Teringat zaman kanak-kanak

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tertarik dengan isu yang dibawa oleh Oh! Media di Wall Facebook diaorang. Membaca komen-komen yang berpuluh membuatkan aku teringat zaman kanak-kanak. Zaman yang penuh dengan rasa sedih, perit, gembira, menakutkan dan sebagainya.

Petikan dari wall Facebook Oh! Media : “When I was a kid, I didn’t have a laptop, iPod, Blackberry , PS3, Wifi or iPads. I played outside with friends, bruised my knees, made up stories and played hide and seek. I ate what my mum made. I would think twice before I said “no” to my parents. Life wasn’t hard, it was good & I survived. Kids these days are spoiled. ”

Komen aku mencelah antara berpuluh komen yang lain : “Kalau Malaysia ni kena bencana atau perang boleh ke anak-anak ni survive. Tak ada letrik 2-3jam pun dah komplen.”

Teringat zaman kanak-kanak meredah semak samun, mandi sungai, main permainan tradisional yang hampir lupa namanya, pergi sekolah berjalan kaki sejauh 5 KM dan macam-macam pengalaman lagi lah. Teringat juga bulan Ramadhan ketika kanak-kanak dulu memang tak semewah sekarang.

Kanak-kanak zaman sekarang memang jauh berbeza. Mungkin masa dah berubah.

Comments

Trackbacks