Keputusan Euro 2016 Final
Assalamualaikum dan salam sejahtera, rasanya baru semalam menonton Euro 2012 Final antara Sepanyol vs Italy dan tepat jam 2.45 am waktu Malaysia, 11/7/2012 sepak mula Euro 2016 Final akan bermula France vs Portugal. Dunia tidak menyangka pasukan Portugal akan masuk final Euro 2016 menentang tuan rumah France. Pasukan gergasi Sepanyol, England dan Belgium pulang awal untuk memberi ruang kepada Portugal dan Ronaldo membuktikan kuasa bola sepak Eropah. Tetapi bukan semudah itu kerana France memang kebal apabila bermain di padang sendiri sehingga peminat German ramai yang kecewa.
Berdasarkan soalselidik peminat bola sepak dunia 50/50 antara pasukan France dan Portugal untuk menjulang kejuaraan Euro 2016. Aku memilih France kerana ada dua pemain Arsenal iaitu Oliver Giroud dan Laurent Koscielny. Euro 2016 memang aku lebih fokus kepada pasukan yang mempunyai pemain Arsenal terutamanya German kerana ada Mesut Ozil. German merupakan pasukan pilihan tetapi tewas kepada France diperingkat separuh akhir.
Euro 2016 Final pasti akan menaikkan nama Cristiano Ronaldo, Renato Sanches, Nani, Antoine Griezmann, Dimitri Payet dan Oliver Giroud. Pemain mana bakal beraksi terbaik dalam perlawanan final Euro 2016 pasti akan membawa pasukan mereka menjulang piala.
Keputusan France vs Portugal
Anda juga boleh mengikuti keputusan Euro 2016 di Twitter dengan hashtag #Euro2016final



