Visit pertama Kemboja 2011

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah landing dengan selamat di International Airport Phnom Penh. Pesawat Airasia kali ini terbang ikut jadual tidak seperti ketika aku balik dari Jakarta delay 3 jam.

Ini adalah visit pertama aku ke Kemboja untuk tahun baru 2011. Tujuan visit kali ini adalah untuk tutup aktiviti 2010 dan merancang program baru 2011 bersama rakan kongsi Koperasi Muslim Kemboja. Alhamdulillah banyak kejayaan yang telah tercapai sepanjang 2010 untuk projek meningkatkan ekonomi antaranya projek usahasama ternak lembu dan projek ternak ayam.

warga-kemboja

Terima kasih kepada semua teman-teman yang telah sudi menghulur bantuan ikhlas untuk tabung sumbangan muslim Kemboja. Teruskan menyumbang kerana saudara seIslam kita di Kemboja sangat memerlukan. Sumbangan terbaru diperlukan berjumlah USD8,000 untuk membina sekolah di sebuah perkampungan pendalaman di Kemboja.

Semuga usaha kami yang sedikit ini dapat memberi manafaat kepada umat seluruh alam khasnya umat Islam di Kemboja. Kepada yang berminat mengembara di bumi Kemboja dan menyaksikan susah senang umat Islam sila DM.

 


Spread the love
author avatar
denaihati
Denaihati blog personal yang telah memenangi anugerah MSMW Best Blog of the year 2012, MSMW Most Creative Blog 2013 dan MyNic Best Personal Blog 2013.