Sumbangan untuk Pertubuhan Nur Kasih

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru Yayasan Warisan Ummah Ikhlas telah menjemput aku untuk bertemu dengan dengan rakan-rakan sinergi Rumah Ngaji. Antara objektif Rumah Ngaji ialah untuk memberikan kelas percuma agar masyarakat celik Al-Quran dari peringkat asas sehinggalah ke peringkat tajwid. Salah satu rakan Rumah Ngaji adalah Pertubuhan Nur Kasih Klang yang menguruskan rumah untuk anak-anak yatim dan miskin. Mereka memerlukan bantuan jom kita sama-sama memberi semampu yang boleh.

Rumah Anak Yatim dan Miskin

Assalamualaikum para penyumbang yg dirahmati Allah…sempena sesi persekolahan 2015 kami dari pihak pengurusan Pertubuhan Nur Kasih ingin memohon jasa baik tuan-tuan dan puan-puan agar dapat sama-sama membantu kami menyiapkan keperluan persekolahan anak-anak. Diantaranya :

  1. 2 pasang pakaian sek kebangsaan
  2. 2 pasang pakaian sek agama
  3. Sebuah beg sekolah
  4. Sepasang kasut sekolah
  5. Peralatan tulis
  6. Yuran pibg/ kafa

Setelah mengira kos utk seorng pelajar secara purata kami memerlukan RM 200.00 utk seorang pelajar dan RM10,000.00 utk 50 orang pelajar.

ertubuhan nur kasih klang

Justeru kami menyeru kepada mereka yg prihatin dengan masalah pendidikan anak-anak yatim dan miskin ini untuk menyumbang demi masa depan anak-anak ini. Sumbngan boleh dimasukkan ke akaun :

  1. Nama Akaun : Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Nur Kasih
  2. Bank : Maybank
  3. No Akaun : 5121 1003 6832

Sebarang pertanyaan boleh hubungi admin whastapp @ telegram 013 2749573 dan Facebook Pertubuhan Nur Kasih.

Moga Allah memberkati kehidupan kita di masa akan datang kerana kita ambil peduli kehidupan mereka yang amat memerlukan ini. Aaaminnn.

Tolong share melalui whatsApp, telegram, email, FB atau apa saja media sosial yg ada…bantu lah anak-anak yatim dan miskin moga ia jadi pencen kubur untuk kita di SANA nanti.


Spread the love

46 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!