Siapa Tak Nak Cantik terutama Perempuan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, CANTIK siapa yang tak suka cantik. Blog pun nak kena cantik inikan manusia terutama perempuan. Setiap hari masyarakat didedahkan dengan berita kecantikan samada di surat khabar dan majalah yang terpampang di kedai buku, kedai mamak, 7Eleven dan sebagainya. Watak perempuan cantik akan menjadi bahan promosi yang paling panas dengan diselitkan usur seksi untuk menambah asam garam keenakannya.

Fenomena wanita cantik menjadi suatu industri besar bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia. Perempuan yang merasai dirinya kurang cantik akan merasa rendah diri dan berusaha dengan apa cara sekalipun untuk menjadi cantik termasuklah secara mistik, menggunakan susuk emas dan mandi bunga. Keghairahan perempuan menjadi caantik ada juga rahmatnya apabila melahirkan ramai jutawan Perempuan Melayu seperti Arwah Datuk Sosilawati.

Setiap Kejadian Allah itu memang cantik

Yang sedihnya tu ada pulak yang mengambil kesempatan daripada keghairahan perempuan untuk menjadi cantik. Terbukti apabila Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan terdapat 6 produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu Dexamethasone, Hydroquinone dan Tretinoin yang boleh membawa pelbagai kesan sampingan kepada pengguna. Keenam-enam produk tersebut ialah Losyen BML HB, Krim Malam Shana, Krim Herba Natasya Gold, Krim Hydro Pemutih Biotox, Krim Pemutih Yoko dan Krim Rawatan Malam Sue Beauty.

Cantik yang dikejar akhirnya merana yang dapat kerana itu kecantikan pemberian Allah SWT itu paling sempurna dan tak perlu diubah-ubah lagi. Mungkin ramai perempuan merasai apabila mereka cantik tanda bahagia, gembira dan sempurna … apakah betul itu yang dirasai sila kongsikan perasaan anda wahai kaum hawa. Masyarakat pun patut disalahkan kerana sering menyisih perempuan yang kurang cantik katanya.


Spread the love

100 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!