Kisah penipuan di Low Yat Plaza
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan, kecoh 1Malaysia kisah pelanggan mengamuk di Low Yat Plaza Bukit Bintang katanya kena tipu oleh peniaga. Pemuda tersebut dikatakan telah ditipu oleh peniaga yang telah menjual smartphone Oppo tiruan dan tidak mahu menukar semula apabila diminta oleh pelanggan tersebut. Malah budak Melayu itu pulak dituduh mencuri. dipukul dan diserahkan kepada pegawai keselamatan. Penyiasatan sedang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Teringat pengalaman sendiri kena tipu beribu dollar beli iPhone 5s di Sim Lim Square Singapore. Kepada yang pernah menjejaki Sim Lim Square pasti setuju kalau aku katakan tiada bezanya dengan Low Yat Plaza yang menjadi pusat produk teknologi dan gajet terkenal. Semua gajet dan produk teknologi dari sekecik anak hingga sebesar emak semua produk dan jenama ada dijual.
Ramai kawan-kawan kata mereka pernah tertipu membeli produk tiruan di Sim Lim Square seperti kes terbaru penipuan produk Oppo tiruan di Low Yat Plaza. Berbagai sungutan telah disuarakan pelanggan yang tertipu di sosial media tetapi tidak mendapat respond daripada pihak berkuasa. Pelanggan yang sering menjadi mangsa penipuan adalah mereka yang zero ilmu teknologi.
Semuga kejadian terbaru di Low Yat Plaza akan membuka mata penguatkuasa dan Kementerian yang terlibat untuk bertindak. Jangan biarkan samseng bisnis mengaut keuntungan sewenang-wenang dengan menipu pengguna. Kisah penipuan di Low Yate Plaza bukan perkara baru tetapi sudah maklum di kalangan pelanggan.
Mengikut kata polis budak tu memang mencuri dan sudah didakwa di makmah tapi ini bukan bermakna tiada penipuan di Low Yat Plaza. Kisah terkini penipuan di Low yat Plaza di SINI.



