Assalamualaikum dan salam 1Dunia.
Islam merupakan agama (deen) yang diturunkan Allah kepada manusia melalui perantaraan para Rasul untuk menjadi rahmat kepada sekalian alam. Sebagai agama risalah, Al-Quran menyarankan dua bentuk penyebaran agama Islam kepada manusia. Pertama, seruan dakwah terhadap mereka yang berada di luar lingkungan agama. Usaha ini perlu dilakukan dengan kebijaksanaan, nasihat yang baik dan dialog yang berhemah.
Sehinggakan kepada penguasa zalim seburuk Fir’aun pun, Nabi Musa AS diperintah Allah untuk berdakwah menggunakan perkataan yang lembut dan mengetengahkan hujah yang benar dan baik. Bentuk kedua penyebaran risalah Islam pula lebih bersifat dalaman iaitu usaha memperbaiki masyarakat Islam itu sendiri. Ada yang mengenali As-Syahid Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al Buti?
SIAPA Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buti?
Dilahirkan pada 1929 di perkampungan Jilka, Turki. Apabila beliau berusia empat tahun, beliau telah berpindah ke Damascus, Syria . Pada tahun 1955, beliau bergraduasi dari Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang keagamaan. Beliau pernah menjadi Dekan di Universiti Damascus pada tahun 1960-an sebelum melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Al-Azhar dalam jurusan undang-undang Islam.
Beliau telah dibunuh pada 21 Mac 2013, semasa perang saudara di Syria, dilaporkan dalam satu letupan bom, walaupun “banyak soalan mengenai kematian” telah ditimbulkan oleh video di tempat kejadian.
Ada yang sudah mendengar wasiat terakhir beliau?
Sehingga kini, beliau telah menulis tidak kurang dari 40 buku dalam bidang kesusasteraan, falsafah, sosiologi dan keagamaan. Kecerdasan inteleknya terserlah di dalam kuliah-kuliah dan ceramah yang disampaikan di serata Syria. Sebagai seorang ahli akademik, beliau juga menganggotai Majlis Tertinggi Akademi Oxford, England dan ‘Royal Society of The Islamic Civilisation Researches’ yang berpusat diAmman, Jordan. Antara buku beliau yang terkenal adalah Fiqh Sirah yang menjadi rujukan di seluruh dunia.
ABIM kali ini melalui sayap intelektualnya AIM ingin mengambil peluang untuk menganjurkan seminar tokoh pemikir gerakan Islam kontemporari. Tinjauan sejarah silam merekodkan bahawa ABIM merupakan institusi terawal mengiktiraf sumbangan Syeikh Muhammad Said Ramadhan al-Buti dan telah menerima kunjungan beliau seawal tahun 90-an dan mengiktiraf sumbangan beliau yang sangat signifikan pada dunia Islam.
Sesuai dengan ketokohan, karisma, keilmuan, kesarjanaan dan kegigihan beliau dalam gerakan penyebaran Islam dengan medium yang pelbagai dan boleh dikatakan versatil, ABIM akan menganjurkan seminar khusus membicarakan sumbangan dan pemikiran beliau di dunia umumnya dan umat Islam khususnya. Seminar ini juga akan melibatkan wacana atau bedah karya agung beliau seperti al-Jihad fil Islam dan Dhawabit al-Maslahah fi Syariat al-Islamiyyah (Prinsip-prinsip kemaslahatan dalam syariat Islam).
Kepada yang berkelapangan pada ahad ini, dijemput untuk menyertai seminar ini yang bertempat di Seksyen 15 Shah Alam, Selangor. Menampilkan pengkisahan dan bedah pemikiran dan citra islah ummah Syeikh Muhamad Said Ramadhan al-Buti anakanda beliau, Prof. Dr. Tawfiq Muhammad Said al-Buti ad-Dimasyqi yang akan memberikan ucaptama pada seminar berkenaan.
Tarikh : 28 September 2014 (Ahad)
Tempat : Dewan Auditorium Kompleks Media Karangkraf, Shah Alam
Waktu : 8.00 pagi sehingga 4.30 petang
Yuran : RM 80 (awam) dan RM 40 (pelajar)
Pendaftaran dan info lanjut boleh hubungi : 011-14330439
Atau layari : https://seminarpemikiran.wix.com/al-buti-aim
No related posts.
219 Comments
bagi mereka yang nak menambah ilmu dan mendengar perkongsian dari beliau memang digalakkan hadir.
Curahan rasa Dr Fattah @ ..Nota Separa Perubatan Mengenai Program Derma Organ
satu persatu ulama mulai meninggal maka ilmu mulai diangkat pertanda apa kiranya
Curahan rasa risalah @ ..MEMBACA TA’AWWUDZ
Dr. Al-Buthi adalah figur ulama yang mengabdikan hidupnya sebagai seorang pembimbing dan dai sembari terus menampilkan sikap zuhud di dunia yang fana. Orang yang berprinsip tegas jika memang benar itu adalah benar, tanpa peduli tindakannya nanti akan dicerca orang ataupun sebaliknya.
Curahan rasa Abdullah @ ..Godaan Setan pada Orang-orang Shalih (3)
Syaikh Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buthi adalah salah seorang tokoh ulama dunia yang menjadi sumber rujukan masalah-masalah keagamaan.
Curahan rasa Abdullah @ ..Godaan Setan pada Orang-orang Shalih (3)
subhanallah. tak terjangkau betapa dunia ni sudah sampai ke penghujungnya. tapi sayang tak semua orang menyedarinya….
Curahan rasa nazra @ ..Bahaya ESP soya bila LELAKI ketagih mengambilnya!
Semakin ramai ulamak-ulamak yg hebat meninggalkan kita. Maksiat makin menjadi-jadi
Curahan rasa sohoque @ ..Cara Elakkan Rakan Anda Meluat Dengan Status Media Sosial Anda!
Mungkin ia juga tanda-tanda dunia sudah semakin sampai ke penghujungnya
Curahan rasa sohoque @ ..Cara Elakkan Rakan Anda Meluat Dengan Status Media Sosial Anda!
harap akan ada lebih ramai pelapis ulama untuk membimbing umat islam nanti
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014
semoga akan ada lagi ulama-ulama besar yang membimbing umat ke jalan yang benar
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Kupas Tuntas kesurupan
Semoga ada di antara kita yang mempu menjadi seperti beliau dan sama sama membawa masyarakat ke arah pembentukan rohani dan jasmani yang lebih baik
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Susah kita nak jumpa ahli pemikir seperti ini. Membawa kita kepada kejayaan dunia dan akhirat.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Betul kata Tuan, kecerdasan inteleknya terserlah di dalam kuliah-kuliah dan ceramah yang disampaikan di serata Syria.
Bangga dengan tokoh ilmuan Islam seperti Syeikh Muhammad Said Ramadhan al-Buti yang berjuang menyebarkan Islam
begitu banyak ulama besar yang mesti kita kenal dan pelajari karya-karyanya saat ini
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Kupas Tuntas kesurupan
Saya baru mengenali beliau, banyak ilmu yang bermanfaat yang beliau kongsikan kepada kita
banayk cari karya beliau tersebar di internet saat ini bisa di download dengan free
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Kupas Tuntas kesurupan
Comments are closed.