Semakan kemasukan PLKN SMS dan Online


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kalaulah aku diberi peluang teringin juga ikut Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Memang minat dengan program perkhemahan dan motivasi. PLKN ini adalah satu-satunya program yang dapat menyatukan anak muda Malaysia di bawah satu bumbung bagi memahami antara satu sama lain. Walaupun kita 1Malaysia tetapi hakikatnya Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain telah dipisahkan sejak alam persekolahan tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Perpisahan menjadi lebih teruk dengan perbezaan pandangan politik yang keterlaluan.

plkn1 Semakan kemasukan PLKN SMS dan Online

Anak muda harapan Bangsa

PLKN juga melatih anak-anak muda menjadi lebih berdikari secara positif setelah mereka dimanja dengan berbagai kemudahan di rumah. Anak-anak sekarang lebih banyak masa dalam rumah dengan permainan elektronik sehingga kurang interaksi dengan manusia dan alam. Ibubapa sekarang terlalu mengawal anak sehingga anak-anak tiada kebebasan sebagaimana anak-anak dahulu sehinggakan ada yang tak anak hantar anak ke PLKN.

Untuk ibubapa yang ada anak-anak yang layak ke PLKN boleh semak kemasukan secara SMS dan Online.

Semakan PLKN secara SMS

Semak Status : Taip PLKN SEMAK [No Kad Pengenalan] dan hantar ke 15888

Contoh : PLKN SEMAK 941212115050 dan kirimkan kepada 15888

Semak Kem Latihan : Taip PLKN KEM [No Kad Pengenalan] dan hantaar ke 15888

Contoh : PLKN KEM 941212115050 dan kirimkan kepada 15888

Setiap SMS dikena bayaran RM0.35

Semakan PLKN secara Online

1. Layari website PLKN

2. Masukan No Kad Pengenalan di kotak kanan yang tertulis Semak Pelatih Terpilih.

plknsemak Semakan kemasukan PLKN SMS dan Online

Tahniah kepada yang telah terpilih dan suka aku nak syorkan kepada Jabatan Latihan Khidmat Negara supaya menambah modul agama dalam latihan seperti amalan zikir pagi dan petang serta solat malam kerana hanya Agama dapat mengawal anak-anak muda sesat dalam terang.

Terkini : Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan memperkenalkan latihan fizikal yang baru khusus bagi pelatih yang mengalami berat badan berlebihan, tahun depan – Puanbee.com

[ad#Yieldads]

Istimewa di denaihati.com
  • camyrozeoreo! 1 July 2012 at 12:23 am

    aku taknak masuk!!!!…. -.-’

  • akmal amira~zatiera 19 June 2012 at 3:43 pm

    undilah saya mek !!ha99…

  • akmal amira~zatiera 19 June 2012 at 3:40 pm

    em,..plkn is the best~..ha95,..aku suke gler.. hope dpt masuk ar,.dpt kenal2 ngn mmber bru..get the newz experience,..
    wah ! ,,,spm makin dkat,plkn un makin hampir,..syok beb!!!!@

  • nadia 15 December 2011 at 2:19 am

    saya pon nk jugak…bukan senang nk sertai,,nape x ambik je semua budak2 yg lhir 1994,,ramai yg nk sertai tapi kesian ,,x da ksempatn…kalu bleh sya nak masukk sngt2,,bessstttttttttt

  • yusnurizal 6 December 2011 at 12:48 am

    salam blh tlg sapa2 thu mcn mne klu suka rela igin msuk PlkN……… klu sapa thu cara nya add sy dlm fb Ryzalsuperboy

1 2


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network