Solat Sunat Gerhana Matahari
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, sukacita dimaklumkan bahawa dijangka akan berlaku pada hari Rabu bersamaan 9 Mac 2016 bermula jam 7:24 pagi hingga 9:31 pagi dan menjadi sunnah yang dituntut untuk mendirikan Solat Sunat Gerhana Matahari pada waktu tersebut. Sehubungan dengan itu, adalah digalakkan kepada semua masjid dan surau untuk mengadakan Solat Sunat Gerhana Matahari. Kaifiyyah pelaksanaan solat adalah seperti berikut :
KAIFIYYAH SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI
Sunat dilakukan Solat Sunat Gerhana Matahari secara berjemaah. Ia mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah , 4 Ruku’ dan 4 sujud, seperti berikut :
RAKAAT PERTAMA
Lafaz niat :
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Yang bermaksud : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala
1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
2. Ruku’
3. I’tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
5. Ruku’
6. I’tidal
7. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa
RAKAAT KEDUA
1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
2. Ruku’
3. I’tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
5. Ruku’
5. I’tidal
6. Sujud
7. Tahiyyat Akhir
Sunat membaca dua khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya. Untuk melihat cara solat boleh tonton video di entri “Solat Gerhana Matahari“.
SEDEKAH TERBAIK KETIKA GERHANA
Di antara waktu afdhal atau utama untuk sedekah adalah saat gerhana muncul dan selama gerhana tersebut berlangsung.
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا ، وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan BERSEDEKAHLAH.” (HR. Bukhari no. 1044)


