Masjidil Haram sebelum hari wukuf 2015
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, jika musim haji tahun 2014 jemaah menanti dengan debar kerana diumumkan sebagai Haji Akbar tidak kurangnya juga musim haji 2015 walaupun bukan Haji Akbar. Haji 2015 digemparkan dengan tragedi kren yang menimpa Masjidil Haram sehingga mengorbankan lebih 100 syuhada. Sebelum kejadian kren tumbang Mekah juga dilanda beberpa kali ribu pasir dan yang paling kuat telah menumbangkan kren.
Sehari sebelum wukuf 2015 suasana di Masjid Haram sangat tenang walaupun suasana sekitar sudah tidak sama dengan 2014. Banyak perubahan fizikal telah berlaku di luar dan paling banyak di bahagian dalam. Pembinaan berterusan Masjidil Haram tidak akan tamat dalam tempoh 2 – 3 tahun akan datang. Pasti kepada rakan-rakan yang sudah lama tidak dijemput menjadi tetamu ALLAH akan melihat perbezaan yang sangat ketara apabila menjejaki bumi Masjidil Haram.
Haji 2015 memang penuh dengan ujian selain ribut pasir dan kren tumbang berlaku juga kebakaran kecil di hotel jemaah Indonesia. Sedang sibuk jemaah haji mengerjakan rukun dan wajib haji tiba-tiba dapat berita sedih lebih 700 syuhadah terkorban dalam tragedi pijak di Mina pada awal pagi 10 Zulhijjah. Seorang jemaah Malaysia arwah Zulkilfly Samad telah terkorban sama dalam tragedi tersebut. Pada 11 Zulhijjah pula berlaku kebakaran kecil di kemah jemaah Mesir di Mina.
Semua ujian sepanjang haji 2015 pasti ada hikmahnya untuk kita semua muhasabah diri. Satu jari menunjuk kesalahan orang, 4 jari lagi menunjuk kepada kita sendiri. Sekecil mana ujian yang melanda umat Islam untuk jadikan kita lebih bertaqwa atau semakin sesat dalam logik fikir sendiri. Jangan ulang kesilapam yang telah dilakukan oleh retis FB Saiful Nang membuka aib Tanah Haram dengan logika fikir sendiri sehingga mendapat cemuhan dari netizen.
ALLAH tidak pernah zalim kepada hambanya melainkan kita yang zalim kepada diri kita sendiri. Semuga semua jemaah Haji 2015 mendapat haji Mabrur dambaan semua umat Islam.

















