Tugasan kedua cabaran iPhone 5s

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, jutaan terima kasih kepada semua peserta cabaran iPhone 5s. Jutaan maaf kerana membiarkan peserta cabaran iPhone 5s tertunggu-tunggu sehingga iPhone 6 dan iPhone 6 Plus sudah dilancarkan. Memang ramai sungguh peminat iPhone 5s walaupun ramai yang lain membenci.

gambar beza iphone 6 dan iphone 6 plus
Klik gambar iPhone 6 untuk kisahnya

148 blogger telah menyiapkan tugasan pertama iaitu menulis entri bertajuk “iPhone 5s gajet impian setiap blogger” sebagai tiket untuk meneruskan perjuangan ke tugas seterusnya. Mohon maaf kerana terdapat beberapa peserta yang tidak layak untuk meneruskan tugasan kerana entri yang dibuat tidak mengikut syarat yang ditetapkan. Berikut adalah senarai peserta yang layak untuk ketugasan ke dua.

SENARAI PESERTA CABARAN IPHONE 5S UNTUK TUGASAN KE DUA

(Jika ada senarai peserta yang tertinggal sila PM di sini)

Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5s

Untuk tugasan ke dua memang senang tapi memerlukan masa dan kesungguhan untuk mencapai impian. Peserta perlu menjadi top 70 penulis komen di blog Denaihati untuk kiraan komen bertarikh 15/9 – 15/10/2014.

  1. Jumlah komen akan dikira menggunakan wp top commentators widget.
  2. Peserta dikehendaki menggunakan username yang sama dengan nama blog untuk memudahkan pengiraan. contohnya sekiranya domain blog  hasrulhassan.com maka gunalah username Hasrul Hassan atau sekiranya domain adalah wanhidayat.blogspot.com maka gunalah username Wan Hidayat.
  3. Jumlah setiap komen mesti melebihi 10 perkataan yang kurang akan dipadam.
  4. Komen mestilah bersesuaian dengan tajuk entri jangan lari topik hanya kerana nak mendapat jumlah komen yang banyak sebab ianya juga akan dipadam.
  5. Syarat satu banner di blog peserta masih dikekalkan dan adalah diharap semua peserta dapat menukarkan banner yang ada kepada banner “Qurban di Kemboja” yang boleh didapati di sini. Semuga sedikit sumbangan mempromosi ini menjadi asbab kita akan mendapat gajaran yang berlipat kali ganda.
  6. Pastikan peserta sentiasa update senarai penaja dengan backlinks supaya tidak tersingkir dari cabaran kerana admin akan sentiasa memantau entri penyertaan.
  7. Peserta yang masuk dalam top 70 akan layak untuk masuk pusingan terakhir.

Buat Duit dengan Affiliate – Kitab Teknik SEO Merah Jambu

Hadiah Cabaran iPhone 5s

Hadiah Utama : Tiga unit iPhone 5s 16GB dari penaja individu dan Satu iPhone 5s 16Gb tajaan Amariman.com
Hadiah saguhati : Wang Tunai akan diumumkan jumlah dan katogeri di entri yang lain.

iphone 5 gadget impian

Penaja Cabaran iPhone 5s

Terima kasih kepada semua PENAJA kerana sudi menjadikan impian para blogger menjadi kenyataan. Tajaan masih terbuka kepada individu dan syarikat kerana perjalanan cabaran iPhone 5s masih jauh.  Ada yang tanya apa kelebihan sebagai penaja :

  1. Untuk tajaan individu minima rm250 kita akan masukan link blog/website penaja disemua entri blog peserta, kira dapat backlinks dari semua peserta termasuk penganjur.
  2. Untuk penaja utama sebiji iPhone 5s ada package terlajak best :
    • Link blog penaja akan masuk di semua entri peserta.
    • Satu entri advetorial untuk promosi produk atau website penaja di blog Denaihati.
    • Entri promosi penaja juga akan di promosi disemua sosial media Denaihati.
    • Satu banner penaja akan dipasang di blog Denaihati sehingga contest tamat.
    • Memang sangat bagus kepada syarikat baru dan lama terutama usahawan online yang ingin meningkatkan penjenamaan produk mereka di kalangan komuniti siber.
  3. Kepada yang berminat sila PM di sini.

Cara pemilihan pemenang

Cabaran kali memang sangat berlainan kerana cara pemilihan pemenang memang rahsia supaya peserta dapat bersaing dengan sihat. Yang penting peserta ikut arahan penganjur dan ikut sahaja semua tugasan dan aktiviti yang diberi. Diakhir cabaran penganjurkan akan menerangkan secara detail bagaimana pemenang dipilih.

Jangan sesekali putus asa sebelum berusaha sehingga saat terakhir … tatap gambar iPhone 5s di atas untuk menaikan semangat. Sifat orang dahagakan kejayaan tidak akan pernah putus asa atau takut untuk mencuba. Tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia siapa yang tahu. Memang best menggunakan iPhone 5s terutama kepada blogger kerana boleh menambah kualiti menguruskan blog. Tak percaya tanyalah rakan-rakan yang pernah menang contest iPhone dan yang pernah mendapat cabutan bertuah iPhone di Majlis Sepetang Bersama Blogger.

Selamat maju jaya kepada semua peserta cabaran iPhone 5s yang layak ke tugasan ke dua cabaran iPhone 5s.


Spread the love

6,837 Comments

    1. morning sis akma 🙂 tahniah sama sis akma pun tersenarai dalam 148 peserta cabaran kali kedua kali ini. serius sangat mencabar tugasan kali ini. menjadi top 70 penulis komen, bukan mudah tu. silap hari bulan kena ambik masa lebih dari sebulan juga. lagi-lagi kalau internet da makin slow macam siput. hehe. apa pun, semoga tersenarai dalam pusingan akhir 🙂 Good luck sis akma!
      Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap BloggerMy Profile

  1. tugasan kedua cabaran iphone 5s kali ini wawa sahut dengan penuh semangat. Semakin lama cabaran ni semakin mencabar. Dan semakin bersemangat pula wawa nak berusaha sampai berjaya dalam cabaran ini. Terimakasih kepada tuan denaihati.com dan para penaja yang dihormati. Dan selamat maju jaya kepada semua peserta cabaran iphone 5s. Marilah kita bersaing secara sihat untuk menang dalam cabaran ini.
    Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAKMy Profile

  2. Alhamdulillah. Den pun terpilih untuk ke pusingan seterusnya. Akan den berusaha untuk menyelesaikan tugasan ke dua ini dan seterusnya layak ke pusingan seterusnya.Selamat maju jaya kepada peserta yang lain.

  3. Alhamdulillah…berjaya untuk memasuki task yang ke-2 bagi cabaran ni.
    Nampaknya persaingan semakin hebat dan inilah adat pertandingan. Semoga semua berjaya dan jadikan cabaran komen ini sebagai cabaran yang terbaik dan sihat juga.
    Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Impianku Seorang BloggerMy Profile

  4. Alhamdulillah..berjaya ke peringkat seterusnya..wahh…tugasan kedua ni agar mencabar,hrp dpt buat dengan baik…
    semoga berjaya untuk semua peserta..semoga impian menjadi kenyataan..amin
    apapun terima kasih Tuan denai hati..

    1. ah’ahlah nik. risau juga kalau tugasan seterusnya melibakan SEO. memang confirmlah blog PG tidak dijumpai. hehe. apa pun, betul. kita fokus untuk menjadi one of antara top 70 penulis komen ni ya. inshaAllah, kalau rezeki kata kita layak dalam top 70 ni, syukur alhamdulillah. DH, jangan marah pula no lepas ni hari-hari kita mai datang komen entri DH 😀 iPhone 5s, akan ku kejar dirimu! hehe
      Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap BloggerMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!