Berdasarkan pengalaman aku, ini adalah antara perkara-perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap blogger. Ramai orang bertanya, macam mana aku boleh tulis entri yang ramai orang suka (orang cakap, bukan aku) walaupun sebenarnya aku hanya menulis apa yang ramai orang suka baca. Pemilik blog kena faham kehendak pembaca. Itu salah satu perkara asas ni la.. Baca selengkapnya 7 Perkara Setiap Blogger Perlu Tahu:
- Takde masalah untuk mengajak kawan & keluarga untuk membaca blog kita, tapi jangan berkecil hati kalau mereka tak baca. Bukan semua orang minat dengan penulisan kita, semua orang berbeza kemahuan dan kegemaran. Jadi kalau nak ramai orang baca blog kita (dalam erti kata lain trafik banyak) berikan apa yang orang nak. Tulis sesuatu yang orang nak baca, nak tahu. Senang je sebenarnya benda ni, gunakan konsep mudah bekalan dan permintaaan (supply and demand). Bagi apa yang orang nak, tulis apa yang orang suka baca.
- Bukan semua enrti kita orang minat baca. Ada beberapa entri yang tidak diminati oleh sesetengah orang dan mereka tidak akan membacanya. Normal lah macam tu. Macam beli surat khabar, korang baca tak semua berita yang disampaikan, atau memilih bahagian tertentu untuk dibaca je?
- Pembangunan blog tak berlaku dalam satu malam, atau satu bulan atau mungkin juga satu tahun. Pembangunan blog ni berterusan sampai bila-bila. Jadi kalau nak mengharapkan trafik yang tinggi dalam masa yang singkat adalah sesuatu yang susah, kecualilah korang ni artis terkenal (yang membawa persoalan, kenapa artis kita tak buat blog eh? Blog diorang dah boleh jadi sumber pendapatan atau kalau dah kaya sangat boleh je derma duit tu). Kalau tengok blog-blog yang hebat dan banyak follower, awal-awal dulu mana ada apa-apa. Nak dapat 10 komen pun kena penat bertungkus-lumus.
- Blog perlu ada matlamat dia sendiri. Kalau buat blog buta-buta tanpa matlamat dan hala tuju, susah untuk dapat pembaca tetap. Blog ni kadang-kadang macam politik. Kalau main politik tapi matlamat kejap-kejap berubah, sekejap cerita itu, sekejap ini lama-lama orang hilang minat dan kepercayaan. Sama halnya dalam blog, blogger corakkan blog dia macam mana yang dia nak dan jangan ubah. Perubahan dan penambahan boleh, cuma biarlah ianya selaras dengan pembangunan blog dan memberikan kesan yang positif.
- Isi kandungan adalah elemen terpenting dalam blog. Orang baca blog untuk mendapatkan input berbeza daripada individu lain jadi elakkan daripada menciplak idea orang lain atau lebih buruk lagi copy paste. Ada minda, fikir sendiri dan luahkan melalui blog. Luahkan pemikiran, bukan emosi tapi kadang-kadang emosi juga boleh memainkan peranan untuk menyentuh hati pembaca. Isi kandungan blog yang efektif adalah yang boleh membuatkan pembaca blog tertunggu-tunggu untuk kemaskini seterusnya daripada blogger tersebut.
- Tak salah sekali sekala untuk mencuba sesuatu yang baru atau menulis luar dari topik yang biasa kita tulis. Cuma penulisan tu hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Keunikan sesebuah blog terletak pada penulis blog tersebut dan buah fikirannya. Isi yang lain daripada yang lain boleh memberikan nafas baru pada blog dan boleh diteruskan sekiranya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pembaca.
- Blog perlulah kelihatan kemas atau sekurang-kurangnya presentable. Manusia suka benda yang cantik, oleh itu jadikan blog kita cantik. Semudah itu. Penggunaan warna yang menyenangkan mata pembaca adalah penting supaya pembaca tak lari kerana warna terlalu bercelaru atau menyengat mata. First impression itu penting dan kalau ada blog kena pastikan first impression kita sentiasa positif kerana tiap-tiap hari memang akan ada pembaca yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke blog kita.
Harap entri ini dapat membantu dalam aktiviti berblogging korang. Paling penting, enjoy blogging. Apa-apa lebih tu, anggaplah ia sebagai bonus.
Keterangan Penulis : Entri 7 Perkara Setiap Blogger Perlu Tahu adalah hasil karya Ariffshah yang merupakan seorang blogger yang sangat ngetop sekarang. Blog beliau Ariffshah.com penuh dengan panduan dan tips yang dapat membantu teman-teman blogger baru dan lama berblogging.
[ad#nuffnang336]
236 Comments
mampir baca tips bermanfaat sambil memperkenalkan blog baru.
Curahan rasa METROTIK @ ..Teknologi Informasi dan Komunikasi Untuk Kehidupan- Pembelajaran- dan Pekerjaan
Mohon saran dan masukan untuk blog yang baru lahir http://metrotik.com
Curahan rasa METROTIK @ ..Teknologi Informasi dan Komunikasi Untuk Kehidupan- Pembelajaran- dan Pekerjaan
Masih perlu banyak menimba ilmu dari bro DH dan penulis jemputan di atas.
Curahan rasa METROTIK @ ..Teknologi Informasi dan Komunikasi Untuk Kehidupan- Pembelajaran- dan Pekerjaan
perlu selalu buat lawatan ke DH… banyak info dan tip…
Curahan rasa yangbaik @ ..jangan salah sangka
Itu memang benar tu yangbaik.. Bang Iwan pun selalu juga singgah dekat sini
Curahan rasa Steward John @ ..Time Traveler Caught on Charlie Chaplin’s Film
Betul tu.. sekarang ni menunggu pulak penulis lain hantar postingan dorang tu.
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
Bang Iwan banyak blog, bagi saya dikit backlinknya tuuu (tanya dengan tebalkan mukan ni.. haha)…
Curahan rasa Steward John @ ..Time Traveler Caught on Charlie Chaplin’s Film
Wa.. Banyak juga blog Bang Iwan ni.. macam mana nak update satu2 tu.. hebat..
klau full time blogger rasanya xda masalah untuk update semuanya
Curahan rasa ray ban @ ..Standard for sunglasses
Bang Iwan tu siang hari kerja sebagai pendidik, malam presiden dirumah dia.. blog entah macam mana nak update setiap hari.. hehe
Curahan rasa Steward John @ ..Time Traveler Caught on Charlie Chaplin’s Film
Blogger sejati, mungkin hanya ada beberapa dari berjuta blogger di jagad Blogosphere dan mungkin akan sulit menemukanya jika kita mencarinya satu demi satu diberbagai penjuru portal.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Alexandria Mills Miss World 2010
Coba tanyakan pada diri anda apakah anda termasuk dalam kategori blogger sejati? Kalau saya sendiri masih jauh dan terlalu dini untuk bisa dikatakan seorang blogger sejati.
mengaplikasikan 7 perkara diatas adalah upaya untuk menjadi blogger sejati.
Berani bertanggung jawab atas konten yang ditulis pada blognya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Alexandria Mills Miss World 2010
Lihai dalam membuka pikiran untuk menemukan hal-hal baru.
Organisatif dan mampu memanage waktu untuk blogging maupun waktu untuk bermasyarakat.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Alexandria Mills Miss World 2010
Geram jika menemui blog-blog yang berbau pornografi, SARA dan semua yang berdampak negatif.
Generasi yang penuh inovasi, motivasi, mobilisasi dan selalu enerjik.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Alexandria Mills Miss World 2010
Enggan untuk menjiplak tulisan orang lain untuk mengisi blognya.
Rela menerima segala kitik dan saran yang membangun dari semua pihak.
Panjang benar komentar Bang Iwan ni.. memang hebat la..
Curahan rasa Steward John @ ..Time Traveler Caught on Charlie Chaplin’s Film
“Enggan untuk menjiplak tulisan orang lain untuk mengisi blognya.”
Saya percaya macam tu Bang Iwan.. biar la isi blog kita tu lahir dari fikiran kita sendiri..
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
“Generasi yang penuh inovasi, motivasi, mobilisasi dan selalu enerjik.”
Mobilisi maksud bang Iwan macam mana tu? selain daripada tu, 3 perkataan tu memang benar.
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
Banyak jer macam tu.. seolah2 nak tarik visitor masuk dekat blog.
Curahan rasa Steward John @ ..Time Traveler Caught on Charlie Chaplin’s Film
Tapi kalau keyword tu dibuat untuk memberi pendidikan macam mana pula Bang Iwan?
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
Kalau saya memang sudah mau mengorganisasi kan masa.. kadang2 menumpukan sepenuh perhatian untuk sesuatu benda jer dalam satu masa.
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
Itu sudah pasti la.. sebab tu la kalau nak tulis blog kena la pandai2 tengok limitasi kita tu.
Curahan rasa Steward John @ ..Time Traveler Caught on Charlie Chaplin’s Film
Saya lagi la masih jauh untuk dikategorikan sebagai blogger sejati..
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
perlu rajin macam Bang Iwan jugak nih… banyak idea mau lontarkan pandangan dan komentar di DH…
mungkin jugak boleh kongsi pandangan bageimana mau tulis komentar dalam kualitas yang banyak dan berkualiti…
Curahan rasa yangbaik @ ..jangan salah sangka
Yer la.. panjang2 jer komentar bang Iwan.. sekejap jer dia boleh hasilkan komentar yang berkuali.. hebat la.
Curahan rasa Steward John @ ..Time Traveler Caught on Charlie Chaplin’s Film
oit… udah2 le tu john oi… bagi ler kat ayer pulak untuk bulan nih…. ngeehehhe
Curahan rasa yangbaik @ ..jangan salah sangka
Hahaha.. jom sama2 pulak kita berusaha ni yangbaik.
Curahan rasa Steward John @ ..Time Traveler Caught on Charlie Chaplin’s Film
Mungkin Bang Iwan boleh gariskan ciri2 bagi blogger sejati ni macam mana kan…
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
nice sharing..
and Sharing is caring kan.. bagus kalau kita sentiasa berubah2 pendapat kan.
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
Sekarang dah sedar diri..hoho.. tapi kena tetapkan matlamat asal berblog..kan?ahaha
matlamat asal memang perlu…
tapi dari masa ke semasa perlu juga penambahbaikan
untuk kebaikan semua orang dan diri sendiri jugak
Curahan rasa yangbaik @ ..jangan salah sangka
Haha… biar kita sedar awal2 kan… senang jer nak
Curahan rasa Steward John @ ..Nuffnang is coming to KK
nice tips ariff
Curahan rasa afiq aiman @ ..Biar Saya Google Untuk Awak
info yg baik..boleh djadikan panduan utk blogger yg baru nk bercambah spt sy ni..
Curahan rasa cik dara @ ..Rutin hidup aku yang memang komplek giler!
Jangan lupa, saya pun blogger yang baru merangkak lagi ni.. memang bermanfaat untuk saya ni.
Curahan rasa Steward John @ ..Time Traveler Caught on Charlie Chaplin’s Film
terima kasih atas pos ni untuk AS dan DH. Nice sharing info bro!
Curahan rasa Kreuger @ ..Anda mahukan Sony NEX-5
Tips yang bagus ni.. nombor 5 tu memang setuju sangat.. tak nak tunding jari tapi jer dekat luar tu copy paste entri orang lain.. kadang2 dari bahasa inggeris diubah dalam bahasa Melayu… Pernah juga berlaku kepada saya.. rasa nak telan orang tu pun ada.. bersusah payah kita tulis, senang2 jer orang nak ambil…
Benda ni harus blogger baca ni.. biar buka hati dorang tu..
Curahan rasa Steward John @ ..Time Traveler Caught on Charlie Chaplin’s Film
nice one… =)
Curahan rasa Faris Al-Muhandisu @ ..ETP- Anda Mampu Mengubahnya!
7 perkara baru yang baru tahu… dah harus di baca juga… perkongsian yang menarik…
Curahan rasa yangbaik @ ..apa yang sibuk sangat tu
terima kasih atas perkongsian info ni.. kini ku sudah tersedar dari lamunan.. 😛
Curahan rasa Anarm @ ..Apa itu Firebug dan fungsinya bagi blogger
perkongsian yang mantap!
Curahan rasa zuls @ ..3 cara Share Content di Twitter dengan Bookmarklet
marvellous…love it….thanks ariffshah & denaihati..learn a lot from both of u..
Curahan rasa eyriqazz @ ..Digi Angels Internet Gathering Eyriqazz & IPhone 4
wow~ satu perkongsian yang mantap dari ariffshah.. LIKE
Curahan rasa Pisyek @ ..WebCamp 1001 – MindValley
7 hal yang memang wajib untuk diketahui..
Kongsi yang mantap sangat.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Alexandria Mills Miss World 2010
Itu sudah pasti tu.. blogger baru dan lama harus tahu benda ni
Curahan rasa Steward John @ ..Time Traveler Caught on Charlie Chaplin’s Film
Banyak jer perkongsian dari Ariffshah yang best2 kan.. kena tunggu lagi ni.
Curahan rasa Steward John @ ..Time Traveler Caught on Charlie Chaplin’s Film
Comments are closed.