Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Terkejut apabila membaca berita kesedihan yang melanda keluarga salah seorang rakan blogger, Dayah Bachtiar iaitu pemilik blog DengariSaya.blogspot.com . Rumah kediaman yang mereka sekeluarga duduki di Sungai Chua, Kajang telah hangus dijilat api. Sudah pasti lidah kelu tidak terkata apabila melihat sendiri api yang marak membakar. Kejadian dianggarkan berlaku pada jam 11.50 malam tadi ketika mereka pulang ke rumah selepas habis latihan silat.
Rumah sudah berasap, jiran memang dah kat depan rumah. Ada yang dah telefon BOMBA dan suami Dayah cuba masuk tetapi hanya separuh jalan disebabkan asap yang sangat tebal sudah memenuhi ruang rumah. Pihak BOMBA sampai sepuluh minit selepas panggilan kecemasan tersebut. Agak ralat disebabkan tekanan air yang kurang menyebabkan api cuma dapat dipadamkan selepas dua jam.
Habis rentung dan hitam legam ruang dinding rumah mereka. Dari gambar yang diberikan, mana mungkin dapat selamatkan semua barang-barang dan perabot rumah. Keterangan juga sudah diambil oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjutan. Pada waktu sementara ini, mereka sekeluarga menumpang rumah ibu Dayah di Sekamat.
Sehubungan dengan itu pihak Denaihati ingin menyeru kepada semua rakan di luar sana untuk turut sama-sama membantu rakan blogger kita ini. Mudah sahaja, mulai hari ini 19 Oktober sehingga 26 Oktober 2014, setiap satu komen yang ditulis di blog Denaihati adalah bernilai RM1 untuk didermakan kepada keluarga mangsa.
Komen dan coretkanlah apa sahaja yang berkaitan di entry ini dan juga mana-mana entry di dalam blog Denaihati ini. Sebagai tanda anda semua memberi sokongan moral dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga rakan blogger kita ini. Seingat penulis, beliau memang memberikan komitmen yang baik dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Denaihati Network seperti di Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014. Bachplussize selaku penaja hadiah cabutan bertuah, membuka booth jualan dan sudah tentu menyertai event yang telah dianjurkan.
1 komen 1 Ringgit akan didermakan
Jangan lupa. Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Pihak team Denaihati mengucapkan salam takziah kepada keluarga Dayah Bachtiar, semoga mereka terus menjalani kehidupan seperti biasa. Ujian datang tanpa diduga, hanya redha dan ikhlas menerima akan dapat semula balasan yang belipat kali ganda lebih baik.
[box type=”shadow”]Jumlah komen terkumpul 1845 komen = RM 1845.00[/box]
Sumbangan tunai
Kepada yang ingin membuat sumbangan tunai, boleh transfer ke akaun berikut dan isi borang di bawah, pihak kami akan menguruskan sumbangan tersebut dan menyalurkan bersama-sama jumlah sumbangan dari komen ini.
Nama akaun : Denaihati Resources
Nombor akaun : 562834616817
Nama bank : Maybank
Error: Contact form not found.
No related posts.
1,542 Comments
DT nak usaha kan jugak sehingga dapat RM1000 ke atas. kalau bole. ini saja DT bole tolong.
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kini Aku Seorang Penganggur
semoga mendapat sambutan, dan sama-sama kita meringankan beban sahabat blogger ktia ni. harini hari dia. esok hari kita
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kini Aku Seorang Penganggur
saya juga tumpang simpati ke rakan blogger kita Bachtiar hidayah yang menerima dugaan ini..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Tanggungjawab Popular Insan Bergelar Suami
takziah..be strong..ad hikmahnya utk setiap dugaan yg Allah turunkn
Takziah di atas dugaan yang menimpa. Semoga Allah kurniakan kekuatan dan rezeki yang lebih besar di kemudian hari.
Takziah diucapkan kepada kak dayah sekeluarga . Moga kak dayah tabah hadapi semua dugaan nii 🙂
Takziah..semoge sentiasa tabah menghadapi dugaan yg dtg…tidak dapt membantu bnyak..hnya huluran doa dpt diberikn..
Saya masuk baca blog saudari Hidayah, sedih.
Diharapkan agar keluarga puan dapat bersabar dan redha atas segala yang terjadi.
Insya Allah apa sahaja yang berlaku adalah yang termampu ditanggung puan sekeluarga.
Ada hikmah yang lebih besar menanti, Insya Allah
salam takziah bachtiar dan keluarga..moga tabah menghadapi ujian ini dan diberikan rahmat yang lebih besar hendaknya 😀
Curahan rasa reezluv @ ..Payment Pertama Dari Mobicow
dugaan yang tidak disangka..salam takziah dan semoga kita semua dapat menyumbang dengan cara denai hati.
Curahan rasa tutyrahiza @ ..Menu Diet Sarapan Pagi Popular
Salam takziah. Walaupun baru kenal dia hari ni…harab dia sekeluarga banyak bersabar…
Rasa sedih dan terkejut juga apabila mendengar perkhabaran ini pagi tadi….. InsyaALLAH… selain sumbangan peribadi saya akan cuba usahakan apa yang boleh bagi meringankan rakan blogger kita ini
Curahan rasa Hazman Fadzil @ ..Restoran PERTAMA yang menghidangkan menu kombo MEE GORENG MAMAK CHICKEN CHOP
ya allah..takziah pd mereka..moga dipermudahkan segala urusan dan sabar mnghadapi dugaan ni
Takziah..semoga dipermudahkan urusan. Harap dpt bersabar ngn dugaan ini.
Turut bersimpati.. Ujian Allah terhadap makhluknya.. Semoga tabah menempuh Ujian..
Curahan rasa Weschairs @ ..Beza handphone picit berbanding touchscreen
Comments are closed.