Teringat tempat menarik di Eropah

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bila tengok foto-foto indah pemenang Best Tourism Fashion Blog Fidajacob.blogspot.com yang sedang bercuti di selatan eropah membuatkan hati ini teringat kembara 12 hari di lima buat negara di Eropah pada tahun 2012. Nak jadi lebih terusik jiwa ini bila terjumpa kawan sekolah yang akan terbang ke Eropah 22/9/13 untuk bersama kelab basikalnya berbasikal di beberapa buah bandar di Eropah antaranya Prague, Rome, Paris dan London.

Kalau tengok jadual memang sibuk macam mustahil je nak ada trip yang jauh-jauh hujung tahun ini tapi segalanya ALLAH punya kuasa kita manusia tak ada kuasa kalau tetiba blog ini senyap je makna dah terbang jauhlah tu.

Kembara Musafir Europe

Daripada kembara Eropah antara tempat menarik mengikut pandangan aku :

1. Cesky Krumlov kota lama ratusan tahun di Rebuplik Czech memang melekat di hati. Nak mencari lokasi bandar ini memanglah satu hal tetapi keindahannya memang terbaik. Mengikut owner homestay yang kami sewa tu .. kamilah orang Malaysia pertama yang pernah yang di jumpa. Setiap kali menonton filem klasik seperti Three Musketeers mesti teringat Cesky Krumlov.

Baca juga : Tempat menarik di Cesky Krumlov

2. Menonton filem The Italian Job mengibau ingatan sesat di Venice dan makan pizza halal di sebuah restoran di tengah-tengah pulau. Kalau minta ditunjukan lagi restoran pizza halal tu pasti tak akan jumpa lagi. Cita-cita nak bawah wife naik Gondola menyusuri terusan di Venice masih belum padam lagi … in shaa Allah tiba masanya pasti akan sampai juga.

Baca juga : Tempat menarik di Venice

Kembara Musafir Europe

3. Angkat tabik dengan kota Prague walaupun dah berusia ratusan tahun tapi bangunan dan kota rayanya memang terjaga rapi. Kalau tak sampai Prague tak tahu kat sini ada ramai Yahudi dengan gerejanya. Paling tak boleh dilupai awek-awek Prague memang cantik-cantik tak terbanding. Tapilah nak jadi cerita satu-satunya handbag tanda kenangan untuk wife yang aku beli di Prague baru sahaja ke rampok …. memanglah kecewa sebab limited edition tapi kena redha pasti ada yang lebih baik dari itu.

Baca juga : Tempat menarik di Prague

4. Aku memang tak puas hati dengan Rome sebab sehari manalah sempat nak melawat beratus tapak sejarah daripada tahun sebelum masihi hinggalah kerajaan Rom. Ada rezeki aku nak datang lagi nak melihat bagaimana bangsa Eropah membina kemajuan mereka. Cuma kalau nak dibandingkan dengan bandar-bandar yang lain rasanya Rome ini agak menyeramkan sebab banyak kejadian jenayah.

Baca juga : Tempat menarik di Rome

5. Nak shopping pastilah di Paris ibu kota berbagai jenama terkenal seperti Louis Vuitton, Hermes dan macam-macam lagilah. Paris juga terkenal dengan berbagai bagunan sejarah yang menjadi tanda dan lokasi pelancungan. Kalau setakat dua tiga hari memang tak cukup di kota Paris. Mungkin pertama kali jadi boleh tahan susah juga nak mencari restoran halal di Paris.

Baca juga : Tempat menarik di Paris

Kembara Musafir Europe

Selain daripada lima kota di atas banyak juga tempat menarik di London yang memang dah macam kampung bagi ramai orang Malaysia. Frankfurt bandar moden juga banyak tempat menarik untuk dilawati. Paling tak puas hati ketika singgah di Vienna bukan sebab tak ada tempat menarik di Vienna tetapi ketika kami sampai cuaca tak mengizinkan dan banyak kedai yang tutup kerana hujung minggu.

Ramai yang fikir melancung ini sangat mahal tapi semua itu salah. Nak dapat percutian yang murah kena rancang sendiri jangan harap seratus peratus kepada Travel agent. Banyak berjalan luas pandangan dan bertambah pengalaman. Bagus tanya dulu dengan kawan-kawan yang biasa travel seperti Bro Zarul Umbrella dan blogger travel lain yang boleh search di Google. Paling penting dapatkan tiket kapal terbang termurah dan tempah homestay atau hotel lebih awal untuk mendapat harga yang terbaik. Kembara tanpa perancangan pasti akan menyebabkan kos juga tak terkawal.

Kemana pun aku pergi pasti aku akan tengok harga petrol dan biasanya jauh lebih mahal daripada Malaysia tetapi mereka masih boleh hidup seperti biasa …. tetap ada yang kaya dan ada yang miskin.

---

    Kongsi pendapat anda

    *

    CommentLuv badge

  1. Saya ada planning untuk membuat bagpacking trip dengan teman. Masih merancang dan mengumpul wang secukupnye.
    Entri terbaru Fadzi Razak – Berbuka Puasa Dengan Uncle JackMy Profile

  2. Syg Nanie says:

    xsabar rasanya nak tgk keindahan bumu Allah ini. setiap tempat ada keuinikannya..

  3. Kalau ada rezeki, saya pon nak ke sana..Amin…
    Entri terbaru Hanipah Ghazali – Percutian di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Pahang Rasa Macam Pergi PerancisMy Profile

  4. bagus banget, emang pengalaman yang ga akan terlupakan kalo pergi ke negara orang :)

  5. Best la kalau dapat pegi Prague…cantik la bandar tu.

  6. Seronoknya…Selamat Melancung dan enjoy

    …….Search The Internet

  7. Memang menarik kalau dapat berjalan ke negara orang terutamanya ke eropah. saya dapat juga peluang ke eropah di dublin, manchester dan london. memang pengalaman yang tak boleh dilupakan.

  8. Ingat lagi masa g London.. memang menarik.. sangat seronok g jalan2 naik public transport je. semua tempat boleh pegi..

    Pegi Paris, time tu x banyak kedai Islam.. terpaksa la makan pizza vegetarian.. tapi saiz pizza… besar punya.. satu talam.. huhuhu
    Entri terbaru HomeStay Shah Alam – Suri Suite – Homestay Sesuai Untuk KeluargaMy Profile

  9. Apa yang menarik bangunan di Eropah nie adalah keunikan seni bina diorang laaaa

  10. Prague belum sampai lagi, tapi Sydney saya tinggal 5 tahun. Memang rindu nak ke overseas semula, tapi apapun tak lawan Malaysia. Nak makan senang.

  11. helemek, bila aku bleh merasa ke eropah ni. best gak baca pengalaman2 kekawan nih
    Entri terbaru encikarman – Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan bloggingMy Profile

  12. Teringat pula kisah hampir kena copet di Rome. tangan budak tu dah masuk saku, Allah gerakkan hati nak kerling, selamatlah dompet…
    Entri terbaru Mommy Lyna – Mendaki Gunung Hallasan Bersama Anak-AnakMy Profile