7 Perkara Setiap Blogger Perlu Tahu

Spread the love

Berdasarkan pengalaman aku, ini adalah antara perkara-perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap blogger. Ramai orang bertanya, macam mana aku boleh tulis entri yang ramai orang suka (orang cakap, bukan aku) walaupun sebenarnya aku hanya menulis apa yang ramai orang suka baca. Pemilik blog kena faham kehendak pembaca. Itu salah satu perkara asas ni la.. Baca selengkapnya 7 Perkara Setiap Blogger Perlu Tahu:

  1. Takde masalah untuk mengajak kawan & keluarga untuk membaca blog kita, tapi jangan berkecil hati kalau mereka tak baca. Bukan semua orang minat dengan penulisan kita, semua orang berbeza kemahuan dan kegemaran. Jadi kalau nak ramai orang baca blog kita (dalam erti kata lain trafik banyak) berikan apa yang orang nak. Tulis sesuatu yang orang nak baca, nak tahu. Senang je sebenarnya benda ni, gunakan konsep mudah bekalan dan permintaaan (supply and demand). Bagi apa yang orang nak, tulis apa yang orang suka baca.
  2. Bukan semua enrti kita orang minat baca. Ada beberapa entri yang tidak diminati oleh sesetengah orang dan mereka tidak akan membacanya. Normal lah macam tu. Macam beli surat khabar, korang baca tak semua berita yang disampaikan, atau memilih bahagian tertentu untuk dibaca je?
  3. Pembangunan blog tak berlaku dalam satu malam, atau satu bulan atau mungkin juga satu tahun. Pembangunan blog ni berterusan sampai bila-bila. Jadi kalau nak mengharapkan trafik yang tinggi dalam masa yang singkat adalah sesuatu yang susah, kecualilah korang ni artis terkenal (yang membawa persoalan, kenapa artis kita tak buat blog eh? Blog diorang dah boleh jadi sumber pendapatan atau kalau dah kaya sangat boleh je derma duit tu). Kalau tengok blog-blog yang hebat dan banyak follower, awal-awal dulu mana ada apa-apa. Nak dapat 10 komen pun kena penat bertungkus-lumus.
  4. Blog perlu ada matlamat dia sendiri. Kalau buat blog buta-buta tanpa matlamat dan hala tuju, susah untuk dapat pembaca tetap. Blog ni kadang-kadang macam politik. Kalau main politik tapi matlamat kejap-kejap berubah, sekejap cerita itu, sekejap ini lama-lama orang hilang minat dan kepercayaan. Sama halnya dalam blog, blogger corakkan blog dia macam mana yang dia nak dan jangan ubah. Perubahan dan penambahan boleh, cuma biarlah ianya selaras dengan pembangunan blog dan memberikan kesan yang positif.
  5. Isi kandungan adalah elemen terpenting dalam blog. Orang baca blog untuk mendapatkan input berbeza daripada individu lain jadi elakkan daripada menciplak idea orang lain atau lebih buruk lagi copy paste. Ada minda, fikir sendiri dan luahkan melalui blog. Luahkan pemikiran, bukan emosi tapi kadang-kadang emosi juga boleh memainkan peranan untuk menyentuh hati pembaca. Isi kandungan blog yang efektif adalah yang boleh membuatkan pembaca blog tertunggu-tunggu untuk kemaskini seterusnya daripada blogger tersebut.
  6. Tak salah sekali sekala untuk mencuba sesuatu yang baru atau menulis luar dari topik yang biasa kita tulis. Cuma penulisan tu hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Keunikan sesebuah blog terletak pada penulis blog tersebut dan buah fikirannya. Isi yang lain daripada yang lain boleh memberikan nafas baru pada blog dan boleh diteruskan sekiranya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pembaca.
  7. Blog perlulah kelihatan kemas atau sekurang-kurangnya presentable. Manusia suka benda yang cantik, oleh itu jadikan blog kita cantik. Semudah itu. Penggunaan warna yang menyenangkan mata pembaca adalah penting supaya pembaca tak lari kerana warna terlalu bercelaru atau menyengat mata. First impression itu penting dan kalau ada blog kena pastikan first impression kita sentiasa positif kerana tiap-tiap hari memang akan ada pembaca yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke blog kita.

Harap entri ini dapat membantu dalam aktiviti berblogging korang. Paling penting, enjoy blogging. Apa-apa lebih tu, anggaplah ia sebagai bonus.

Keterangan PenulisEntri 7 Perkara Setiap Blogger Perlu Tahu adalah hasil karya Ariffshah yang merupakan seorang blogger yang sangat ngetop sekarang. Blog beliau  Ariffshah.com penuh dengan panduan dan tips yang dapat membantu teman-teman blogger baru dan lama berblogging.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

236 Comments

  1. Ni lah first time sy post komen kat denaihati.com
    blog ni cukup bagus 🙂
    sy ni baru je jadi blogger, register blogger rasanya bru stahun tp x serius berblogging. Cuma 2 bln kblakangan ni je minat tu mcm dtg balik. Frankly speaking, as a junior blogger ni, kdg2 tu mmg susah nk hasilkn karya kreatif n tarik minat org baca entry n memperkenalkan blog pd org.

    Btw, sy salute cara blogger Ben Ashaari yg sekarang slalu selitkan link blogger2 baru pada setiap entry beliau.. 🙂
    Curahan rasa Ms. Hanna @ ..Lelaki Yang Mengamalkan Poligami Boleh Hidup Lebih LamaMy Profile

    1. Sama la ng saya cik hanna, saya berblog kerana untuk suka-suka,
      tapi sekarang, dah mula nak berjinak-jinak dengan manfaatnya

  2. Namun sekarang blog dapat dimiliki siapa saja yang mengingkan sebuah blog. Tren saat ini, blog adalah suatu rutinitas kehidupan yang menjadi satu bagian hidup kita.

      1. Malah muncul sebuah tren lagi yakni Full Time Blogger. Full Time Blogger ini adalah seseorang yang mendedikasikan hidupnya menjadi seorang blogger sejati. Blogger tersebut mencari uang lewat blog, berbagi pengetahuan lewat blog, berbagi informasi lewat blog hingga berkomunikasi.

          1. Mungkin kita iri bila membandingkan jumlah komentar pada setiap postingan yang kita miliki, dengan jumlah komentar sang Full Time blogger tersebut.

            1. Hal ini wajar saja, karena seorang Full Time yang sudah mumpuni, adalah yakni seorang blogger yang profesional. Sehingga banyak orang berbondong-bondong untuk membaca tulisan-tulisan yang sangat berbobot.

            2. Bagi para pemula dalam blog, tidak jarang memiliki keinginan menjadi seorang Full Time blogger. Namun terkadang mereka menemukan jalan buntu, ataupun jalan yang salah.

            3. Untuk menghindari kesalahan-kesalahan tersebut, saya akan membeberkan beberapa tips untuk menjadi seorang blogger sejati yang profesional.

  3. Jadikan diri sendiri pembaca di blog sendiri. Jika anda pandai komen dalam hati mengenai blog orang lain yang tidak kena ini dan itu, cuba jadi pelawat dan pembaca blog sendiri. Pasti banyak yang harus ditukar. Ini tersangat lah penting.

    1. Kalo saya pribadi mengakui bahwa saya belum termasuk, karena konsistensi dalam update tulisan sangat tidak menentu dengan alasan yg sangat klasik, yakni sibuk dikantor dan sama sekali tidak ada ide hehehe… :mrgreen:

      1. Sebenarnya masalah ide itu selalu ada di sekitar kita, namun kenyataannya ketika jari sudah berada di atas tombol keyboard tiba² semua menjadi blank dan bingung memulainya entah dari mana? 🙁

        1. Di lain sisi mungkin dari beberapa sahabat blogger, ada yg ambisi dengan sebuah Page Rank (PR) dan Alexa. Jika tujuannya untuk memotivasi semangat ngeblognya, saya fikir itu baik dan wajar.

          1. Namun bagaimana jika tujuan utamanya untuk mencari PR dan alexa semata, hanya untuk kepentingan tertentu? mmm… ini yg masih saya tidak mengerti sampe detik ini.

            1. Karena padahal masalah PR dan alexa yg baik itu akan kita dapatkan dengan sendirinya selama kita konsisten dalam ngeblog, mulai update dan BW.

  4. dunia blog ini bagi saya adalah hal yang baru, namun sebelum memutuskan memiliki blog saya juga suka membaca tulisan-tulisan yang ada dibeberapa blog.

      1. * Berani menulis, blog merupakan media yang konten utamanya adalah tulisan, kata-kata, dan kalimat. Kadang ada seorang blogger yang takut, malu untuk menulis, tak punya keberanian untuk mengungkapakan pikirannya dalam bentuk tulisan.
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Metrotik LaunchingMy Profile

        1. Jangan ada rasa takut, karena setiap tulisan kita juga akan mendapat komentar dari pembaca, nah itu kita gunakan untuk koreksi.Apa yang dapat kita tulis? pengalaman kita, apa yang kita baca, kita dengar, apa yang kita ketahui, dan tentu saja apa yang kita rasakan. Menulis. menulis dan menulis.
          Curahan rasa Bang Iwan @ ..Metrotik LaunchingMy Profile

          1. * Takut untuk Mengcopy paste, Tak jarang juga blogger yang menjiplak tulisan dari orang lain, sebenarnya mengcopy paste (merujuk) itu seh sah-sah saja, asal kita juga mngikuti aturannya. Misal, mencantumkan penulisnya, atau memberikan link ke sumbernya. Jika kita mengcopy paste keseluruhan tulisan orang lain berarti kita tidak sejati, hargai tulisan orang lain.

            1. * Bertekad Memberi Manfaat pada Orang lain, Ini sangat penting bahwa seseoarang dikatakan blogger yang baik atau sejati dalah mereka yang dapat memberikan manfaat untuk orang lain.

            2. Karena ada juga blogger yang merusak masyarakat atau tidak bermanfaat untuk umat, misal saja memposting gambar-gambar bugil, ada juga menyebarkan permusuhan lewat tulisan yang menyinggung Agama atau Adat.

            3. 6 Tips Menjadi Blogger Sejati :

              1. Tulislah blog anda dengan hati
              2. Tulislah artikel yang berguna untuk pembaca anda bukan untuk anda
              3. Mintalah ijin dari penulis artikel jika ingin menggunakan artikelnya. Anda bisa menghubunginya lewat email, YM serta telepon.
              4. Cantumkan sumber dan link nya untuk memudahkan pembaca melihat sumbernya.
              5. Jika kedua poin diatas tidak dilakukan maka, lakukan hal ini.
              Ambil artikel yang menarik bagi anda dan bisa anda kembangkan kemudian modifikasi artikel tersebut dengan bahasa anda sendiri dan cari artikel penunjang agar hasil artikel tersebut lebih berbobot.

              6. Ambil artikel dalam bahasa asing dan terjemahkan serta modifikasi

            4. Hebat la Bang Iwan, dalam beberapa minit jer boleh hasilkan komentar begitu panjang? Saya kena berfikir panjang kalau nak hasilkan komentar berkualiti tinggi macam ni. Kena belajar ni rahsianya.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!