kita itulah kebebasan.
Seronoknya apabila sudah ada kebebasan duit, fokus hidup kita pasti berbeza. Matlamat nak membantu kawan-kawan menjadi lebih pandai bukan lagi bermotivasikan duit. Tak perlu nak kenakan yuran yang mahal-mahal apabila buat kelas untuk mengajar ilmu menjadi usahawan berjaya. Dengan kebebasan kewangan dan kebebasan masa kita boleh peruntukan banyak masa untuk bisnis sosial membantu ummah bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh dunia. Apa yang perlu bersusah-susah dengan cara yang betul dan jemaah yang betul dalam tempoh beberapa tahun untuk mencapai misi kebebasan kewangan dan kebebasan masa. Seperti tulisan Abang sebelum ini berkawan dengan penjual minyak wangi pasti tercalit juga bau wangi di badan kita.
Ramai rakan-rakan yang datang berkongsi kegagalan mereka dalam bisnis. Abang tanya berapa lama dah buat. Ada yang kata enam bulan, ada yang kata satu tahun, ada yang kata dua tahun dan ada yang kata tiga tahun. Abang jawab itu bukan kegagalan tetapi PUTUS ASA kerana ramai mereka yang berjaya perlu bekerja kuat dan gila-gila lebih daripada lima tahun. Tak percaya bacalah buku biografi usahawan dan jutawan terkenal pasti kawan-kawan akan dapat jawapannya. Mereka yang rapat dengan Abang tahulah bagaimana gilanya Abang bekerja suatu masa dahulu.
Paling sedih ada juga sahabat yang sudah kerja gila-gila, dapat duit yang banyak akhirnya perlu ulang kerja lebih gila lagi kerana tersalah langkah menguruskan kewangan dan tersalah mendapat nasihat kewangan. Bila kita ada banyak duit berbagai proposal akan sampai untuk mengabiskan duit kita jadi berhati-hati dan perlu ilmu untuk menilai semua peluang bisnis yang sampai.
Semua itu ujian susah, senang dan kegagalan tiada yang akan terlepas.
Kepada kawan-kawan yang benar-benar nak belajar jadi usahawan digital yang berjaya sila email ke [email protected]
Abang Denahati
Rakan Usahawan Digital anda
Amir Denaihati (folow FB Abang untuk catatan ringkas kehidupan)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
47 Comments
ya..tidak kira berapa usia, asalkan ada kesedaran dan kemahuan untuk mencapai bebas keewangan dan bebas masa, in sha Allah berjaya. Sbuah kejayaan adalah untuk mereka yang gigih berusaha tanpa jemu dan putus asa.
Curahan rasa Isma @ ..Risiko Dan Rawatan Cyst Ketika Mengandung
Sementara masih muda elok kita bekerja keras sikit untuk membina perigi-perigi pendapatan yang boleh memberi pulangan kepada kita untuk kegunaan di hari tua..
Curahan rasa Anuar @ ..Statistik Calon yang memohon dan menjawab Exam PTD dari tahun 2010 hingga 2016
Salah satu caranya ialah dengan menulis blog yang padat dengan informasi… Hari ni tulis satu artikel belum tentu hari ni boleh memberikan pulangan yang lumayan…
Curahan rasa Anuar @ ..Statistik Calon yang memohon dan menjawab Exam PTD dari tahun 2010 hingga 2016
Tetapi kalau maklumat yang kita tulis tersebut dapat memberi manfaat kepada orang lain, pasti satu hari nanti artikel tersebut akan memberi pulangan kepada kita samaada di dunia atau di akhirat…
Curahan rasa Anuar @ ..Statistik Calon yang memohon dan menjawab Exam PTD dari tahun 2010 hingga 2016
Manfaat menjadi kaya adalah untuk memberi lebih kepada yang kurang.
Untuk membayar zakat lebih banyak dari sekarang.
Untuk bersedekah lebih banyak tanpa berkira dari sekarang.
Sebab tu kerja kuat sekarang supaya akan datang biarlah duit yang bekerja untuk kita.
🙂
Curahan rasa Faezah @ ..Petua Nak Hilangkan Whitehead dan Blackhead, Mudahnya!
Betul tu setuju..
Harap satu hari nanti saya salah seorang yang tergolong dalam senarai tersebut.. Doakan yer..
Curahan rasa Anuar @ ..Statistik Calon yang memohon dan menjawab Exam PTD dari tahun 2010 hingga 2016
Hurm, ilmu menguruskan kewangan sangat penting. Bukan hanya takat mengasingkan untung dan modal. Dua kali bekerja keras, nak start dari zero level, dapat dibayangkan kesakitannya.
Curahan rasa Faezah @ ..Suplemen Asas Shaklee Untuk Anda Yang Bebas Penyakit Tapi Nak Jaga Kesihatan
Hingga hari ini, saya masih berusaha untuk buat wang bekerja untuk saya sehingga berjaya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pemasaran Emel Lebih Pantas Dari FB Ads
Alhamdulillah… Walaupun dah nampak hasilnya tapi tuan Ikhwan Fahmi masih lagi berusaha dan terus berusaha….
Curahan rasa Anuar @ ..Statistik Calon yang memohon dan menjawab Exam PTD dari tahun 2010 hingga 2016
Rasa kerdil sangat diri ini jika hendak dibandingkan kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai oleh tuan Ikhwan Fahmi dalam perniagaan secara online..
Curahan rasa Anuar @ ..Statistik Calon yang memohon dan menjawab Exam PTD dari tahun 2010 hingga 2016
5. Dan akhirnya, kau sedar serta jelas bahawa duit adalah alat terbaik untuk membebaskan diri daripada masalah dan nafsu dunia yang sementara.
Saya suka quote ni. InsyaAllah sama2 berusaha bebaskan diri dari nafsu dunia.
Curahan rasa UmmiMRA @ ..Ilmu Lunaskan Hutang Buat Saya Terkedu – #ReviewPembacaFTR
tips yang bagus dan moga boleh diaplikasikan untuk jadi seorang yang berjaya.
Curahan rasa ira @ ..Kepentingan Penyusuan Di Waktu Malam Yang Ramai Tak tahu
Comments are closed.