Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dengan izin ALLAH Facebook sudah mengubah nasib ahli sehingga ramai yang sudah menjadi Jutawan Bisnis Online. Facebook menjadi platform untuk mempromosi dan menjual barang dagangan yang sangat berkesan sehingga melangkaui batas negara. Alhamdulillah aku sendiri merasai nikmat kehebatan Facebook apabila fanpage Denaihati Network dan group Denaihati Network telah membantu berbagai urusan sosial media. Siapa di sini yang belum menjadi follower Facebook … pasti majoriti sudah.
Bukan rahsia lagi Facebook sudah menjadi lubok duit yang sudah dibongkar oleh ramai usahawan online ibarat ATM yang boleh mengeluarkan ringgit setiap hari. Blogger dan internet marketer (IM) sanggup mengeluarkan modal untuk belajar Rahsia Mengandakan Trafik untuk menganda-gandakan pendapatan sehingga diluar jangkaan. Rugilah sangat kepada yang masih belum tahu dan masih menggunakan sistem lama yang sudah ketinggalan zaman.
Dulu ramai yang menggunakan Sistem Trafik Percuma Facebook tapi sekarang susah sikit kecuali kepada yang tahu tipu dayanya. Ya lah tak kan follower facebook sahaja nak buat duit, Mark Zuckerberg pun nak juga buat duit terutama selepas di senaraikan di bursa saham New York. Berbagai sistem telah diperkenalkan oleh facebook untuk menghalang follower menggunakan platform facebook secara percuma.
Terkejut juga bila aku terbaca berita terbaru di blog sahabat hebat dalam pemasaran Facebook iaitu blogger Firdaus Azizi. Mengikut info terbaru daripada Facebook (bertarikh 14 November 2014), post-post dari fanpage yang berbentuk promosi akan dikurangkan daripada keluar di News Feed bermula Januari 2015. Mengikut analisa Saudara Firdaus, tindakan facebook yang terbaru ini bermaksud, reach untuk fanpage akan semakin rendah sekiranya anda menggunakan fanpage untuk mewar-warkan aktiviti atau promo terkini bisnes anda.
Perubahan terbaru facebook ini sudah pasti memberi kesan masa depan yang gelap kepada fanpage besar yang sering mempromosi produk secara percuma yang sudah pasti akan mengurangkan pendapatan berlipat kali ganda. Padah yang bakal menunggu kepada yang degil pasti akaun fanpage akan dibatalkan tanpa belas kasihan seperti ramai yang sudah terkena termasuk aku apabila fanpage Denaihati dot com dengan likes lebih 100k dipadamkan tanpa warning.
Pesan aku kepada semua usahawan yang bergantung harap 100% kepada fanpage sediakan payung sebelum hujan dan salah satunya dengan menyediakan blog bisnis yang boleh menampung seandainya tiba-tiba fanpage anda hilang dari dunia siber. Kalau tak tahu nak buat blog boleh belajar kerana ramai sifu yang sedia mengajar termasuklah Akademi Denaihati. Bersedia dari sekarang supaya tidak gelap masa depan.
1,326 Comments
pantaslah CEO Facebook semakin kaya saja pendapatannya semakin banyak sekarang banyak yang gunakan ads FB
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Jangan Biarkan Tangan Itu Merenggutmu
mungkin waktunya untuk gunakan platform lain seperti instagram karena ramai peminat instagram saat ini
Curahan rasa Al Najwa @ ..Mengenal Allah ‘Azza Wa Jalla
kalau menggunakan yang lain memang tak sehebat facebook ini coba ada yang buat tandingannya ya
Curahan rasa risalah @ ..HUKUM DAN KEDUDUKAN TAYAMUM
nampaknya strategi nak beriklan atau promosi difacebook diubah ikut T&C mereka..ayat kena lebih power la jawabnya…tapi ada yang dah nak cuba instagram pula sekarang nie
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Jom Aktifkan Mykad
sukses trus ya.. numpang blog walking.. keep posting dan sukses slalu..
Curahan rasa JADWAL MOTOGP 2015 @ ..FREE LIVE STREAMING TV ONLINE
Jangan bergantung kepada satu media pemasaran, pasti akan memberikan banyak lagi keuntungan
Curahan rasa WW-tikus @ ..3 Tips Sukses Negosiasi Steve Jobs
Facebook dah makin bijak .. strategi nak melariskan fb ads dia
Curahan rasa dieyna @ ..Kepentingan Vitamin E
memang pantaslah kekayaan facebook ini semakin menanjak karena kebijakan ini tak ada yang free lagi
Curahan rasa Al Najwa @ ..Mengenal Allah ‘Azza Wa Jalla
Facebook ni kalau kaji betul2 terms and conditions dia memang betul2 boleh guna untuk marketing produk kita..walaubagaimanapun nasihat ku..jangan bergantung 100% kat Facebook je..sekali dia update T&C boleh effect sales kita! Sediakan pelbagai jenis marketing tools anda!
Curahan rasa faezah @ ..Ringgit Malaysia 27.50 sahaja!
Blog & FB – dua-duanya memberi impak kepada perniagaan saya, Alhamdulillah!
Curahan rasa Ila Fyra @ ..Pengedar Shaklee Semenyih, Pengedar Shaklee Putrajaya dan Pengedar Shaklee Setiawangsa
Benar sekali, di zaman era sekarang tuh digital semuanya. Mau tidak mau kita harus menyesuaikan perkebangan zaman.
Curahan rasa Cara Menghilangkan Panu Pada Wajah @ ..Cara Menghilangkan Panu Pada Wajah
yang penting blog memang kedai sendiri kita. Kena praktikkan juga guna blog. Yang penting mahu belajar 🙂
Curahan rasa azimah mohd zainuddin @ ..Kebaikan Nutriwhite Gentle Foam Cleanser
Memang kena siap-siapkan payung. Macam-macam peel FB ni. Nak tak nak kena juga perkasakan power editor.
Curahan rasa Nurhalawa Md Yusof @ ..Cara Rendahkan Bacaan Gula Sebab Nak Elak Kena Potong Kaki
itu yang pentingnya kita ada tapak sendiri. jadi kalau facebook tutup pun (akan tutup ke?) kita masih ada tapak sendiri untuk menjana duit
Curahan rasa mohd rasul @ ..RedMummy Baby Shower Event di Orange Berries Cafe
Ya Allah… jahatnya Yahudi itu… padam tanpa warning fanpage Tuan Hj. Amir? Syukur Alhamdulillah lah sy terlebih dahulu sudah buat blogshop baru buat fanpage. Malah yg menggembirakan, baru2 ini saya dah berjaya mendaftar SSM atas nama blogshop tu tau…
Terima kasih Tuan atas info berguna ini.
Curahan rasa ieta mat saad @ ..Pengalaman mendaftar syarikat perniagaan
Betul tu. Facebook fanpage dah kurang reach, tak macam dulu. Tapi, fanpage Denaihati yg lebih 100k likes dipadam begitu sahaja, saya pulak yang terasa sakitnya. 🙁
Curahan rasa Bella Enveeus @ ..The Hunger Games : Mockingjay Part 1 – Movie Review
Kan? Sakit hati pulak sy pun membaca ini. Kurg hajar sungguh… Sesuka hati je dipadam fp yg bermanfaat tu
Curahan rasa ieta mat saad @ ..Kekayaan itu bukan milik kita
Comments are closed.