Berdasarkan pengalaman aku, ini adalah antara perkara-perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap blogger. Ramai orang bertanya, macam mana aku boleh tulis entri yang ramai orang suka (orang cakap, bukan aku) walaupun sebenarnya aku hanya menulis apa yang ramai orang suka baca. Pemilik blog kena faham kehendak pembaca. Itu salah satu perkara asas ni la.. Baca selengkapnya 7 Perkara Setiap Blogger Perlu Tahu:
- Takde masalah untuk mengajak kawan & keluarga untuk membaca blog kita, tapi jangan berkecil hati kalau mereka tak baca. Bukan semua orang minat dengan penulisan kita, semua orang berbeza kemahuan dan kegemaran. Jadi kalau nak ramai orang baca blog kita (dalam erti kata lain trafik banyak) berikan apa yang orang nak. Tulis sesuatu yang orang nak baca, nak tahu. Senang je sebenarnya benda ni, gunakan konsep mudah bekalan dan permintaaan (supply and demand). Bagi apa yang orang nak, tulis apa yang orang suka baca.
- Bukan semua enrti kita orang minat baca. Ada beberapa entri yang tidak diminati oleh sesetengah orang dan mereka tidak akan membacanya. Normal lah macam tu. Macam beli surat khabar, korang baca tak semua berita yang disampaikan, atau memilih bahagian tertentu untuk dibaca je?
- Pembangunan blog tak berlaku dalam satu malam, atau satu bulan atau mungkin juga satu tahun. Pembangunan blog ni berterusan sampai bila-bila. Jadi kalau nak mengharapkan trafik yang tinggi dalam masa yang singkat adalah sesuatu yang susah, kecualilah korang ni artis terkenal (yang membawa persoalan, kenapa artis kita tak buat blog eh? Blog diorang dah boleh jadi sumber pendapatan atau kalau dah kaya sangat boleh je derma duit tu). Kalau tengok blog-blog yang hebat dan banyak follower, awal-awal dulu mana ada apa-apa. Nak dapat 10 komen pun kena penat bertungkus-lumus.
- Blog perlu ada matlamat dia sendiri. Kalau buat blog buta-buta tanpa matlamat dan hala tuju, susah untuk dapat pembaca tetap. Blog ni kadang-kadang macam politik. Kalau main politik tapi matlamat kejap-kejap berubah, sekejap cerita itu, sekejap ini lama-lama orang hilang minat dan kepercayaan. Sama halnya dalam blog, blogger corakkan blog dia macam mana yang dia nak dan jangan ubah. Perubahan dan penambahan boleh, cuma biarlah ianya selaras dengan pembangunan blog dan memberikan kesan yang positif.
- Isi kandungan adalah elemen terpenting dalam blog. Orang baca blog untuk mendapatkan input berbeza daripada individu lain jadi elakkan daripada menciplak idea orang lain atau lebih buruk lagi copy paste. Ada minda, fikir sendiri dan luahkan melalui blog. Luahkan pemikiran, bukan emosi tapi kadang-kadang emosi juga boleh memainkan peranan untuk menyentuh hati pembaca. Isi kandungan blog yang efektif adalah yang boleh membuatkan pembaca blog tertunggu-tunggu untuk kemaskini seterusnya daripada blogger tersebut.
- Tak salah sekali sekala untuk mencuba sesuatu yang baru atau menulis luar dari topik yang biasa kita tulis. Cuma penulisan tu hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Keunikan sesebuah blog terletak pada penulis blog tersebut dan buah fikirannya. Isi yang lain daripada yang lain boleh memberikan nafas baru pada blog dan boleh diteruskan sekiranya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pembaca.
- Blog perlulah kelihatan kemas atau sekurang-kurangnya presentable. Manusia suka benda yang cantik, oleh itu jadikan blog kita cantik. Semudah itu. Penggunaan warna yang menyenangkan mata pembaca adalah penting supaya pembaca tak lari kerana warna terlalu bercelaru atau menyengat mata. First impression itu penting dan kalau ada blog kena pastikan first impression kita sentiasa positif kerana tiap-tiap hari memang akan ada pembaca yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke blog kita.
Harap entri ini dapat membantu dalam aktiviti berblogging korang. Paling penting, enjoy blogging. Apa-apa lebih tu, anggaplah ia sebagai bonus.
Keterangan Penulis : Entri 7 Perkara Setiap Blogger Perlu Tahu adalah hasil karya Ariffshah yang merupakan seorang blogger yang sangat ngetop sekarang. Blog beliau Ariffshah.com penuh dengan panduan dan tips yang dapat membantu teman-teman blogger baru dan lama berblogging.
[ad#nuffnang336]
236 Comments
ye, saya setuju dengan 7 perkara nih. tips yang sangat bagus.
Curahan rasa eiela @ ..Kepentingan Motivasi Dalam Kehidupan
ketujuh-tujuh nie kener penuhi klu nak jadik blogger yg berjaya..
susah gak yek..hmm
Curahan rasa sazuwi @ ..Orang muda tidak patriotik
salam..
Hakikat yang perlu diakui..bukan mudah untuk menarik minat pembaca..dan bukan mudah memuaskan hati semua pembaca.
Curahan rasa ozzy @ ..RAJINNYA DIA
betul tu menjadi diri sendiri lebih baik secara langsung dapat menarik peminat
Curahan rasa ray ban @ ..Standard for sunglasses
Kita sendiri pun tak tahu apa keperluan pembaca sebenarnya.. kalau nak tulis pasal gosip artis, berlambak jer dekat luar tu tulis benda yang sama.
Curahan rasa Steward John @ ..Time Traveler Caught on Charlie Chaplin’s Film
nak puaskan hati semua orang adalah mustahil, jadi kita cuba puaskan hati seramai yang boleh ikut kemampuan.
Curahan rasa ariff @ ..Elaun Sara Hidup Turun – Implikasi Bajet 2011
yang penting, jadi diri sendiri. i.allah terbaik.
Curahan rasa Lee @ ..Lupa
Saya setuju sangat tu… tak perlu nak jadi diri orang lain semata nak hasilkan artikel.
Curahan rasa Steward John @ ..Time Traveler Caught on Charlie Chaplin’s Film
terima kasih diatas perkongsian saudara.. sangat setuju..
Curahan rasa RedBoys @ ..NetKL – Penyedia Domain & Hosting Terbaik
kena sentiasa berusaha n jgn putus asa..lama-lama nanti akan rasa nikmat berblogging ni..saya dah rasa sikit tapi masih banyak perlu diperbaiki
Curahan rasa zuriey @ ..Ameng Dihukum Penjara 2 Bulan- Denda RM4-000
Perjalanan saya masih jauh sangat untuk menikmati nikmat blog ni..
setiap orang ada citarasa sendiri..tak semuanya sama dengan kita
Curahan rasa aizuddin @ ..Tutorial Cara Nak Buat Facebook Shoutbox Di Blog
Betul tapi biar benda macam ni jadi panduan untuk kita.. yang lain tu kena la ubah sendiri ikut citarasa kan.
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
7 hal yang sangat perlu untuk diketahui blogger
asas untuk blogging
Curahan rasa ray ban @ ..Standard for sunglasses
Jangan lupa.. ini perlu diketahui oleh semua blogger yang baru nak berjinak dalam dunia blogging.. dan juga untuk mengingatkan kita pasal benda ni kan.. maklumlah kita selalu terlupa
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
Betul tu… jadikan ini sebagai asas kepada blogger baru untuk berblogging.. Senang kalau ada panduan macam ni, tak la terkapai2.
Curahan rasa Steward John @ ..Time Traveler Caught on Charlie Chaplin’s Film
memang terbaik.. thanks 4 sharing…
Blog Arif memang penuh ilmu yang berguna tentang blog apalagi di sini
Setuju tu.. harus segera berguru dengan dia.. macam mana tu bro? hehe
Curahan rasa Steward John @ ..Time Traveler Caught on Charlie Chaplin’s Film
Kena tunggu lagi penulis jemputan lain.. mesti dorang ada idea kreatif kan.
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
Entri yang menarik dan boleh dijadikan panduan
tetapi ianya terpulang pada tuan punya blog itu sendiri..
Curahan rasa Syafrizal @ ..Maklumat bergambar mengenai SEO
Betul, memang benda ni yang kita kena tahu kalau nak berblog…apapun, terima kasih untuk info ni bro..
Curahan rasa mrnamie @ ..Monyet di Tanjung Emas- Muar
hanz sangat tertarik dengan entry nie, setuju ketujuh2 faktor dia atas…like
Curahan rasa hanz @ ..photoshop-potong gambar dengan mengunakan pen toolP
yuppp… sangat bersetuju
Setuju sangat dengan Ariff, Content Is King. Tulis sesuatu yang boleh kita banggakan. Kalau orang tak baca pun, sekurang-kurangya kita sendiri puas hati dengan hasil kerja kita.
Curahan rasa GreenLava @ ..10 Ways To Make Your Blog More Authoritative
Betul tu.. yang penting kita puas hasil penulisan kita kan.
setuju jer… yang penting kita suka dengan penulisan kita dan tidak menyakitkan pihak lain yang membacanya walaupun tiada kaitan dengan orang lain..
Curahan rasa yangbaik @ ..jangan salah sangka
Itu sudah pasti tu.. buat apa nak cari pasal dengan blogger lain kan…
Curahan rasa Steward John @ ..Time Traveler Caught on Charlie Chaplin’s Film
salam denaihati..
Thanks for d tip.. =)
bro denai hati terbaik tip2 sangt berguna
Curahan rasa ray ban @ ..Standard for sunglasses
Ditambah lagi dengan postingan dari penulis jemputan… lagi banyak tips kan
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
Banyak lagi tips dekat sini ni.. kena rajin2 godek satu persatu..
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
Comments are closed.