Assalamualaikum dan Salam 1Dunia.
Terkejut apabila membaca berita kesedihan yang melanda keluarga salah seorang rakan blogger, Dayah Bachtiar iaitu pemilik blog DengariSaya.blogspot.com . Rumah kediaman yang mereka sekeluarga duduki di Sungai Chua, Kajang telah hangus dijilat api. Sudah pasti lidah kelu tidak terkata apabila melihat sendiri api yang marak membakar. Kejadian dianggarkan berlaku pada jam 11.50 malam tadi ketika mereka pulang ke rumah selepas habis latihan silat.
Rumah sudah berasap, jiran memang dah kat depan rumah. Ada yang dah telefon BOMBA dan suami Dayah cuba masuk tetapi hanya separuh jalan disebabkan asap yang sangat tebal sudah memenuhi ruang rumah. Pihak BOMBA sampai sepuluh minit selepas panggilan kecemasan tersebut. Agak ralat disebabkan tekanan air yang kurang menyebabkan api cuma dapat dipadamkan selepas dua jam.
Habis rentung dan hitam legam ruang dinding rumah mereka. Dari gambar yang diberikan, mana mungkin dapat selamatkan semua barang-barang dan perabot rumah. Keterangan juga sudah diambil oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjutan. Pada waktu sementara ini, mereka sekeluarga menumpang rumah ibu Dayah di Sekamat.
Sehubungan dengan itu pihak Denaihati ingin menyeru kepada semua rakan di luar sana untuk turut sama-sama membantu rakan blogger kita ini. Mudah sahaja, mulai hari ini 19 Oktober sehingga 26 Oktober 2014, setiap satu komen yang ditulis di blog Denaihati adalah bernilai RM1 untuk didermakan kepada keluarga mangsa.
Komen dan coretkanlah apa sahaja yang berkaitan di entry ini dan juga mana-mana entry di dalam blog Denaihati ini. Sebagai tanda anda semua memberi sokongan moral dan secara tidak langsung dapat membantu keluarga rakan blogger kita ini. Seingat penulis, beliau memang memberikan komitmen yang baik dalam acara-acara yang dianjurkan oleh Denaihati Network seperti di Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014. Bachplussize selaku penaja hadiah cabutan bertuah, membuka booth jualan dan sudah tentu menyertai event yang telah dianjurkan.
1 komen 1 Ringgit akan didermakan
Jangan lupa. Sampaikan kepada rakan-rakan yang lain. Pihak team Denaihati mengucapkan salam takziah kepada keluarga Dayah Bachtiar, semoga mereka terus menjalani kehidupan seperti biasa. Ujian datang tanpa diduga, hanya redha dan ikhlas menerima akan dapat semula balasan yang belipat kali ganda lebih baik.
[box type=”shadow”]Jumlah komen terkumpul 1845 komen = RM 1845.00[/box]
Sumbangan tunai
Kepada yang ingin membuat sumbangan tunai, boleh transfer ke akaun berikut dan isi borang di bawah, pihak kami akan menguruskan sumbangan tersebut dan menyalurkan bersama-sama jumlah sumbangan dari komen ini.
Nama akaun : Denaihati Resources
Nombor akaun : 562834616817
Nama bank : Maybank
Error: Contact form not found.
No related posts.
1,542 Comments
alhamdulillha semakin banyak komen. jom kita sama sama bantu rakan blogger kita ni. spy dpt ringankan beban mereka
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Kenapa Anda Perlu Beli iPhone 6
Takziah kepada Bachtiar sekeluarga, semuga Allah SWT akan memberikan yang lebih baik selepas dugaan sebeginai. Banyakkan bersabar yer, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Takziah buat hidayah sekeluarga. semoga Allah akan mengurniakan rezeki yang berlipatkali ganda untuk beliau selepas ini. Pernah jumpa hidayah sekali je. Banyak2 bersabar.
Curahan rasa Fadhil @ ..Panduan Peperiksaan Online PTD M41
Takziah buat Bachtiar dan seluruh keluarga beliau. Bersabar dengan dugaan Allah.
Curahan rasa kizmyself @ ..Jadual Champions League 21 Oktober 2014
kebakaran boleh berlaku di mana sahaja pantang kita cuai segala boleh terjadi.terkadang itu ada pula orang yang suka dengki.
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kecantikan Kerana Maruah Dan Hujung Kainnya
pastinya lidah kelu seribu bahasa mahu katakan apa hanya terima dan pasrah sahaja.
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 25/2014_Proton Iriz PCC
sesunggunya orang yang sabar adalah insan terpilih olehNYA lagi kasih Maha Pencipta
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 26/2014_ SME Micro Finance
kami turut simpati dengan apa terjadi pada keluarga bachtiar moga tabah hendaknya ya
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 25/2014_Proton Iriz PCC
semoga akan ramai lagi pembaca dan blogger membantu menjana satu komen satu ringgit
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 27/2014_LAMIDO Digital Campaign
suatu dugaan yang agak sukar di terima namun kena kuatkan semangat untuk meneruskan kehidupan
Curahan rasa cahayacinta @ ..Ebook Resepi Cakoi Mudah Dan Sedap Bersama Kuahnya
ujian buat beliau, ujian juga buat kita. semoga allah melimpahkan rahmat yang tidak terhingga dan semoga tabah menghadapi musibah ini. amin
Curahan rasa siti hazreen @ ..Permohonan Pengajian Siswazah di USM 2015/2016
ujian yang hebat untuk orang yg hebat. .semoga dipermudahkan Allah utk segala urusan selepas ini. .insyaAllah
moga Allah mengurniakan kesabaran dan kekuatan yang banyak untuk melalui musibah ini, n menggantikan kehilangan tersebut dengan yang lebih baik lagi, insyaAllah.
bangga dengan kawan2 yang sudi membantu. Semoga Allah balas semuanya.
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Berat Badan Turun 5KG Dalam 1 Bulan
ujian Allah itu ada byk hikmah dan pengajarannya . hanya perlu redha dan semoga terus tabah melaluinya …
Curahan rasa Vee Sandi @ ..Caj Tambahan Cukai GST ?
Comments are closed.