Assalamualaikum dan salam satu dunia, kini Denaihati mengorak satu lagi langkah baru dalam dalam industri blogging dengan memperkenalkan Akademi Denaihati. Di akademi ini kami menyediakan pelbagai kursus, seminar dan latihan untuk menjadikan blogging sebagai kerjaya yang mampu memberi pendapatan lumayan di samping mempromosikan bekerja di internet sebagai kerjaya yang bukan sekadar sambilan.
Untuk merealisasikan projek ini, pihak kami memperkenalkan Seminar WordPress sebagai kursus awalan untuk mereka yang berminat menyertai Akademi Denaihati. Maklumat seminar ini adalah seperti berikut:
SEMINAR WORDPRESS AKADEMI DENAIHATI | |
TEMPAT | Hotel Singgahsana, Petaling Jaya |
TARIKH | 14 – 15 April 2012 |
MASA | 9 Pagi – 6 Petang |
YURAN | RM 250 (Mendaftar sebelum 5 April 2012) RM 350 (Mendaftar 6 April – 12 April 2012) |
Peserta yang menyertai seminar ini akan menerima:
- Asas pemasangan wordpress nak membina blog bermutu
- Memahami cara pengendalian blog wordpress yang lebih efisien
- Mengetahui cara integrasi blog dengan sosial media
- Sebuah domain dan hosting selama setahun
- Sebuah eBook “Blogging For Beginners”
- Sebuah eBook perkongsian daripada Ariffshah bertajuk “SEO Untuk Semua”
- Sertai Hi Tea Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati
- Customer support selama setahun pada waktu dan tarikh yang akan dinyatakan
- Menyertai komuniti blogger di bawah kelolaan Denaihati Network Sdn Bhd
- Ahli Akademi Denaihati dan mendapat diskaun untuk kursus dan seminar akan datang.
Tujuan utama seminar ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang WordPress kepada mereka yang belum mengenali apa itu blogging, mereka yang sudah mempunyai blog dan ingin berhijrah ke WordPress atau mereka yang sudah mempunyai blog Wordpress dan ingin mendalami WordPress.
Jika anda berminat untuk menyertai kami, anda boleh daftar dan buat pembayaran ke akaun berikut:
CIMB – 12360003070058 (Ultimate Brilliant Services and Trading)
Setelah selesai buat pembayaran, sila emailkan kepada kami butiran berikut ke akademi@denaihati.com
- Nama
- No Telefon
- Bukti pembayaran
- 3 Nama pilihan domain
Anda boleh hadir ke seminar ini dengan kereta (RM 4 sahaja/entry untuk parking) atau melalui LRT dan berhenti di Stesen Taman Jaya. Hotel Singgahsana terletak 5 minit berjalan kaki dari Stesen LRT Taman Jaya. Di bawah adalah map untuk ke Hotel Singgahsana:
Ini merupakan event pertama seumpama ini di adakan oleh pihak Akademi Denaihati. Akademi Denaihati ingin pergi lebih jauh lagi dengan menghasilkan lebih ramai graduan yang boleh membina kerjayanya melalui internet. Adakah anda ingin bersama kami?
Update: Top Up bernilai RM10 akan diberi kepada sesiapa yang mempromosikan entri ini di blog masing-masing. Entri boleh copy paste. Untuk tebus hadiah yang ditawarkan, sila tinggalkan link entri masing-masing di bahagian komen beserta ayat “Hadiah topup RM10 dari Akademi Denaihati”
No related posts.
408 Comments
pergh..leh wat seminar dah..hehe
dah tau muka..huhu
Curahan rasa faizalpj @ ..RM25 Untuk Tarian Tiang
Salam kenal kawan. dari blogger indonesia 🙂
baru boleh tgk muka tuan denai hati ni…
Curahan rasa Fakhruddin @ ..Jom Guna TM WiFi
sori, tersalah komen kat salah entri…
makin hebat bro! tahniah!
Curahan rasa sjiehan @ ..Warkah Untuk Lelaki Kacak
Kami terjumpa video mengenai Denai Hati dari channel Toshiba Malaysia, kali ni kami sungguh teruja sebab pertama kali dapat melihat wajah sebenar blogger Denai Hati, juga wajah sebenar Emilia Yusof.
Curahan rasa iAwani @ ..Toshiba Dedahkan Rupa Sebenar Blogger Denai Hati
Salam kenal, semoga acaranya sukses Sob !
Salam Wisata
ala kena blog denaihati jatuh bawah 100 alexa nih
Curahan rasa Juan @ ..Download The Hunger Games DVDrip 2012 MKV Mediafire
kalo bisa kursus secara online diadakan juga …
Curahan rasa arkhananta @ ..Sony Umumkan Smartphone Android Xperia Neo L
x ada fell kalau buat online,rasa persahabatan tu x ada,kalau buat offline bnyk manfaatnya..hoho
Curahan rasa W.HabibuRahman @ ..Cara-Cara Memasak Maggie
wih menggiurkan pengin join euy.
Curahan rasa Sobat Bercahaya @ ..Perbincangan Aja Make Password
Sepatutnya mendapat sambutan yang hangat nie sbb banyak rahsia dlm seminar ni
Curahan rasa baguznet @ ..Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012
Comments are closed.