Uncle Gedek Raja Selfie Malaysia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, rasanya ramai yang telah mengenali Uncle Gedek raja selfie malaysia yang telah memulakan blog selfienya sejak Mac 2009 lagi. Pernah satu ketika, beliau menjadi bahan sindiran oleh ramai pembenci yang mungkin sekarang telah bertukar menjadi peminat.

Uncle Gedek seorang photo blogger yang sangat disiplin, setiap hari beliau akan mengambil gambar self-portrait (tagline uncle gedek) dengan suasana yang berbeza-beza. Satu perkara yang saya sangat kagum dengan Uncle Gedek adalah kebolehupayaan beliau untuk mengambil gambar dari sudut dan reaksi muka yang hampir sama.

Kadangkala bila kita layari blog beliau, terasa macam Uncle Gedek ni sekadar photoshop semua gambar-gambarnya, kerana kedudukan, komposisi, dan riak muka yang sama. Cuma kalau tengok dari tahun 2009 sehingga yang terkini, boleh nampak perbezaan jumlah uban di kepalanya (jangan marah ya Uncle).

Kali ni sekadar ingin memberi ulasan atau review mengenai blog Uncle Gedek yang menggunakan domain www.blogbeginsatforty.com. Ini hanya ulasan untuk kebaikan bersama.

Blog Uncle Gedek

Sejak pertama kali melayari blog Uncle Gedek, rasanya tiada perubahan ketara pada layout dan design blog beliau. Blog yang ringkas dengan ruangan header menggunakan text sebagai hiasan utama. Kemudian terdapat widget followers dengan paparan avatar followers yang memenuhi ruangan tersebut.

Paparan muka hadapan blog uncle gedek
Paparan muka hadapan blog uncle gedek

Mungkin tujuan Uncle letak begini, adalah untuk meraikan followersnya yang ramai itu. Saya sekadar ingin mencadangkan, Uncle menggunakan gambar-gambar selfie yang lama itu sebagai header blog Uncle. Ini akan sedikit sebanyak menambah seri blog Uncle yang telah mempunyai ramai peminat ini.

Header baru uncle gedek
Sekadar contoh sekiranya gambar-gambar selfie uncle dikumpulkan untuk dijadikan header

Widget Google Connect atau Google Followers tu mungkin boleh dialih ke bahagian sidebar blog.

Ulasan teknikal

Percubaan menggunakan gtmetrix.com loading time muka hadapan untuk visitor pertama kali mencecah sehingga 22 saat. Ini adalah tempoh yang lama untuk loading time sesebuah blog. Punca utama pasti disebabkan oleh gambar yang banyak dalam paparan muka hadapan.

loading time menggunakan gtmetrix.com
loading time menggunakan gtmetrix.com

Bagi pelawat yang memang sudah mengenai blog Uncle Gedek, ini bukanlah masalah bagi mereka, kerana mereka pasti akan sanggup menunggu untuk melihat selfie terbaru Uncle Gedek. Namun perkara yang sama mungkin tidak berlaku kepada pelawat yang pertama kali mengunjungi blog Uncle.

Perkara ini boleh diselesaikan dengan beberapa teknik, antaranya mengurangkan bilangan entri di paparan muka hadapan, atau mengubahsuai layout/theme untuk paparan yang lebih menarik tanpa menjejaskan loading time.

Ujian loading speed ini diulang dengan menggunakan tools yang berlainan, dan ternyata first time visit dan repeat visit tidak mempunyai peningkatan kelajuan loading time yang sepatutnya.

Paparan loading time blog uncle gedek
Paparan loading time blog uncle gedek

Rumusan dan cadangan

Secara keseluruhan, tidak banyak yang ingin diulas mengenai blog Uncle Gedek, penyusunan widget di sidebar mungkin boleh diperkemaskan untuk memberi peluang para pembaca mengenali Uncle dengan lebih mudah. Layout hitam yang digunakan memang sesuai dengan konsep selfie dengan raut muka Uncle yang tidak senyum itu.

Saya doakan semoga Uncle terus dengan aktviti blogging self-portrait dan mencapai apa yang cuba dicapai. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk konsisten setiap hari mengambil gambar muka sendiri dan meletakkan dalam blog. Kalau anda rasa mudah, bolehlah cuba untuk sebulan tanpa henti. Selepas itu barulah anda dapat rasakan pengalaman sebenar mengelolakan blog seperti ini.


Spread the love

1,265 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!