Sumbangan terkumpul untuk Tabung Saudara Megat

Aku memohon maaf kepada semua penderma dan Saudara Megat di atas kelewatan entri ini. Pada 9/1/2010 aku telah melancarkan Tabung Sumbangan Untuk Saudara Megat untuk membantu Saudara Megat yang sedang diuji Allah. Alhamdulillah ramai teman-teman telah memberi sokongan dan Saudara Hydir juga telah melancarkan gerakan Blogger we care yang telah mendapat sambutan sangat hebat daripada teman-teman blogger.

Sumbang klik program DapatWang.com untuk mengutip sumbangan sehingga 2/2/10 telah dapat mengumpulkan sebanyak RM52.15. Alhamdulillah salah seorang pengunjung blog ini telah bermurah hati untuk mengandakan tabung sumbangan ini sebanyak RM52.15 maka jumlah sumbangan yang terkumpul untuk Tabung adalah RM104.30.

@ This is to inform you that DENAIHATI has transferred RM104.30 to your Maybank account for Tabung Sumbangan Saudara Megat on 02/21/10 09:25:34 via Maybank2u.com.

Semuga sumbangan kecil ini dapat membantu Saudara Megat dan keluarga dan terima kasih kepada semua yang sumbang klik dan sumbang promosi link. Semuga sumbangan kalian akan mendapatan balasan dari ALLAH juga.

KITA MEMBINA HIDUP DENGAN APA YANG KITA DAPAT TETAPI KITA MEMBINA KEHIDUPAN DENGAN APA YANG KITA BERIKAN

[ad#nuffnang336]

Trackbacks

  1. IMCurtain.com says:

    Sumbangan terkumpul untuk Tabung Saudara Megat | Denaihati…

    Aku memohon maaf kepada semua penderma dan Saudara Megat di atas kelewatan entri ini. Pada 9/1/2010 aku telah melancarkan Tabung Sumbangan Untuk Saudara Megat untuk membantu Saudara Megat yang sedang diuji Allah. Alhamdulillah ramai teman-teman telah m…

Artikel pilihan...close