Zarul Umbrella The Singing Blogger

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku pun dah tak ingat macam mana aku boleh kena artis yang terkenal dengan lagu Ramalanku Benar Belaka siapa lagi kalau bukan Zarul Umbrella. Seingat-ingat aku dulu aku rajin komen di blog beliau ZarulUmbrella.com dan ketika itu boleh dikira berapa sangatlah komen yang ada pada setiap entri kat blog artis kacak Malaysia yang top di akhir 90an ni. Ketika itu aku menjangka blog Zarul pasti akan meletup suatu hari nanti dan sekarang telah terbukti bukan setakat blog tetapi orangnya juga.

ZarulUmbrella

Kalau tak silap aku komen mula masuk mencurah-curah ke Blog Zarul Umbrella setelah beliau dan beberapa blogger antaranya Abangensem, Eyriqazz dan Arwah Jejai (Al Fatihah) buat gempak dengan sessi karoake bersama blogger. Aku pun tak ingat bila pertama kali aku jumpa The Singing Blogger ini tapi yang pasti kami jemput Zarul membuat persembahan di SBB2012 dan SBB2013 … memang menghiburkan.

Siapa sangka ZarulUmbrella meletup-letup selepas ABPBH2012. Teringat ketika kami ngopi berdua di sebuah cafe di Bangi beliau dah maklumkan aku yang beliau telah terpilih untuk ABPBH2012. Apa lagi aku cakap ambil peluang dan buat yang terbaik. Ketika itu kami adalah merancang untuk mempromosi ZarulUmbrella.

Alhamdulillah ZarulUmbrella dah terkenal semula setelah membuat keputusan berhenti menyanyi pada 1998 dan menjual apam balik sebelum menjadi pramugara MAS pada tahun 2000. Ramai rupanya peminat yang masih merindui ZarulUmbrella terbukti apabila follower Facebook, Twitter, Instagram dan Keek meningkat berlipat kali ganda setelah Zarul membuat persembahan untuk ABPBH2012.

Video Ramalanku Benar Belaka

Tahniah kepada ZarulUmbrella .. anda memang sebenarnya The Singing Blogger. Kepada peminat Zarul terus bersama ZarulUmbrella.com kerana banyak projek baru akan diumumkan tak lama lagi. Jangan lupa follow juga FB abe Zarul Umbrella. Jangan lupa sokong Zarul untuk Gegar Vaganza 2016.

76 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!