17 Sebab Kenapa Kita Jangan Menetap Di Rumah Mertua Lama-Lama

Spread the love

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kehidupan sebelum kahwin dengan kehidupan selepas berkahwin sangat jauh berbeza. Jika sebelum kahwin, kita jumpa dengan si dia, sekejap sahaja. Tetapi, selepas nikah, kita jumpa pasangan kita setiap hari dan setiap masa.

Ketika itulah, kita baru betul-betul kenal siapa pasangan kita yang sebenarnya. Sama ada dia rajin atau pemalas, dia pembersih atau pengotor, dia seorang penyabar atau panas baran.

Perkahwinan itu sendiri merupakan sebuah fasa baru dalam kehidupan seseorang. Jika dilihat dalam drama-drama televisyen, semua perkara yang ditonjolkan indah dan baik-baik sahaja sedangkan dalam pekahwinan itu pasti wujud pasang surutnya yang tersendiri.

Baca : Risiko Perkahwinan ‘Jarak Jauh’

Apabila sudah termetrai ikatan antara suami dan isteri, suami perlulah usaha untuk duduk di rumah sendiri bersama isteri dan anak-anak. Jangan duduk menetap di rumah mertua.

Ini adalah perkongsian dari Tuan Hafiz Mansor di dalam Facebook beliau yang sudah mendapat 145 perkongsian dan lebih 500 yang menyukai.

“Susah macam mana pun, usahalah duduk rumah sendiri dengan anak isteri.”

Bila tengok drama ni tetiba aku teringat dulu aku duduk bersembang dengan kawan-kawan yang anak dah 3-5 orang, kahwin dah lebih 10 tahun diorang selalu cakap benda ni.

“Tak kisah la kau duduk rumah sewa ke, rumah tu beli ke janji kau duduk dengan anak bini serumah.”

“Sebab apa tu? Tak boleh ke menumpang duduk rumah mak sendiri, mak mertua atau adik beradik yang lain?”

Boleh. Tapi jangan lebih seminggu hingga sebulan mahupun lebih dari tu. Kalau tak akan jadi ‘taik’ dalam rumah yang sebelum ni harmoni.

Mula-mula saja best tapi lama-lama banyak yang tak best akan timbul.

Kenapa lepas kahwin suami isteri perlu duduk rumah sendiri bukan rumah mak atau mertua?

1. Rumah kita duduk adalah rumah mertua. Jadi kita kena ikut rules mereka. Jangan memandai ubah apa yang dah sebati dalam rumah.

2. Duduk sebulan dua ok lagi. Masih mesra senyum-senyum. Tapi lama-lama mertua akan mula nampak perangai menantu yang dia rasa tak suka dan tak patut. Baru kahwin ni nak ubah tabiat tu makan masa sikit.

3. Adakalanya kita tidur balik selepas solat subuh time hari minggu. Tidur dan bangun lewat sikit dah kena perli pemalas. Dah nampak tak elok dah dimata mertua. Mula masam muka dalam rumah. Aura jadi makin negatif.

4. Dalam rumah ada abang ipar, kakak ipar, adik ipar. Semua mak mertua suruh duduk sekali sebab bilik dah buat banyak. Dah tak ada privacy dengan suami nak manja-manja sangat dalam rumah.

5. Ramai dalam rumah pakat duduk dengan mertua, akan jadi isu pasal bil elektrik, air. Yang pakai ekon setiap masa tak nak bayar lebih. Anak pula tak hulur duit kat mak ayah buat bayar bil. Kena perli, hati dah tak tahan, mula tak sua muka.

6. Bila nak masak makanan tak boleh masak untuk suami saja. Kena masak untuk semua. Kadang dah masak, turun nak makan je makanan tu adik, akak atau abang ipar berkeluarga dah melantak makan. Kecewanya hati.

7. Nak keluar tengok tv rancangan kegemaran pun susah sebab kuasa remote dekat orang lain. Sebab bukan rumah sendiri. Tumpang duduk rumah orang. Bila masuk bilik kata tak pandai bergaul dan sombong.

Baca : Kahwin aturan keluarga vs Kahwin pilihan sendiri

8. Bila pertama kali duduk rumah mertua, memang rasa kekok nak biasakan diri. Jadi banyak benda nerves dan tak biasa. Mertua akan nampak kita tak pandai serba serbi tak reti nak tolong.

9. Isteri ni nak sangat-sangat ada rumah sendiri yang boleh dia hias, nak ada dapur untuk masak dengan peralatan dapur sendiri dan sebagainya. Isteri akan rasa dia dihargai.

10. Isteri tak setiap masa nak pakai tudung dan kain labuh setiap dalam rumah. Jadi bila ada rumah sendiri dia bebas nak pakai apa pun termasuk nak pakai lingerie kat ruang tamu. Kalau tengok pun, suami sendiri. Takde hal. Sudah halal. Kat ruang tamu pun on.

11. Bila duduk rumah sendiri, jauh sikit, perasaan sayang kat mertua lebih tinggi. Sebab tak jumpa selalu. Rasa rindu tu akan ada. Bila jumpa sembang pun nampak mesra.

12. Kat rumah sendiri bila silap masak, garam terlebih sepaket, masak hangit pun sendiri saja tau dengan suami. Tak la kena bahan dengan mertua. Memang akan down kata tak reti masak. Biasalah menantu baru nak belajar masak.

13. Suami isteri pasti bergaduh. Itu biasa la dalam rumahtangga. Bila duduk rumah sendiri, apa jadi pun tak adalah siapa tahu dan tak ada yang akan masuk campur api apikan lagi. Biasa kejap dan sikit hal saja. Tapi bila ada masuk campur, jadi besar. Hasut sana sini dah keluar cerita bukan-bukan.

Baca : Bercinta sebelum kahwin atau selepas kahwin, mana pilihan ramai?

14. Kahwin ni satu proses kehidupan berpasangan. Jadi kena belajar duduk rumah sendiri berdikari hadapi susah senang. Belajarlah. Suami jangan ambil mudah.

15. Suami bila dah kahwin, susah macam mana pun perlu usaha cari rumah sendiri. Tak kisah sewa pun asalkan duduk bersama isteri dan anak. Usahalah sikit untuk family. Isteri mungkin cakap tak kisah tinggal dengan mertua tapi dalam hati dia tak sama.

16. Suami kalau tak boleh berpisah dengan mak sampai mak tu meraung-raung tak bagi pindah, carilah rumah berdekatan dengan mak tu. Janji tak serumah dengan mak. Sebelah pun tak apa. Ada masa lapang, singgah saja rumah mak tu.

17. Mak jangan terlalu manjakan anak laki sampai dah kahwin berbulu atas bawah pun tak pandai nak buat keputusan. Bagilah ruang anak laki berdikari dan biarkan dia cari dan duduk rumah sendiri. Percayalah dekat anak laki tu.

Jadi, suami belajarlah duduk rumah sendiri dengan isteri. Mak mertua menangis tak bagi pindah pun, kata anak tak sayang mak, susah nak jumpa cucu itu semua drama 15minit sahaja.

Lepas dah duduk rumah sendiri, mak tu ok saja.

Laki dok rumah mertua biasanya ok je dia. Tapi tidak kepada isteri bila duduk rumah mertua.

Rumahtangga yang kita bina ni, jagalah baik-baik. Ini adalah amanah. Bila duduk rumah sendiri, suami akan rasa lebih bertanggungjawab.

kredit : Hafiz Mansor


Spread the love

9 Comments

  1. Tak semua orang bernasib yang sama.. Semua orang nak hidup berdikari.. Mcm situasi sy, ayah dah x dak.. Sy anak last yg berkahwin, x kan nak suruh mak sy yg tua duduk sorg2 di rmh.. Dh tua2 ni, byk pergerakan dh terbatas.. Mcmn cara skali pun sy n wife sy kna la duduk skali dgn mak sy.. Ada yg buat statement lps kahwin pun masih duk dgn mak.. Jaga la hati sama.. Hg x mau jaga mak hg suda la.. Jaga la hati adk brdk hg yg tlg jaga mak hg tu……

  2. Kalau dalam rumah mentua ada lebih dari 3 keluarga, memang boleh mencetuskan salah faham walau pun berpunca dari perkara yang kecil sahaja.

  3. Sebagusnya, ajar anak menantu berdikari dengan duduk rumah sendiri. Sebagai mak ayah, tak perlu nak bagi hint atau offer anak menantu duduk sekali.

    Biar anak menantu belajar susah senang bersama. Gaduh senyum, rumah tunggang langgang ke, biar anak menantu yang uruskan.

    Privasi terjaga, rumahtangga bahagia.

    Begitulah

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!