Earth Hour : Perubahan Iklim Bumi akibat Badai Matahari
Sempena Earth Hour yang disambut setiap 27/3 diseluruh dunia, aku nak berkongsi kisah Badai Matahari. Baru-baru ini dunia heboh dengan movie 2012 yang mengisahkan bahawa dunia akan dilanda “Badai Matahari” pada tahun 2012 yang mengakibatkan perubahan iklim dunia yang terlampau. Cuba kita hayati maksud 2 ayat Al-Quran di bawah yang mungkin boleh memberi kesedaran kepada kita :
“Ia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?” (Jawabnya) “Maka apabila pemandangan menjadi berpendar-pendar. Dan BULAN HILANG CAHAYANYA (kerana cahaya matahari yang terlalu terang ketika itu membuatkan bulan tidak kelihatan- seperti pada waktu tengah hari). Dan matahari serta bulan DIHIMPUNKAN BERSAMA (apabila matahari mula menelannya).”- (Al-Qiaamah: 6-9)
“Apabila matahari DILINGKARI CAHAYANYA (dan hilang lenyap-terpadam). Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak”- (At-Takwiir: 1)

Menurut ahli fizik, badai Matahari akan terjadi ketika adanya flare dan Corona Mass Ejection (CME). Apa itu Flare? Flare adalah ledakan besar di atmosfer Matahari yang dahsyatnya menyamai 66 juta kali ledakan bom atom Hiroshima. Sedang CME adalah sejenis ledakan sangat besar yang menyebabkan lontaran partikel2 berkecepatan tinggi yakni sekitar 400 km/saat. Fenomena ini akan mengakibatkan perubahan aliran elaktrik dan graviti bumi yang akan mengubah iklim bumi.
“Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf.” – (al-Rum: 41)
Semuga perkongsian ini akan menambah iman kita, insyallah.
[ad#HTML]
